My Buddies

Tuesday, October 9, 2012

Epal, buah untuk kurus & cantik



Epal mempunyai banyak manfaat. Jumlah kandungan gizi dan mineralnya memang sangat tinggi. Selain mampu mencegah penyakit degenerative seperti kanser, diabetes mellitus dan penyakit jantung buah ini mampu membunuh virus infeksi.



“ An apple a day keeps the doctor away”, itulah ungkapan yang sering kita dengar tentang buah epal. Ungkapan tersebut bukan tanpa bukti. Hal ini kerana banyak penyakit yang dapat dicegah dan epal dinobatkan sebagai doktor semula jadi  bagi penduduk dunia. Tidak ada seorang pun yang mengetahui dengan tepat bila kita mula memakan buah epal. Penemuan fosil awal di sebuah danau purba di Swiss sering dijadikan panduan bahawa epal sudah dikenali sejak berabad-abad yang lampau.



Pada tahun 300 sebelum masihi, orang Jerman kuno sudah menanam epal. Demikian juga dengan tentera-tentera Romawi. Berkat perpindahan Romawi ke pelbagai negara, tanaman epal boleh tersebar ke seluruh pelosok Eropah. Dari Eropah, epal masuk ke Amerika dibawa oleh para kolonial.

Jenis epal yang digemari umumnya adalah epal import yang berwarna merah tua mengilap, mengalahkan epal yang berwarna hijau. Keunggulan lain epal import adalah ukurannya seragam, rasanya manis, teksturnya rangup, serta kulitnya mulus. Epal umumnya dilabelkan sebagai buah segar. Komponen penting dalam buah epal adalah pectin, iaitu sekitar 24 peratus. Pektin tersebut akan membentuk gel apabila ditambah gula pada kisaran pH tertentu. Pektin memainkan peranan penting dalam pembuatan jus (sari buah), jeli dan jeruk. Selain itu, epal juga boleh diolah menjadi cuka (vinegar). Epal yang diolah umumnya merupakan buah berukuran kecil (tidak termasuk gred) atau buah hasil penjarangan.

Karoten dan Pektin
Makan sebutir epal sehari bukan sahaja menjadi sihat dan langsing tetapi anda tidak perlulah berjumpa doctor, kulit juga menjadi halus dan cantik. Khasiat tersebut didasarkan pada tingginya kadar zat gizi yang terdapat dalam sebiji epal terutama vitamin dan mineral.
Kandungan zat-zat gizi dalam 100 gram buah epal adalah: 58kkl energy; 4 g lemak; 3 g protein; 14,9 karbohidrat; 900 IU vitamin A; 7 mg tiamin; 3 mg riboflavin; 2mg niacin; 5mg vitamin C; 0,04 mg vitamin B1; 0,04 mg vitamin B2; 6 mg kalsium; 3 mg zat besi; 10 mg fosfor; dan 130 mg potassium (kalium).
Di samping zat-zat gizi yang disebutkan, rahsia epal sebagai pencegah penyakit terletak pada kandungan karoten dan pektin. Karoten memiliki fungsi seperti vitamin A dan juga antioksida yang berguna untuk mengelak serangan radikal bebas penyebab pelbagai penyakit degeneratif. Pektin merupakan salah satu ciri serat yang bersifat larut dalam air. Oleh kerana ia merupakan serat yang berbentuk gel, pektin boleh memperbaiki otot pencernaan dan mendorong sisa makanan pada saluran pembuangan.



 Pektin juga dikenali sebagai antikolesterol kerana boleh mengikat asid hempedu yang merupakan hasil akhir metabolism kolesterol. Makin banyak asid hempedu yang berikatan dengan pektin dan terbuang ke luar tubuh, makin banyak kolesterol yang di metabolism sehingga pada akhirnya kolesterol menurun jumlahnya. Selain itu, pektin juga boleh menyerap lebihan air dalam usus dan menghilangkan racun dari usus.




Buah epal mempunyai indeks glikemik (petunjuk kecepatan peningkatan gula darah) yang sangat rendah. Hal ini bererti bahawa kadar gula yang terdapat secara semula jadi pada epal tidak akan menyebabkan kecepatan naiknya gula dalam darah. Epal juga berfungsi mengawal keluarnya insulin sehingga tidak berlebihan. Oleh itu, pengambilan epal secara teratur boleh menjaga keseimbangan gula dalam darah serta menurunkan tekanan dan kolesterol  darah. Khasiat buah epal bagi kesihatan sangat berkait  dengan zat-zat gizi mahupun bukan gizi yang terkandung di dalamnya. Dengan demikian, epal layak disebut sebagai doktor semula jadi.




Banyak hasil kajian menunjukkan bahawa epal sangat besar manfaatnya:
1)    Menurunkan kolesterol darah
2)    Menurunkan tekanan darah
3)    Menstabilkan gula darah
4)    Meningkatkan high density lipoprotein (HDL=kolesterol baik)
5)    Membunuh virus infeksi
6)     Mengurangkan selera makan
7)    Memperlancarkan pencernaan
8)    Mempertahankan kesihatan saraf
9)    Agen antikanser
10) Menjaga kasihatan jantung



Sumber: Mingguan Wanita
p/s: bagi saya sendiri, seorang gadis itu umpama sebiji epal, yang mampu menjadi penawar kepada segala "penyakit" asal saja dia mampu menjadikan dirinya seperti sebiji epal yang elok di atas pokoknya.