My Buddies

Sunday, September 29, 2013

Miss World 2013


Miss world 2013 melabuhkan tirainya dengan kemenangan berpihak kepada ratu dari negara jiran, Filipina. Tahniah Miss world 2013, miss Philippines, Megan Yong..sungguh cantik dan sangat sesuai diangkat sebagai miss world. Tempat kedua jatuh kepada Miss Perancis dan Miss Ghana di tempat yang ketiga. seramai 127 ratu dari seluruh negara menyertai pertandingan ratu cantik dunia yang paling berprestej ini. kemudian di senaraipendekkan kepada 20 peserta sahaja, ke 10 peserta dan yang terakhir ialah 6 orang perserta yang akan menjawab soalan "mengapa saya harus menjadi ratu cantik dunia"




senarai 10 peserta terakhir (semi-final):


1.Philippines
2.Brazil
3.Australia
4.France
5.Nepal
6.England
7.Indonesia
8.Spain
9.Jamaica
10.Ghana

5 yang terakhir (final) ialah :

1.FRANCE 
2.PHILIPPINES 
3.GHANA 
4.BRAZIL 
5.SPAIN


Menerima Blue Crown dari Miss World 2012, Wenxia Yu








Trivia:
Megan Yong: Dilahirkan di USA dan menetap di Filipina ketika berumur 10 tahun. sedang mengikuti pengajian dalam bidang pembikinan filem digital di Filipina dan bercita-cita untuk menjadi seorang pengarah filem yang berjaya. hobinya ketika masa lapang ialah bermain video games, dia juga sangat meminati watak Harry Potter. Megan juga seorang pesonaliti tv, pelakon dan pengacara rancangan tv shows. 





Tahniah juga kepada Miss Malaysia, Melinder Kaul Bhullar. walaupun tidak berjaya ke final, anda sudah melakukan yang terbaik!

Trivia:
Melinder, memenangi miss Malaysia pada bulan Ogos yang lalu dan mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss World 2013. Gadis muda berusia 20 tahun ini sedang menuntut di University Of Western Australia dalam bidang psikologi. Berasal dari Kuala Lumpur, mempunyai ketinggian 167cm, dan makanan kegemarannya ialah nasi lemak.





Photo from Miss world malaysiaMiss world 2013miss world webmiss world twitter

No comments:

Post a Comment

didiy fashion