Namun, bagaimana pula dengan si bakal ibu sendiri? Jarang sekali kita lihat si ibu menyediakan kelengkapannya sendiri lebih-lebih lagi jika keadaan kewangan tidak mengizinkan dengan anak lain yang sudah berderet yang pastinya memerlukan lebih perhatian. Sedang si ibu sendiri hanya berpakaian “biasa-biasa” saja ataupun mengulang pakai baju hamil yang sudah dipakai sejak anak pertama hinggalah anak ketiga, keempat dan seterusnya.
Maklumlah, masa berbadan dua badan pun makin berisi, pastinya pakaian yang biasa dipakai seharian sudah tidak muat untuk dipakai lagi. Pernah saya terbaca post di dalam facebook yang mengatakan dia terpaksa melupakan seketika untuk memakai kasut bertumit tinggi dan t-shirt sendat dengan seluar pendek. Sampai begitu sekali. Itulah yang dikatakan pengorbanan ibu mengandung. Kalau wanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa, mungkin tidak menjadi masalah besar kerana t-shirt besar suami pun boleh pakai. Kalau yang berkerja, bagaimana pula? Pasti pening kepala memikirkan pakaian yang sesuai, selesa dan tetap menarik pandangan orang lain.
Walau dalam keadaan hamil sekalipun, itu tidak bermakna wanita tidak boleh untuk bergaya. Kini banyak kedai-kedai dan butik pakaian yang menjual pakaian khas untuk wanita hamil. Jika tidak pun, wanita masih boleh bergaya dengan melakukan sedikit pengubahsuaian dalam pakaian lama menjadi baru atau mengamplikasikan teknik layering dan mix & match.
Apa yang penting ialah keselesaan si pemakai dengan tidak memudaratkan
kandungan. Malahan, ada pakaian sewaktu hamil ini masih boleh terus dipakai
sehingga selepas melahirkan anak jika tahu caranya. Terbaru dari pelakon Dynas
Mokhtar telah melancarkan butik yang menjual pakaian khas untuk wanita
mengandung dan juga ibu-ibu yang menyusukan anak. Mungkin wanita-wanita di luar
sana boleh mendapatkan koleksi Dynas ini, atau kalau tidak pun mendapat ilham
bergaya darinya.
Bagi pemakaian kasut
atau sandal pula, adalah lebih baik jika wanita yang hamil memakai kasut yang
bertapak rata, dan lembut. Ini kerana dikhuatiri jika memakai kasut bertumit
akan menyebabkan tekanan di bahagian pinggang dan perut, dan di hujung-hujung
usia kandungan pula sesetengah wanita akan mengalami kekejangan kaki atau
bengkak. Tapi janganlah pula pakai “selipar jepun” saja nak ke pejabat. Cuba kasut
jenis loafer yang bereben di tengah, boleh didapati dalam pelbagai warna. Jika hendak
bersantai pula, cuba padankan dengan sandal bertali halus. Anda masih kelihatan
bergaya tanpa menjejaskan kandungan anda.
Paling penting
sekali, jangan abaikan solekan pada wajah, walau hanya berbedak tipis dengan
olesan pelembab bibir sahaja. Ini penting untuk menampakkan wajah yang segar
dan mengelakkan anda nampak pucat dan tidak bertenaga. Cuba bedak kompak dari Johnson
baby, harumannya sesegar bayu laut dan tahan di wajah. Untuk bibir pula, olesan
pelembab bibir dari silky girl sudah memadai kerana mampu memberikan warna
merah jambu di bibir tanpa olesan gincu.
sumber: di sini
No comments:
Post a Comment
didiy fashion