My Buddies

Friday, September 7, 2012

FESYEN EKOR IKAN


Fesyen ekor ikan atau dalam bahasa inggeris dipanggil fishtail fashion merupakan satu fenomena baru dalam arena fesyen Malaysia. Mungkin ada diantara mereka yang di luar sana masih kabur-kabur tentang fishtail fashion ini. Mungkin juga mereka akan memberikan gambaran yang salah jika terbayang tentang ekor ikan. Sebenarnya fesyen ekor ikan ini merupakan fesyen retro yang dievolusikan menjadi lebih trendy tetapi santai. Apa yang dikatakan sebagai fesyen ekor ikan ini ialah pakaian sama ada blous, top atau skirt yang mempunyai potongan yang tidak semetri. Dua potongan yang paling popular dalam fesyen ini ialah potongan pendek dibahagian depan dan panjang di bahagian belakang, dan potongan yang tidak sama panjang diantara bahagian kiri dan kanan iaitu sama ada bahagian kiri pendek dan bahagian kanan panjang atau sebaliknya. 
Selain dua jenis potongan ini, potongan lainnya ialah berlapis-lapis atau bertingkat-tingkat. Manakala warna yang digunakan pula selalunya ialah warna-warna terang, bergaris melintang dan pakaian yang berwarna warni (lebih dari satu warna, tujuannya adalah untuk menonjolkan potongan pakaian).

Fesyen ini lebih kepada pakaian jenis smart casual dan sesuai digunakan untuk aktiviti santai. Namun begitu, sekiranya ingin menggayakannya untuk acara besar atau majlis makan malam, caranya adalah dengan menambahkan aksesori yang lebih banyak, dan besar dan menggunakan pakaian yang lebih sarat seperti penambahan labuci atau sulaman manik. Fesyen ini juga boleh digunakan untuk resepsi perkahwinan tetapi dengan jenis dan corak pakaian yang lebih menyerlah. 

Untuk pakaian formal seperti ke pejabat, cara penggayaannya adalah dengan menambahkan blazer atau jaket, dan warna yang kurang terang seperti warna nude atau satu warna sahaja. Bagi mereka yang bertudung atau mereka yang tidak suka bahagian tubuh terdedah, boleh dipadankan dengan cardigan, jaket atau kot untuk baju dan tambahkan seluar besar labuh untuk bahagian skirt, atau hanya menggunakannya untuk baju dan padankan dengan seluar besar. Ianya juga boleh dipadankan dengan legging atau skinny jeans, dan jika ingin lebih menarik, gunakan jeans atau legging yang berwarna-warni.  Lebih menarik lagi, fesyen ini sesuai digayakan untuk semua peringkat umur, tetapi bergantung kepada tubuh si pemakai, tujuan pemakaian dan bagaimana penggayaannya.

Pakaian fishtail fashion ini menggunakan fabrik yang lembut dan tidak terlalu sarat seperti cotton. Bagi penggayaan aksesori, kasut dan beg, fashion ini mempunyai kareteria yang tersendiri. Untuk kasut, jika inginkan gaya yang lebih santai dan ringkas, boleh dipadankan dengan flat shoes, untuk gaya yang lebih hot pula boleh digayakan dengan wedges dan boot. Bagi aksesori pula, padankan dengan aksesori yang unik dan besar. 

Bagi penggayaan dengan beg, penggunaan sling bag kurang sesuai, ianya lebih sesuai digayakan dengan handbag (yang tidak perlu disandang ke bahu). Untuk tambahan pakaian pula, boleh digayakan dengan legging, seluar labuh, cardigan dan jeans. Fashion ini sebenarnya menampakkan ilusi kaki yang lebih panjang, jadi amat sesuai untuk mereka yang bertubuh rendah. Tapi bagi mereka yang bertubuh tinggi lampai pula, gunakan potongan yang tidak telalu mendedahkan bahagian depan kaki.

Kesilapan dalam penggayaan fesyen ini ialah salah memilih potongan pakaian. Ada yang memilih potongan yang tidak sesuai dengan tubuh, ada pula yang memilih potongan terlalu pendek menampakkan tubuh kelihatan semakin rendah. Dan ada pula yang menggayakan potongan yang sama untuk skirt dan blous. Lebih baik sekiranya mencuba sedikit demi sedikit dahulu dan pakai untuk aktiviti santai. Sekiranya sesuai, barulah pakai untuk acara-acara besar. Seperti yang selalu saya katakan, fesyen tak akan jadi fesyen jika kita tidak berani mencuba. Tetapi jangan pula trying too much sehinggakan kita menjadi mangsa fesyen.!



#picture credit to zalora.com

No comments:

Post a Comment

didiy fashion