My Buddies

Thursday, June 21, 2012

UNDUK NGADAU PITAS


Setiap kali bulan Mei menjelang tiba, ada suatu perkara yang wajib ditunggu-tunggu saban tahun. Apalagi kalau bukan pertandingan unduk ngadau atau dalam bahasa melayu bermaksud pertandingan ratu cantik. Di peringkat mukim, daerah mahupun negeri, pertandingan ini tidak pernah terkeluar daripada senarai “wajib ada pada” setiap kali bulan Mei, iaitu bulan Pesta Kaamatan/ Menuai di negeri Sabah. Pertandingan ini bersinonim dengan sambutan pesta kaamatan oleh suku kaum majoriti negeri sabah iaitu kaum KadazanDusun dan Murut (KDM). Secara ringkas, ianya diadakan bagi memperingati Lagenda Huminodun, perempuan tercantik yang sanggup mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan penduduk lain (info lanjut boleh search dalam google).
Di daerah saya, Pitas juga tidak ketinggalan untuk menyambut pesta kaamatan sekaligus turut mengadakan pertandingan unduk ngadau. Pertandingan ini akan diadakan di peringkat mukim terlebih dahulu sebelum ke peringkat daerah. Empat mukim akan mengadakannya, dan pemenang top3 akan dihantar untuk bertanding di peringkat daerah untuk merebut gelaran “Unduk Ngadau daerah Pitas”. Mukim-mukim yang bertanding ialah Mukim Kalumpang, Mukim Dandun, Mukim Pinggan-Pinggan dan Mukim Telaga.
unduk ngadau mukim
mukim Dandun                                                                               

mukim Pinggan-Pinggan
                                             
 mukim Kalumpang
                                    
   mukim Telaga

Di peringkat daerah pula, biasanya akan diadakan selama 3 ke 4 hari. Unduk ngadau pitas pada tahun 2012 ini diadakan selama 3 hari sahaja. Hari pertama para unduk ngadau akan mendaftar diri dan dibawa ke penginapan khas untuk mereka. Malamnya diadakan Malam Huminodun atau Malam Bakat. Pada hari kedua pula, diadakan latihan penuh untuk para Unduk ngadau dan lawatan amal ke Hospital Pitas. Malamnya diadakan “Malam Gala”. Para unduk ngadau ini akan tampil dengan dua persalinan iaitu pakaian pareo dan “evening gown” mereka yang tercantik sekali. Empat kategori yang dipertandingkan pada malam itu iaitu Miss Friendly, Miss Talented, Miss Beautiful Smile dan Miss Beautiful Dress.

Malam Huminodun@Malam Bakat



Latihan Penuh 


Lawatan amal ke Hospital Pitas

Malam Gala
Miss beautiful Dress (kiri)
Miss beautiful Smile

Miss Talented

Pada hari keempat, iaitu acara kemuncak sambutan pesta kaamatan ialah pertandingan akhir unduk ngadau. Dalam pertadingan ini, para unduk ngadau diwajibkan untuk memakai pakaian tradisi suku kaum masing-masing (atau suku-suku yang lain, yang mana sesuai). Akhir sekali ialah lambaian unduk ngadau 2011/sebelumnya, sebelum keputusan penuh akan diumumkan dan sesi pemahkotaan unduk ngadau  2012/yang baru akan disempurnakan oleh mantan unduk ngadau 2011/sebelumnya. Pemenang pertama akan menerima wang tunai RM800, trofi, hamper makanan, jambangan bunga, sijil penghargaan, selempang dan mahkota.






picture credit to stephen arts& photography, shine photovideo, david aramai tii photo & video and unduk ngadau pitas.


Senarai pemenang unduk ngadau daerah Pitas dari tahun 2008:
Unduk Ngadau 2008:  Masyin Madeyok





Unduk Ngadau 2009: Evilin Mathis



unduk ngadau 2010: Elflorina Jolius







Unduk Ngadau 2011: Sinolongan Dayaman






unduk ngadau 2012: Wendy P.Ginsilin






Unduk Ngadau Pitas 2008-2012..

                                                                           

No comments:

Post a Comment

didiy fashion