Geram dengan suami/teman lelaki yang naik ulat bulu dan
perasan jadi buaya darat idaman Malaya? Tidak perlu memendam perasaan, malah
ada sahaja cara untuk mengajar lelaki sebegini. Mari kita lihat cara-cara
‘mendidik’ teman lelaki/suami dengan baik.
Habiskan duit si dia
Anda tangkap si dia bermain mata dengan perempuan lain?
Jangan marah,buang tenaga sahaja marah-marah ini. Pergi sahaja ke butik dan
beli tas tangan berjenama idaman dengan menggunakan kad kredit si dia. Barulah
si dia tahu siapa sebenarnya bos di rumah. Anda juga dapat tas tangan Birkin
baru!
Pandu kereta si dia
Pandu kereta si dia
Kereta bagaikan nyawa seorang lelaki. Mahu mengajar si dia,
mudah sahaja ambil kunci kereta si dia dan gunakan kereta tersebut seolah anda
pelumba Formula 1 di litar Sepang. Lagi seronok kalau kereta tersebut
dicalarkan.
Ubah gaya dan bercinta dengan teman baik si dia
Ubah gaya dan bercinta dengan teman baik si dia
Cara terbaik balas dendam terhadap kecurangan teman
lelaki atau suami adalah dengan mengubah penampilan. Ambil perhatian, bukan
ubah penampilan sampai jadi macam Miley Cyrus, tetapi tukar gaya rambut dan
pakaian jadi lebih mengancam. Nak bagi si dia parah lagi? Bermain cinta dengan
teman baik si dia. Pasti si dia faham bagaimana sakitnya hati anda ketika
tangkap si dia bersama perempuan lain.
**Klausa pengecualian: Ini sekadar gurauan semata-mata. Sebarang pergaduhan atau kecederaan yang
berlaku bukan tanggungjawab penulis.
share from :sini
No comments:
Post a Comment
didiy fashion