My Buddies

FESYEN


kim kardashian

Sebut saja tentang fesyen, siapa yang tak kenal Selena Gomez, idol fesyen remaja yang menjadi kegilaan ramai. Gayanya, penampilannya, seringkali menjadi ikutan. Sampaikan gaya rambutnya pun jadi ikutan juga. Pendek kata, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, dirinya jadi ikutan.Wah..!! hebat sekali gadis cilik ini! Kalau sebut pula Kim Kardashian Humphries, pasti ramai yang mengikuti trend fesyennya yang up-to-date. Siapa la yg tak ingin tampil cantik dan bergaya?? Tapi cukupkah jika sekadar menyarungkan pakaian ke tubuh untuk tampil sebagai fashionista? Tentu sekali TIDAK. Dalam kita berfesyen, kita harus tahu menilai fesyen mana yang sesuai dengan diri kita, yang dapat menaikkan lagi aura dalaman diri kita. Walaupun saya pernah katakan fesyen itu tiada defenisi, namun untuk menjadi seorang fashionista, kita harus tahu beberapa perkara basic mengenainya..Jom kita kongsi bersama beberapa tips yang saya ambil sedikit dari majalah EH!


1.Kenali personaliti diri

Tidak semua trend fesyen boleh menjadi ikutan. Ini kerana personaliti diri tidak semestinya sama bagi setiap individu. Juga tidak semua gaya sesuai bagi setiap jiwa dan karakter sesorang. Penting bagi anda mengenali dahulu personaliti diri agar gaya yang dikenakan lebih blend in dan selesa untuk dibawa. Contohnya, jika anda seorang yang pemalu, berjiwa lembut dan ciri feminine begitu menebal dalam diri, gaya fesyen seperti Camilla Belle dan Selena Gomez  adalah jawapan tepat. Manakala bagi anda yang mempunyai jiwa adventurous, berani dan rebellious, gaya Rihanna mahupun Gwen Stefani boleh dijadikan inspirasi.
2.Kenali trend
Trend fesyen sentiasa berubah-ubah dari tahun ke tahun. Jika tahun lepas imbasan fesyen retro 70-an dengan rona yang terang dan bold mewarnai pentas peragaan, tahun ini pula trend ronanya sedikit suram dan rekaan minimalis dengan sentuhan gaya 60-an pula menjadi ilham. Barangkali sumber inspirasi anda boleh diperoleh dengan membaca lebih banyak majalah fesyen mahupun menerusi laman web (seperti membaca coretan dalam blog saya,hehe). Anda perlu tahu what’s in and what’s not agar gaya yang dipadankan pada tubuh anda tidak dilabelkan sebagai fashion faux pas! Oppss...


3.Berbelanja secara bijak
Fashionista perlu tahu berbelanja secara bijak! “Pelaburan” dalam sesebuah item fesyen yang berjenama adalah antara langkah yang bijak. Biarpun harganya lebih mahal, tetapi kualiti adalah lebih penting daripada kuantiti. Selain jenamanya yang mahal, item yang dibeli itu tahan lebih lama. Namun, pastikan anda memilih rekaan yang lebih relevan dalam trend fesyen agar ianya boleh terus dipakai tanpa batas masa dan gaya. Sungguhpun begitu, ini tidak bermakna anda terpaksa membayar sejumlah wang yang banyak hanya semata-mata untuk membeli satu item. Fikirkan tahap kemampuan dan pastikan anda mampu untuk membayar semula jika hutang kredit yang dipilih. Tidak mahu nanti, anda tiada wang pula walau untuk makan tengahari!
4.Kitar Semula Koleksi Peribadi

celana harem panjang

Biarpun trend fesyen bertukar silih berganti, namun hal ini tidak patut dijadikan alasan mengapa anda perlu sentiasa membeli-belah untuk mendapatkan item yang baru hampir setiap tahun. Untuk menjadi fashionista yang bijak, amalkan konsep suai dan padan menggunakan koleksi fesyen sedia ada. Contohnya, celana ( seluar) harem semakin popular akhir-akhir ini namun sebenarnya, celana ini begitu hit ketika era 90-an. Manakala skirt dan blaus yang direka mengikut ciri vintaj oleh pereka fesyen terkemuka pula merupakan sorotan fesyen era 60-an hingga 70-an. Now, did you get all these clues? Ini bermakna anda boleh menyelongkar semula gerobok ibu yang menyimpan pakaian lama.! Selain menjimatkan wang, anda juga berjaya menyelamatkan bumi daripada terus tercemar kerana mengamalkan gaya hidup kitar semula.
Mudah bukan? Tidak sukar untuk mahu menjadi fashionista jika anda tahu di mana harus memulakannya. Ambil langkah berani anda pada hari ini dan berubah ke arah yang lebih baik. “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!”