Dunia fesyen hari ini
tidak pernah berhenti untuk terus “berlari” dari satu “tempat” ke tempat yang
lain. Namun fesyen juga kadangkala penat berlari terus ke hadapan dan kembali
semula ke tempat asalnya. Itulah yang dikatakan kitaran dalam fesyen. Sentiasa berulang-ulang,
namun dengan sentuhan dan gaya penataan yang baru.
Kali ini saya tertarik
dengan fesyen peplum atau dress peplum yang kini banyak berada di pasaran. Gaya
peplum ini mengingatkan saya kepada gaya kebaya dan dress 60-an yang digayakan
oleh wanita-wanita pada zaman itu, terutamanya seniwati Saloma.
Apakah yang
dimaksudkan dengan peplum ni? Menurut sumber wiki, peplum berasal daripada
perkataan Greek iaitu Tunic yang bermaksud “Short overskirt that is usually attached to a fitted jacket,
blouse or dress”.
Namun
kini gaya peplum bukan hanya pada skirt tapi juga sudah dibuat versi rok,
blazzer, blous,top, jaket dan juga baju kurung. Ringkasnya, peplum boleh
dikatakan sebagai pakaian yang mempunyai bentuk kembang/kelopak bunga di
pinggang bagi memberikan ilusi ramping dan bentuk tubuh yang ber”curve”.
Selebriti terkenal seperti Kim Kardashian dan Kate Middleton juga menggayakan rekaan peplum ini.
Penggunaan peplum lebih kepada smart casual tetapi seperti juga pakaian atau gaya lain, ianya boleh disuai padankan mengikut situasi. Contohnya, ianya boleh dipakai bersama legging, skirt atau skinny jeans. Bagi yang bertubuh gempal, pilihlah warna yang agak gelap bagi menimbulkan ilusi ramping. Namun begitu, jika tidak yakin dengan gaya peplum ini, lebih baik fikirkan gaya yang lain kerana takut nanti kita dilihat sebagai Lady Gaga pula.

Untuk yang bertubuh
kurus pula, gaya peplum ini merupakan gaya penyelamat bagi anda kerana memberi
visual lebih berisi dan berbentuk. Pilihlah warna yang terang seperti oren,
merah atau biru terang dan hiasi dengan aksesori seperti rantai dan beg besar. Pasti
menyerlahkan aura dalaman dan keyakinan anda.
Pelbagai gaya baju kurung dengan sentuhan peplum yang harus di cuba jika anda inginkan gaya se"hot" Erra Fazirah dan Nora Danish.
Pelbagai gaya baju kurung dengan sentuhan peplum yang harus di cuba jika anda inginkan gaya se"hot" Erra Fazirah dan Nora Danish.
Bagi yang masih
ragu-ragu untuk mengenakan gaya ini, usah terlalu takut kerana hanya keyakinan yang
akan membuatkan kita cantik walau dengan gaya yang macam mana sekali pun. Simpanlah
dalam hati kata-kata Coco Chanel ini “Fashion is not something that exists in
dresses only. Fashion is in the sky, in the street, fashion has to do with
ideas, the way we live, what is happening”. Selamat mencuba!
P/S: Yang mana satu ka pilihan anda?
#kredit picture to Zalora.com & Leneys (http://www.facebook.com/leneys?fref=ts)
P/S: Yang mana satu ka pilihan anda?
#kredit picture to Zalora.com & Leneys (http://www.facebook.com/leneys?fref=ts)
Teringin nak pakai peplum tapi takut tak sesuai dengan body shape :(
ReplyDeleteBtw , love ur blog .Its all fashion !♥
Love , ain
http://cikebooboo.blogspot.com/
belum cuba belum tau...hehe..kalau masih ragu2 gunakan peplum ne, cuba pakai top atau blous dulu.padankan dgn seluar panjang atau legging.pakai dgn seluar boleh menampakkan kaki yg lebih panjang. padankan dgn aksesori yg menyerlah supaya tumpuan mata tidak terlalu fokus pada body shape..it is my own opinion.
ReplyDelete#thank u for liked my blog..hehe
nice blog.. very details bout peplum style..
ReplyDeletecn i noe where cn i get peplum dress for cheap price???