My Buddies

Sunday, September 30, 2012

BERGAYA DENGAN PEPLUM STYLE


Dunia fesyen hari ini tidak pernah berhenti untuk terus “berlari” dari satu “tempat” ke tempat yang lain. Namun fesyen juga kadangkala penat berlari terus ke hadapan dan kembali semula ke tempat asalnya. Itulah yang dikatakan kitaran dalam fesyen. Sentiasa berulang-ulang, namun dengan sentuhan dan gaya penataan yang baru.
Kali ini saya tertarik dengan fesyen peplum atau dress peplum yang kini banyak berada di pasaran. Gaya peplum ini mengingatkan saya kepada gaya kebaya dan dress 60-an yang digayakan oleh wanita-wanita pada zaman itu, terutamanya seniwati Saloma.






Apakah yang dimaksudkan dengan peplum ni? Menurut sumber wiki, peplum berasal daripada perkataan Greek iaitu Tunic yang bermaksud “Short overskirt that is usually attached to a fitted jacket, blouse or dress”.



Namun kini gaya peplum bukan hanya pada skirt tapi juga sudah dibuat versi rok, blazzer, blous,top, jaket dan juga baju kurung. Ringkasnya, peplum boleh dikatakan sebagai pakaian yang mempunyai bentuk kembang/kelopak bunga di pinggang bagi memberikan ilusi ramping dan bentuk tubuh yang ber”curve”.


Selebriti terkenal seperti Kim Kardashian dan Kate Middleton juga menggayakan rekaan peplum ini.




Penggunaan peplum lebih kepada smart casual tetapi seperti juga pakaian atau gaya lain, ianya boleh disuai padankan mengikut situasi. Contohnya, ianya boleh dipakai bersama legging, skirt atau skinny jeans. Bagi yang bertubuh gempal, pilihlah warna yang agak gelap bagi menimbulkan ilusi ramping. Namun begitu, jika tidak yakin dengan gaya peplum ini, lebih baik fikirkan gaya yang lain kerana takut nanti kita dilihat sebagai Lady Gaga pula.






Untuk yang bertubuh kurus pula, gaya peplum ini merupakan gaya penyelamat bagi anda kerana memberi visual lebih berisi dan berbentuk. Pilihlah warna yang terang seperti oren, merah atau biru terang dan hiasi dengan aksesori seperti rantai dan beg besar. Pasti menyerlahkan aura dalaman dan keyakinan anda.





Pelbagai gaya baju kurung dengan sentuhan peplum yang harus di cuba jika anda inginkan gaya se"hot" Erra Fazirah dan Nora Danish.





Bagi yang masih ragu-ragu untuk mengenakan gaya ini, usah terlalu takut kerana hanya keyakinan yang akan membuatkan kita cantik walau dengan gaya yang macam mana sekali pun. Simpanlah dalam hati kata-kata Coco Chanel ini “Fashion is not something that exists in dresses only. Fashion is in the sky, in the street, fashion has to do with ideas, the way we live, what is happening”. Selamat mencuba!
P/S: Yang mana satu ka pilihan anda?

#kredit picture to Zalora.com & Leneys (http://www.facebook.com/leneys?fref=ts)


Sunday, September 23, 2012

Gaya Pemakaian Turban


Sejarah pemakaian turban dikatakan bermula sejak beribu tahun dahulu. Pada mulanya, Turban digunakan di negara-negara asia  dan timur tengah, terutamanya di India, Afghanistan, Africa Utara, Kenya, Jamaica dan Pakistan. Turban yang dipakai di India dan Pakistan dikenali sebagai Pangri, nama lain ialah Phakeolis yang digunakan oleh tentera Byzantine.  Bagi bangsa Sikhs dari India pula, Turban dipanggil sebagai Dastar. Penggunaan nama Turban pula adalah merujuk kepada ikatan/hiasan rambut di kepala bagi wanita di negara-negara Barat. Di negara-negara barat, fesyen turban bermula pada penghujung abad ke-18 apabila turban dibawa dari India ke Barat sebagai “aksesori fesyen barat”. Fesyen turban ini di popularkan oleh Marie Antoinette di England. (Sumber Wiki)

*Lelaki Arab memakai Turban pada awal abad ke-4



Lelaki Sikh dari Punjab, India.


                 (sumber wiki)

Pemakaian turban  di Malaysia bukanlah asing kala ini, malahan ianya dianggap sebagai salah satu “in trend” fesyen bertudung yang diminati ramai meskipun seawal kemunculan gaya yang dipopularkan oleh Yuna itu pernah mendapat kritikan  segelintir pihak.
                              Yunalis Zarai








(Picture credit to Yunalis Zarai FB http://www.facebook.com/yunaliszaraimusic/photos
Namun, sentuhan luar biasa pereka fesyen dalam mempelbagaikan gayanya dengan menambah perincian, aksesori serta diperbuat daripada fabrik dengan rona mempesonakan, menjadikan fesyen turban ini relevan buat kaum wanita di samping tampak menarik, sopan dan paling utama masih menutup aurat. Antara selebriti yang menggayakan fesyen turban ini ialah Natasha Hudson, Ramlah Ram, dan Noryn Aziz
 Cuba perhatikan gaya  Noryn Aziz ini..nampak elegan..








(picture credit to Noryn Aziz FB http://www.facebook.com/pages/Noryn-Aziz/15094541415

Bagi wanita yang bertudung, apa kata sekali-sekala ubah penampilan anda dengan mengenakan gaya turban ini. Turban sesuai digayakan dimana sahaja, kerana ianya merupakan sesuatu pemakaian yang sangat ‘simple’ dan menarik. Anda pastinya akan kelihatan lebih kemas dan selesa dengan gaya seperti ini.

simple dan menarik- Ramlah Ram






Cantik dan bergaya-Natasha Hudson







Pemakaian turban juga sesuai dengan wanita yang tidak bertudung. Caranya dengan mengikat turban separuh dari kepala sahaja. Gaya  ini  akan menampakkan anda sebagai seorang yang elegan dalam mengayakan fesyen. Namun begitu, pemilihan turban haruslah sesuai dengan imej yang ingin ditonjolkan. Dinasihatkan jangan menggunakan warna dan aksesori yang terlalu berat serta lilitan yang terlalu banyak agar pemakaian turban anda seimbang dan tampil menarik.
Salmah Hayek dan Kate Moss

               Nicole

 *kredit picture to 


Friday, September 7, 2012

FESYEN EKOR IKAN


Fesyen ekor ikan atau dalam bahasa inggeris dipanggil fishtail fashion merupakan satu fenomena baru dalam arena fesyen Malaysia. Mungkin ada diantara mereka yang di luar sana masih kabur-kabur tentang fishtail fashion ini. Mungkin juga mereka akan memberikan gambaran yang salah jika terbayang tentang ekor ikan. Sebenarnya fesyen ekor ikan ini merupakan fesyen retro yang dievolusikan menjadi lebih trendy tetapi santai. Apa yang dikatakan sebagai fesyen ekor ikan ini ialah pakaian sama ada blous, top atau skirt yang mempunyai potongan yang tidak semetri. Dua potongan yang paling popular dalam fesyen ini ialah potongan pendek dibahagian depan dan panjang di bahagian belakang, dan potongan yang tidak sama panjang diantara bahagian kiri dan kanan iaitu sama ada bahagian kiri pendek dan bahagian kanan panjang atau sebaliknya. 
Selain dua jenis potongan ini, potongan lainnya ialah berlapis-lapis atau bertingkat-tingkat. Manakala warna yang digunakan pula selalunya ialah warna-warna terang, bergaris melintang dan pakaian yang berwarna warni (lebih dari satu warna, tujuannya adalah untuk menonjolkan potongan pakaian).

Fesyen ini lebih kepada pakaian jenis smart casual dan sesuai digunakan untuk aktiviti santai. Namun begitu, sekiranya ingin menggayakannya untuk acara besar atau majlis makan malam, caranya adalah dengan menambahkan aksesori yang lebih banyak, dan besar dan menggunakan pakaian yang lebih sarat seperti penambahan labuci atau sulaman manik. Fesyen ini juga boleh digunakan untuk resepsi perkahwinan tetapi dengan jenis dan corak pakaian yang lebih menyerlah. 

Untuk pakaian formal seperti ke pejabat, cara penggayaannya adalah dengan menambahkan blazer atau jaket, dan warna yang kurang terang seperti warna nude atau satu warna sahaja. Bagi mereka yang bertudung atau mereka yang tidak suka bahagian tubuh terdedah, boleh dipadankan dengan cardigan, jaket atau kot untuk baju dan tambahkan seluar besar labuh untuk bahagian skirt, atau hanya menggunakannya untuk baju dan padankan dengan seluar besar. Ianya juga boleh dipadankan dengan legging atau skinny jeans, dan jika ingin lebih menarik, gunakan jeans atau legging yang berwarna-warni.  Lebih menarik lagi, fesyen ini sesuai digayakan untuk semua peringkat umur, tetapi bergantung kepada tubuh si pemakai, tujuan pemakaian dan bagaimana penggayaannya.

Pakaian fishtail fashion ini menggunakan fabrik yang lembut dan tidak terlalu sarat seperti cotton. Bagi penggayaan aksesori, kasut dan beg, fashion ini mempunyai kareteria yang tersendiri. Untuk kasut, jika inginkan gaya yang lebih santai dan ringkas, boleh dipadankan dengan flat shoes, untuk gaya yang lebih hot pula boleh digayakan dengan wedges dan boot. Bagi aksesori pula, padankan dengan aksesori yang unik dan besar. 

Bagi penggayaan dengan beg, penggunaan sling bag kurang sesuai, ianya lebih sesuai digayakan dengan handbag (yang tidak perlu disandang ke bahu). Untuk tambahan pakaian pula, boleh digayakan dengan legging, seluar labuh, cardigan dan jeans. Fashion ini sebenarnya menampakkan ilusi kaki yang lebih panjang, jadi amat sesuai untuk mereka yang bertubuh rendah. Tapi bagi mereka yang bertubuh tinggi lampai pula, gunakan potongan yang tidak telalu mendedahkan bahagian depan kaki.

Kesilapan dalam penggayaan fesyen ini ialah salah memilih potongan pakaian. Ada yang memilih potongan yang tidak sesuai dengan tubuh, ada pula yang memilih potongan terlalu pendek menampakkan tubuh kelihatan semakin rendah. Dan ada pula yang menggayakan potongan yang sama untuk skirt dan blous. Lebih baik sekiranya mencuba sedikit demi sedikit dahulu dan pakai untuk aktiviti santai. Sekiranya sesuai, barulah pakai untuk acara-acara besar. Seperti yang selalu saya katakan, fesyen tak akan jadi fesyen jika kita tidak berani mencuba. Tetapi jangan pula trying too much sehinggakan kita menjadi mangsa fesyen.!



#picture credit to zalora.com