Ramai wanita Malaysia terutamanya yang belum berkahwin berasa malu untuk memperkatakan secara terbuka tentang penjagaan vagina (Miss v). Saya kira ianya bukanlah satu isu sensitif untuk diperbincangkan. Wanita tidak akan dapat lari daripada miss v mereka. Ianya berkaitan dengan fungsi seksual, haid dan reproduktif. Namun, ramai wanita di luar sana yang tidak mementingkan penjagaan miss V mereka sehinggalah dijangkiti kuman/penyakit baru hendak terkejar-kejar untuk mencari penawarnya. Jangan bersikap sedemikian. Wanita yang terkenal dengan sifat femininnya,dan pembersih haruslah menitik beratkan aspek kesihatan diri termasuklah miss V.
Terdapat mitos yang dipercayai oleh kebanyakan wanita, iaitu vagina tidak akan dijangkiti penyakit sekiranya mereka belum lagi sexuality active. Bagi saya mitos itu tidak benar sama sekali. Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah alat seksual dan tidak semestinya ianya melibatkan aktiviti seksual bersama pasangan. Sebagai contoh, pengambilan antibiotic, pil hormone,berpakaian ketat, perubahan hormone, stress, cuaca panas dan lembap dan penggunaan pencuci vagina.
Pengeluaran cecair vagina yang normal biasanya berwarna putih, tidak berbau, tidak gatal, basah, dan banyak ketika ovulasi dan pekat pada waktu yang lain. Sebaliknya pula yang berlaku sekiranya vagina dijangkiti. Kebiasaanya wanita akan merasakan kegatalan pada Miss V mereka dan mengalami keputihan yang banyak. Selain itu, cecair yang dikeluarkan oleh vagina juga berwarna kelabu keputihan, dan berbau hanyir serta sakit ketika membuang air kecil. Hal ini mewujudkan keadaan yang tidak selesa pada wanita yang mengalaminya. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, akan mendatangkan masalah kepada miss v dan masalah yang lebih teruk seperti kanser servik, kanser rahim dan kemandulan. Bagi mereka yang telah mengalami simptom-simptom seperti di atas dinasihati agar segera berjumpa dengan doktor.
Untuk penjagaan miss v yang sempurna, setiap wanita harus mengamalkan tips-tips di bawah.
1. Cuci tangan sehingga bersih
2. Cuci bahagian luar alat sulit dengan air bersih (air suam)
3. Gunakan air bersih untuk mencuci
4. Gunakan sabun khusus jika perlu
5. Gunakan seluar dalam yang sentiasa bersih
6. Pakai seluar dalam yang selesa
7. Pilih seluar dalam dari kain kapas
8. Gunakan pantyliner atau tuala wanita nipis bagi mereka yang mempunyai masalah keputihan
9.Potong atau cukur rambut pada bahagian peribadi untuk mengelakkan perpeluhan berlebihan dan pembiakkan bacteria.
10.Pastikan alat pencukur atau gunting itu bersih
11.Elakkan menggunakan seluar dalam orang lain.
12.Sewaktu haid, gunakan tuala wanita yang sesuai
13.Ganti tuala wanita beberapa kali sehari
14.Selepas membersihkan bahagian sulit, keringkan dahulu barulah memakai seluar dalam
15.Menyembur atau memercikkan air ke dalam vagina menggunakan air/cecair yang dijual tidak digalakkan. Dapatkan dahulu nasihat pakar
16.Elakkan memakai produk haruman seperti bedak dan pewangi pada vagina. Ini kerana keseimbangan pH dalam vagina sangat sensitive.
(bacaanlanjut
Penjagaan miss v haruslah diambil kira oleh semua wanita kerana kita tidak dapat meramalkan tahap kesihatan kita, apatah lagi dalam dunia masa kini yang sering mendedahkan kita terhadap penyakit berbahaya. Lebih baik mencegah daripada mengubati.