My Buddies

Thursday, June 15, 2017

Sempoi dan bersahaja di Korea - Percutian singkat

Annyeonghaseyo..! 

Che irumun Rita imnida..Chewahh..bukan main lagi cakap korea..hikhikhik...28 May hingga 1 Jun 2017, saya ke Seoul, Korea dengan dua euonni yg juga merupakan rakan guru saya di sekolah.. percutian singkat yang sempoi dan bersahaja..selama 5 hari 4 malam. 

Kami ke sana dengan menggunakan ground pakej dari HR Travels and Tours, sebuah travel ejen yang dikendalikan oleh bekas-bekas dan pelajar-pelajar Malaysia di Korean University, Seoul, Korea. Korang mesti nak tahu berapa bajet hendak ke sana kan. Ok di sini saya sertakan serba sedikit info bajet yang telah saya gunakan sepanjang berada di korea. 

Tiket Kapal Terbang:
KK-KL : RM550 (Sebab booking 2 hari sebelum flight hoho)
Penang-KK : RM410
KL-ICN, ICN-KL :RM1250
ground pakej : RM1390
perbelanjaan di korea : RM1100
Jumlah : RM4700

Sebenarnya, bajet ini sangat mahal disebabkan oleh kurangnya planning percutian.  kalau anda nak style backpackers, separuh saja dari harga yang di atas. so, jangan terkejut pula..

ok, kami ke mana sepanjang berada di Seoul tu..?
ini dia.

Hari Pertama.
kami tiba di Lapangan terbang Incheon pada pukul 8.30 waktu korea. kami disambut dengan kereta MPV terus ke hotel penginapan.

berehat sekejap di hotel, mandi dan tukar pakaian. kemudian keluar ke stesen kereta api korea yang memangnya superb! Dari stesen Cheongyangni, kami ke Jongno.

melawat lawat ke kawasan istana lama korea iaitu Gyeongbok Palace, istana King Sejong. Di sini lah tempat popular drama-drama korea dilakonkan..contohnya, Goblin, dan juga Rooftop Prince.



Keluar dari istana, kami ke kawasan pasar seni...di sini sempat kami membeli dan memakai pakaian tradisi korea iaitu hanbok.


kemudian bergerak ke tugu besar King Sejong dan ke kawasan sungai Chonggye..sungai jernih di tengah-tengah bandar Seoul.


setelah itu, kami ke Pasar Seni Insadong..banyak barangan seni dan tradisional dijual di sini. kami sempat merasa street food.


Bertolak balik ke penginapan..dan terus tertidur..sangat penat, letih dan yang sama waktu dengannya..

esoknya kami ke mana pula? tunggu next entry!

Oppa, anyeong!