Sudah lama merancang untuk bercuti ke
pulau manukan, namun ada sahaja halangan yang mendatang. Kali ini tanpa
ragu-ragu, saya dan seorang teman yang juga berkongsi minat yang sama telah
merealisasikan hasrat yang sudah sekian lama terpendam ini. Kebetulan teman
saya ini telah mendapat cuti sempena hari raya aidilfitri, maka kami memutuskan
untuk pergi pada hari khamis 16 Julai 2015 yang lepas. Memandangkan kami memang
tinggal di tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu ini, jadi kami hanya berjalan
kaki ke Jeti Jesselton Point yang mengambil masa kurang dari 15 minit sahaja.
Kalau rasa malas nak jalan kaki, boleh saja naik teksi. Biasanya teksi akan
kenakan bayaran dari RM5-10 untuk perjalanan dalam bandaraya kk (misalnya dari
Sinsuran ke Jesselton Point). Dalam perjalanan ke Jesselton Point tu, kami
sempat singgah bersarapan di Gaya Street dan membeli barang-barang makanan di
supermarket Tong Hing. Supermarket ini memang sudah menjadi kebiasaan untuk
pelanggan singgah untuk membeli keperluan makanan jika ke Jesselton Point.
Maklumlah, harga makanan di Pulau tu nanti lebih mahal berbanding di KK. Oleh
itu dinasihatkan untuk membawa makanan bekal sendiri agar lebih jimat.
Pemandangan pintu masuk Jesselton Point dari arah luar
Tiba
di Jesselton Point, terus sahaja masuk ke dalam Ticketing Hall atau dewan
tiket. Di sinilah anda akan membeli tiket untuk ke Pulau Manukan atau
pulau-pulau sekitarnya. Dalam hall ini, ada terdapat banyak Travell Agency atau
agensi pelancongan yang akan membawa anda ke Pulau yang dikehendaki. Bolehlah
pilih mana-mana travel agency yang berkenan di hati.
Pelbagai pilihan agency
Bagi saya, setiap agency
itu menawarkan pakej yang sama sahaja (kecuali jika ada promosi atau potongan
harga), cuma yang membezakannya adalah jenis (tempat duduk) bot dan perjalanan
bot. Saya dan teman telah memilih Aparu Holiday Tours Sdn Bhd sebagai travel
agency kami. Harga tiket ke pulau ini tidaklah semahal mana. Lebih dari
berbaloi dan anda pasti tidak akan rugi.
Harga tiket
dewasa (untuk ke pulau manukan sahaja)
Tambang
bot
|
RM23.00
|
Bayaran
Jeti terminal
|
RM7.20+GST=RM7.63
|
Bayaran
pemuliharaan pulau
|
RM3.00
(dibayar di pulau)
|
Jumlah
|
RM33.63
|
Jangan risau sekiranya
anda terlupa untuk membeli “hot beach essential” atau barangan keperluan ke
pulau/pantai kerana di hall ini juga terdapat banyak kedai-kedai yang menjual
barangan untuk ke pulau/pantai seperti topi, cermin mata hitam, dress pantai, krim
tabir suria, bikini, peralatan menyelam dan juga makanan dan minuman. Bagi si
fashionista, jangan lupa dapatkan krim tabir suria bagi mengelakkan kulit
terkena sunburn. Selain itu, terdapat juga beberapa sukan air yang anda boleh
cuba seperti Banana boat, Jet ski, parasailing, dan flying fish dengan harga
yang berpatutan. Anda boleh memilih untuk melanggannya di travel agency yang
anda pilih ataupun melanggannya ketika berada di pulau nanti (berlainan
agency). Sukan air yang sering dicuba oleh pelancong ialah parasailing dan
banana boat. Anda juga boleh menyewa peralatan menyelam seperti mask &
snorkel (RM10), life jacket (RM5), dan fins (RM5).
Setelah selesai urusan
membeli tiket dan meninjau-ninjau barangan yang dijual di dalam hall, saya dan
teman keluar menunggu bot di jeti. Di kawasan luar jeti Jesselton ini terdapat
banyak gerai-gerai makanan dan restoran. Pelancong boleh memilih untuk
bersarapan sebelum bertolak ke pulau. Memandangkan kami sudah bersarapan lebih
awal, kami hanya menunggu bot sahaja. Jadual perjalanan semua bot adalah sama
iaitu mula bertolak ke pulau dari pukul 8.00 pagi dan berangkat pulang paling
lewat pada pukul 4.00 petang. Bot akan bertolak setiap 20 minit. Kami memilih
untuk bertolak pada pukul 10.00 pagi dan pulang pada pukul 2.00 petang.
Jeti Jesselton Point
Bot
yang kami naiki bersaiz sederhana sahaja dengan kadar muatan sebanyak 8 orang. Sejujurnya
ini ialah pengalaman pertama bagi saya untuk menaiki bot laju. Perasaan gerun
menghantui jiwa tambahan pula pengemudi bot membawa bot dengan amat laju. Dari
kejauhan bandaraya kk kelihatan semakin mengecil. Perjalanan dari Jesselton
point ke Pulau Manukan hanya mengambil masa kira-kira 10-15 minit sahaja.
Jeti Jesselton Point
Tiba di jeti Pulau
Manukan, saya yang takut-takut untuk melompat dari bot ke jeti terkaku di dalam
bot. Mujur seorang pelancong lelaki yang menaiki bot yang sama sudi
menghulurkan tangan dan saya sambut tanpa ragu-ragu. Jeti Pulau Manukan agak
panjang dan kami berjalan kaki ke pintu masuk pulau. Kedatangan kami disambut
dengan laut yang membiru dan pantai yang memutih. Air laut kelihatan sangat
jernih sehinggakan saya boleh melihat ikan-ikan berenang di dalamnya. Sungguh
indah sekali ciptaan Tuhan! Rugi rasanya sekiranya terlepas peluang untuk
menyaksikan pemandangan seindah ini, apatah lagi jika anda sendiri ialah
penduduk bandaraya KK.
Untuk masuk ke kawasan
pulau, kami perlu melalui pintu masuk pulau dan perlulah membuat bayaran
sebanyak RM3.00 setiap seorang bagi warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke
atas. Tujuannya bayaran ini dikenakan adalah untuk kegunaan pemuliharan pulau
manukan. Di sini juga ada disediakan tapak perkhemahan dengan kadar sewa
sebanyak RM5.00 seorang bagi dewasa dan tempat untuk BBQ dengan kadar sewa yang
sama. Urusan pembayaran selesai dengan mudah sahaja dan kami terus ke kawasan
pantai. Mujur masih ada meja kosong untuk bersantai dan meletakkan barangan.
Di tepi pantai ini terdapat banyak meja-meja kosong disediakan untuk pelancong. Kebetulan pada hari tersebut pelancong yang datang sungguh ramai dan keadaan pantai agak meriah dengan pelbagai gelagat pelancong yang kebanyakannya dari luar negara. Mungkin sahaja disebabkan oleh cuti sekolah sempena Hari raya telah bermula dan warga kota mengambil peluang ini untuk bersantai dengan keluarga.
Di tepi pantai ini terdapat banyak meja-meja kosong disediakan untuk pelancong. Kebetulan pada hari tersebut pelancong yang datang sungguh ramai dan keadaan pantai agak meriah dengan pelbagai gelagat pelancong yang kebanyakannya dari luar negara. Mungkin sahaja disebabkan oleh cuti sekolah sempena Hari raya telah bermula dan warga kota mengambil peluang ini untuk bersantai dengan keluarga.
Setelah berehat seketika,
saya menyediakan makanan tengahari iaitu roti tuna dengan telur rebus. Makanan
bekal yang ringkas sahaja dan makanan ringan yang sempat dibeli di Supermarket
Tong Hing. Sesudah itu, saya mula memakai krim tabir suria bagi mengelakkan
kulit dari sunburn dan menukar pakaian yang lebih sesuai untuk bermandi-manda.
Tidak juga dilupakan untuk mengambil gambar sebanyak yang mungkin bagi
mengabadikan momen indah ini dalam lipatan memori. Rasa sungguh seronok
bermandi-manda di lautan yang sungguh jernih bersama-sama dengan ikan-ikan yang
jinak sahaja. Mungkin ikan-ikan itu pun
sudah biasa berenang bersama manusia memandangkan kawasan ini kawasan larangan
untuk menangkap ikan. Apa yang saya dapat perhatikan ialah kawasan air laut agak
dalam. Saya biasanya mandi di kawasan tepi pantai tetapi airnya cetek. Jauh
dari kawasan pantai barulah airnya perlahan-lahan semakin dalam. Tetapi di
pulau ini, hanya beberapa meter sahaja dari kawasan pantai, kedalaman airnya
sudah mencecah pinggang. Dinasihatkan agar tidak berenang jauh dari pantai dan
pakailah jaket keselamatan, terutamanya bagi yang tidak pandai berenang seperti
saya ini.
Puas bermandi-manda dan
bermain pasir, kami naik semula ke kawasan meja (dan kerusi kayu) dan menikmati
makanan tengahari yang serba ringkas. Walaupun ringkas, pemandangan yang cantik
dan udara yang nyaman membuatkan apa sahaja yang dimakan terasa sungguh lazat.
Sekali lagi saya tekankan, rugi sekiranya anda tidak datang ke sini dan merasai
sendiri pengalaman di pulau manukan ini.
Di pulau ini terdapat pelbagai
kemudahan seperti tandas awam, tempat mandi awam, restoran, gerai makanan,
gerai peralatan menyelam, padang, tapak perkhemahan dan juga beberapa resort
dan chalet. Anda boleh sahaja memilih untuk menginap di pulau ini sekiranya
berminat. Aktviti seperti sukan air, sukanena dan acara-acara seperti hari
keluarga, majlis sambutan hari jadi, berbulan madu dan kawasan penggambaran
untuk perkhawinan juga sangat sesuai dijalankan di pulau manukan ini. Setelah
selesai menjamu selera, kami bergerak ke kawasan tempat mandi/tandas awam untuk
mandi dan menyalin pakaian bersih. Sesudah itu, kami berjalan-jalan sekitar
pulau dan pantai untuk menghayati keindahan Pulau Manukan.
Tepat jam 1.30 petang
kami mula berjalan kaki kawasan jeti bagi menunggu bot tiba. Di jeti, kami
terserempak dengan pasangan yang sedang mengadakan pre-wedding photoshoot.
Sememangnya kawasan ini sungguh cantik untuk diabadikan di dalam gambar
perkhawinan. Di jeti Pulau manukan juga disediakan pondok tempat menunggu bot. Ramai
pelancong yang bersama-sama dengan kami berada dalam pondok jeti tersebut.
Disebabkan ramai pelancong dan bot yang datang, kami agak keliru mencari bot
yang akan kami naiki. Mujur terjumpa dengan staff Aparu Holiday yang
menunjukkan bot agency mereka. Ketika mencari bot pulang, lebih baik sekiranya
anda tiba lebih awal ke jeti kerana anda akan ketinggalan sekiranya lambat tiba
ke jeti. Bot akan bertolak tepat jam 2.00 petang. Anda juga dinasihatkan untuk
sentiasa memegang tiket anda agar mudah dilihat oleh staf agency yang anda
telah pilih.
Perjalanan pulang dengan
menaiki bot lebih relaks kerena bot di pandu perlahan. Jauh di daratan
kelihatan bandaraya KK, kawasan Sutera Harbour Resort dan juga pantai tanjung
aru. Kami selamat tiba di jeti Jesselton point dengan penuh kegirangan di dalam
hati. Bagi mereka yang belum pernah ke Pulau Manukan atau pulau-pulau
sekitarnya iaitu Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Gaya, marilah datang
berkunjung dan rasailah sendiri pengalaman bermain ikan-ikan di lautan yang
sungguh jernih. Sampai bertemu lagi.