My Buddies

Tuesday, February 28, 2012

HATI YANG GEMBIRA

Gembira..ianya satu perasaan yang menimbulkan satu rasa yang amat menyoronokkan dalam diri kita. Mengapa kita berasa gembira? Adakah kerana kita mendapatkan sesuatu yang kita idam-idamkan sejak sekian lama? Atau impian menjadi kenyataan? Seperti mendapat tempat pertama dalam kelas setelah berusaha bermati-matian dalam peperiksaan akhir. Apa sahaja yang membuatkan kita gembira, atas alasan apa sekali pun, kita harus bersyukur kerana kita masih hidup dan masih merasai perasaan gembira. Perasaan ini normal bagi setiap manusia.
Saya baru sahaja habis menonton sebuah drama korea yang bertajuk “ The Snow Queen”. Sungguh tragik dan menyanyat hati. Apa yang menarik saya untuk menonton drama ini ialah kerana drama ini menonjolkan perasaan gembira sebagai poin utama. Bagaimana seseorang yang menderita, putus harapan selama bertahun-tahun dapat kembali hidup gembira.
 Bagi saya kita hendak gembira ataupun tidak, itu adalah pilihan kita sendiri. Tetapi seandainya kita berpeluang memilih untuk gembira, mengapa kita harus bersedih? Walaupun mungkin hari ini kita terluka disebabkan oleh seseorang yang sangat dekat dengan kita, kecewa disebabkan gagal mendapat sesuatu yang diimpikan ataupun kehilangan seseorang yang kita sayangi, itu tidak bermakna kita harus meratap bersedih untuk selama-lamanya.
 Selagi kita masih hidup, kita masih berpeluang untuk bergembira. Mungkin tiada sesiapa yang sudi meminjamkan bahu untuk kita menangis ataupun mengeringkan air mata kita tetapi ia bukannya alasan untuk tidak rasa gembira. Bukankah dengan bergembira dan tersenyum menghadapi segala dugaan akan membuatkan kita lebih kuat? Seperti satu kata-kata dalam drama korea itu “ be happy no matter what and you’ll  surely find happiness”

No comments:

Post a Comment

didiy fashion