My Buddies

Friday, November 9, 2012

KEINDAHAN AIR TERJUN MAHUA, TAMBUNAN, SABAH


Jika sebelum ini anda mungkin pernah disogokkan dengan keindahan air terjun Niagara di Kanada atau air terjun Victoria di Zambia, tetapi negeri kita Sabah apa kurangya. Sabah kaya dengan keindahan semulajadi, dengan pantai dan pergunungan yang memukau. Keindahan air terjun di sabah juga sudah menjadi sebutan tidak kira pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara.

Sejujurnya sebelum ini saya tidak pernah melihat di depan mata air terjun yang sebenar. Syukurlah peluang datang bergolek, kajian lapangan untuk kursus geografi fizikal kali ini memilih tempat Banjaran Crocker substesen Mahua, Tambunan sebagai lapangannya. Rombongan kami seramai lebih 80 orang termasuk pensyarah bertolak dari UMS ke kawasan kajian pada 31 oktober 2012. 


Memasuki kawasan Gunung Emas, hati saya mula teruja. Kesejukan dengan kabus tebal walaupun ketika itu jam 12 tengahari bagai menggamit perasaan kami lalu terus terpikat. Berhenti sebentar di Gunung Alab untuk makan tengahari, sebelum bertolak semula ke pekan Tambunan dan terus ke Bandar Keningau. 
Asrama Senagang


Malamnya kami bermalam di  Taman Banjaran Crocker substesen Kimanis, bertempat di asrama Senagang, bertemankan bunyian cengkerik malam dan pemandangan Bandar keningau jauh di bawah menemani malam-malam kami di sana.
Bergambar di Gunung Alab


Bergambar di bandar Keningau


Terjaga seawal pukul 4 pagi, dalam suasana dinginnya subuh, rombogan saya semuanya bersemangat untuk menerokai kawasan air terjun Mahua.


Bertolak ke Bandar Keningau sebelum ke bersarapan di pekan Tambunan lalu meneruskan perjalanan di Air Terjun Mahua. Dengan menaiki bas mini (van), kami tiba di kawasan air terjun sekitar pukul 11 setengah pagi.
Petunjuk dari simpang jalan.

Laluan masuk ke Air Terjun

Dari pondok pendaftaran, kami perlu berjalan kaki sejauh 500m untuk sampai ke Air Terjun. Mendengar bunyi percikan air terjun membuatkan hati saya makin tidak sabar untuk tiba. Perjalanan dalam hutan sangat menyenangkan hati dengan melihat panorama alam yang sangat indah, sungai yang jernih dan suasana yang nyaman, udara yang segar serta penuh keaslian. Turut kelihatan ialah bunga rafflesia dan juga kayu balak yang besar-besar dan keindahan semulajadi yang masih terpelihara. 
Bunga Rafflesia!!

Perjalanan ke air terjun


Kedatangan kami disambut dengan pemandangan yang sungguh cantik dan indah. Saya tergamam seketika, Ya Tuhan sungguh cantik ciptaanMU!




Pensyarah yang sporting!

Batu pelik!menyerupai kepala manusia

Hati terasa damai dan tenang, jauh dari tekanan di Bandar lantas terus jatuh hati pada tempat ini. Setelah bergambar seketika dan menikmati pemandangan dengan sepuas-puasnya, kami kembali ke pondok pendaftaran sekitar 2 setengah petang. Saya tertidur di dalam bas keletihan sepanjang perjalanan ke Bandar Keningau. 


Sempat melawat-lawat dan menjamu selera di pasar malam Keningau, kami kembali ke penginapan. Pada malamnya, acara BBQ di halaman penginapan kami. Dengan disinari lampu malam dan suasana dingin hingga ke tulang, tidak mematahkan semangat untuk berhibur setelah penat di siang hari.
Pesta BBQ..



Hari terakhir di Asrama Senagang meninggalkan perasaan sayu di hati. Kami kembali ke UMS, sekitar pukul 12.40 tengahari. Keindahan Taman Banjaran Crocker dan Air Terjun Mahua tetap terpahat dalam sanubari dan meninggalkan memori indah yang tak mungkin dilupakan.  Dalam hati kecil bertekad, AKU AKAN KEMBALI LAGI!!

Nota pelancong:
*Perjalanan dari Kota Kinabalu ke SubStesen Mahua Tambunan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Dari Tambunan ke Bandar Keningau mengambil masa sekitar 1.30-2 jam.
*Penginapan turut disediakan di kawasan substesen Mahua, Tambunan dengan kadar RM70/room dengan twin bed.
*Turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti: surau, restoran, tandas awam, asrama penginapan dengan kadar rm400++ tiap satu, tempat seminar dan gazebo untuk BBQ dengan kadar sewa rm30.
*Sangat sesuai untuk aktiviti perkemahan, seminar, kursus, dan aktiviti riadah. Juga sesuai untuk acara private seperti majlis pertunangan, sambutan hari jadi, wedding photoshoot atau berbulan madu….
*Dinasihatkan untuk membawa/memakai pakaian yang tebal kerana faktor cuaca yang sangat sejuk, terutamanya pada waktu subuh atau hujan.
*Berkunjunglah ke sini, anda pasti tidak kecewa.
 Maklumat lanjut tentang air terjun Mahua ini boleh dilihat di sini dan sini  


5 comments:

  1. kak ada byran tiket mask tak ?

    ReplyDelete
  2. bayaran rm3 sja untuk dewasa 18 tahun ke atas..rm 1 untuk bawah 18 tahun. rm 10 untuk dewasa non-Malaysian

    ReplyDelete
  3. Hai girl , napa berhenti menulis ? tulisan yang baik, cara ayat yang cantik , adakah terlalu sibuk atau kurang bahan atau ..atau atau ?

    air terjuan mahua memang cantik, damai , sejuk ya ampunnn , tapi malangnya pihak berwajib kurang kreatif untuk menambah keindahan dan daya tarikan pengunjung , yg ada sekarang ini ok , tapi masih ada ruang untuk di isi dengan sesuatu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..thanks utk komen itu.. lama x menulis bukan krana sibuk atau kurang bahan, cuma..cuma..cuma.. (no answer )
      Yup saya Sgt bersetuju dgn itu..xda inisiatif dari pihak berwajib utk mempromosikan atau menambah baik kemudahan d tempat ini (yg ada hanyalah milik resort yg perlu brbayar).

      Delete
    2. Hai..thanks utk komen itu.. lama x menulis bukan krana sibuk atau kurang bahan, cuma..cuma..cuma.. (no answer )
      Yup saya Sgt bersetuju dgn itu..xda inisiatif dari pihak berwajib utk mempromosikan atau menambah baik kemudahan d tempat ini (yg ada hanyalah milik resort yg perlu brbayar).

      Delete

didiy fashion