Setiap kali bulan Mei menjelang tiba, ada suatu
perkara yang wajib ditunggu-tunggu saban tahun. Apalagi kalau bukan
pertandingan unduk ngadau atau dalam bahasa melayu bermaksud pertandingan ratu
cantik. Di peringkat mukim, daerah mahupun negeri, pertandingan ini tidak
pernah terkeluar daripada senarai “wajib ada pada” setiap kali bulan Mei, iaitu
bulan Pesta Kaamatan/ Menuai di negeri Sabah. Pertandingan ini bersinonim
dengan sambutan pesta kaamatan oleh suku kaum majoriti negeri sabah iaitu kaum
KadazanDusun dan Murut (KDM). Secara ringkas, ianya diadakan bagi memperingati
Lagenda Huminodun, perempuan tercantik yang sanggup mengorbankan dirinya untuk
menyelamatkan penduduk lain (info lanjut boleh search dalam google).
Di daerah saya, Pitas juga tidak ketinggalan untuk
menyambut pesta kaamatan sekaligus turut mengadakan pertandingan unduk ngadau.
Pertandingan ini akan diadakan di peringkat mukim terlebih dahulu sebelum ke
peringkat daerah. Empat mukim akan mengadakannya, dan pemenang top3 akan
dihantar untuk bertanding di peringkat daerah untuk merebut gelaran “Unduk
Ngadau daerah Pitas”. Mukim-mukim yang bertanding ialah Mukim Kalumpang, Mukim
Dandun, Mukim Pinggan-Pinggan dan Mukim Telaga.
unduk ngadau mukim
mukim Dandun
mukim Dandun
Di peringkat daerah pula, biasanya akan diadakan
selama 3 ke 4 hari. Unduk ngadau pitas pada tahun 2012 ini diadakan selama 3 hari sahaja. Hari pertama para unduk ngadau akan mendaftar diri dan
dibawa ke penginapan khas untuk mereka. Malamnya diadakan Malam Huminodun atau Malam Bakat. Pada hari kedua pula, diadakan
latihan penuh untuk para Unduk ngadau dan lawatan amal ke Hospital Pitas. Malamnya diadakan “Malam
Gala”. Para unduk ngadau ini akan tampil dengan dua persalinan iaitu pakaian
pareo dan “evening gown” mereka yang tercantik sekali. Empat kategori yang dipertandingkan pada malam itu iaitu Miss Friendly, Miss Talented, Miss
Beautiful Smile dan Miss Beautiful Dress.
Malam Huminodun@Malam Bakat
Latihan Penuh
Miss Talented
Pada hari keempat, iaitu acara kemuncak sambutan pesta
kaamatan ialah pertandingan akhir unduk ngadau. Dalam pertadingan ini, para
unduk ngadau diwajibkan untuk memakai pakaian tradisi suku kaum masing-masing
(atau suku-suku yang lain, yang mana sesuai). Akhir sekali ialah lambaian unduk
ngadau 2011/sebelumnya, sebelum keputusan penuh akan diumumkan dan sesi
pemahkotaan unduk ngadau 2012/yang baru
akan disempurnakan oleh mantan unduk ngadau 2011/sebelumnya. Pemenang pertama
akan menerima wang tunai RM800, trofi, hamper makanan, jambangan bunga, sijil
penghargaan, selempang dan mahkota.
picture credit to stephen arts& photography, shine photovideo, david aramai tii photo & video and unduk ngadau pitas.
Senarai pemenang unduk ngadau daerah Pitas dari tahun 2008:
Unduk Ngadau 2008: Masyin Madeyok
Unduk Ngadau 2009: Evilin Mathis
unduk ngadau 2010: Elflorina Jolius
Unduk Ngadau 2011: Sinolongan Dayaman
unduk ngadau 2012: Wendy P.Ginsilin
Unduk Ngadau Pitas 2008-2012..