My Buddies

Tuesday, September 17, 2013

Fesyen OMBRE

Entry kali ini saya cuba berkongsi dengan anda tentang fesyen ombre. Pernahkah anda mendengarnya? Mungkin juga ya, mungkin juga tidak. Apa yang pasti, fesyen ombre ini sedang intrend dalam fesyen masa kini dan saya yakin, jika anda seorang yang gemar berfesyen, anda mesti pernah lihat fesyen yang dikatakan fesyen ombre.



Perkataan Ombre sebenarnya berasal dari perkataan Sepanyol iaitu Hombre yang bermaksud manusia (man). Pada asalnya, istilah ombre ini merujuk kepada permainan kad ombre yang dimainkan  pada era abad ke-16. Istilah ombre ini kemudiannya diguna pakai dalam bidang fesyen. Apakah yang dimaksudkan dengan fesyen ombre ini? Cuba kita lihat beberapa penerangan/definisi fesyen ombre.

-In fashion, the term ombre refers to the graduation of color in a garment. The word usually refers to a garment that is monochromatic but has a graduated variation in the saturation of the color. For example, a green ombre dress may be very pale green at the hem, but the fabric becomes deeper in color the as it reaches from the bottom hem to the shoulder straps at the top of the dress, where the color might be a very deep forest green.
-Ombre adalah tona warna daripada gelap kepada cerah. Contohnya seperti warna biru gelap ke biru cair.
 -A French term meaning “shaded.” Usually a multicolored stripe, with colors graduating from light to dark. The color effect is woven into the fabric. Generally produced by arranging different tones in the warp.

-Apa itu Ombre? Anda pasti tertanya-tanya apakah itu Ombre. Ketika anda berada di pusat membeli-belah pernahkah anda melihat corak daripada gabungan dua sehingga tiga graduan warna? Itulah yang dinamakan Ombre. Ia berasal dari bahasa Perancis iaitu “Ombrer” yang bermaksud “to shade” atau graduan.

Sekarang bagaimana? Sudah jelas bukan. Secara ringkasnya, kita boleh katakan bahawa fesyen ombre ini merujuk kepada “permainan warna dalam fesyen” yang mengetengahkan elemen perubahan tona dalam satu warna tertentu. Corak Ombre menampilkan efek graduan beberapa warna terang kepada warna yang lebih gelap ataupun sebaliknya Dengan menggunakan fesyen ombre ini, pakaian yang biasa menimbulkan gaya dan penampilan yang berbeza kepada si pemakai.

Memang tidak di nafikan, pakaian Ombre memang kini menjadi kegilaan ramai dan seakan trending di dunia fesyen. Ianya bukan sahaja terhad kepada pakaian sahaja tetapi juga kepada aksesori yang kita gayakan. Sebagai contoh, beg tangan, skaf, kasut, rantai dan cekak rambut. Kelebihan ombre ini ialah ianya mampu menimbulkan mood ceriah dan segar apabila digayakan. Apa kata jangan lupa dapatkan satu dan rasai sendiri kehangatan Ombre.
Cuba perhatikan beberapa fesyen ombre seperti di bawah sebagai panduan.






No comments:

Post a Comment

didiy fashion