My Buddies

Health


Langkah-langkah muda pemeriksaan payudara.


Kanser panyudara adalah pembunuh nombor satu wanita di Malaysia masa kini. Namun begitu, pengesanan awal boleh membantu wanita untuk memerangi kanser yang sangat berbahaya ini. Ianya boleh dilakukan sendiri di rumah dan sangat mudah dipraktikkan. Langkahnya adalah mudah tetapi membawa impak yang sangat besar kepada kesihatan payudara wanita. “Kamu adalah penentu kehidupanmu”. Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk pemeriksaan sendiri setiap bulan.
1.Periksa payudara
Kenali bentuk, tekstur kulit dan ketegangannya. Sebaiknya pemeriksaan bulanan dibuat selepas tujuh hari datang haid.
2.Lihat dengan teliti
Periksa di depan cermin dengan lengan ke bawah, ke atas dan di pinggul. Lihat secara teliti perubahan bentuk dan warna kulit.
3.Rasai benjolan
Dengan menggunakan tiga jari (gunakan bahagian yang rata), gerakkan jari secara memutar dalam bulatan kecil. Periksa jika terdapat benjolan keras di sekeliling atau di bawah payudara.
4.Periksa puting payudara
Picit puting untuk mengesan sebarang cecair atau petanda pelik. Selepas itu, periksa di sekeliling puting untuk melihat jika terdapat perubahan pada warna atau tekstur.
5.Ulangi dalam keadaan berbaring
Baring dan letak bantal bawah bahu kiri. Guna tangan kanan untuk periksa payudara kiri dan letakkan tangan kiri di bawah kepala. Ulangi langkah tiga dan empat.





No comments:

Post a Comment

didiy fashion