My Buddies

Saturday, November 24, 2012

FESYEN K-POP

Penghujung tahun lalu, media antarabangsa melaporkan situasi transisi dan trend fesyen yang sedang melanda kelompok generasi muda Myanmar terutamanya wanita di kawasan bandar. Seiring dengan perubahan fesyen semasa, pemerhati fesyen mendapati wanita urban tidak lagi gemar memakai pakaian kebangsaan mereka iaitu longyi. Sebaliknya, obses pada pemakaian skirt atau seluar pendek bersama baju-T potongan sendat.

Selain itu, wanita muda Myanmar dilihat berani memilih pakaian berasaskan warna terang dan kontra berbanding rona lembut dan gelap. Ini termasuklah, memiliki koleksi pakaian konsep funky, comel dan ceria.
“Trend fesyen ini tercetus daripada pengaruh muzik fesyen Korea atau K-Pop yang terkenal dengan imej seumpama itu. Penampilan artis Korea cukup menarik dan sarat dengan elemen segar serta mempesonakan,” jelas model remaja kelahiran Myanmar, Chan Chan yang turut menyatakan koleksi skirt mini, jaket, seluar pendek dan legging (sarung kaki ketat) antara item fesyen ala Korea yang semakin popular di Myanmar.



Namun, gelombang fesyen dan muzik K-Pop bukan saja melanda Myanmar malah pengaruhnya telah melanda Malaysia. Paling ketara, penjualan koleksi baju-T konsep funky dan legging pelbagai corak yang dijual secara meluas di beberapa gedung di sekitar Lembah Klang.
Sementara itu, perunding imej dan pereka fesyen Faizal Hamid, turut mengakui bahawa pengaruh muzik dan artis K-Pop, sedikit sebanyak memberi inspirasi fesyen kepada anak-anak muda tempatan terutamanya stail pemakaian dan potongan rambut.
“Era K-Pop kini cukup gah di persada antarabangsa dan dijangka bertahan lama selagi peminat menggilai dan memberi sokongan padu kepada idola mereka tidak kira solo atau artis berkumpulan. Pada pengamatan saya, trend meniru gaya artis tidak hanya berlaku dalam kalangan masyarakat tempatan malah turut dipraktikkan peminat muzik di Eropah dan termasuklah di Korea.

“Sebab itu, budaya remaja di Korea mereka begitu obses bergaya sama seperti selebriti pujaan. Ketaksuban meniru gaya artis pujaan kadangkala menyebabkan mereka sanggup membelanjakan sejumlah wang semata-mata penampilan mereka salin tak tumpah bak selebriti pilihan,” jelas Faizal yang turut memberitahu segelintir peminat fanatik sanggup menjalani pembedahan plastik agar raut wajah menyamai idola pujaan mereka.
Tambahnya, selain aksi, pakaian dan aksesori yang comel, pakaian warna kontra yang dipraktikkan oleh selebriti K-Pop turut menarik perhatian.

Buktinya, lihat saja pada penampilan grup Wonder Girls, 4 Minute, 5 Dolls, Kara, Sistar dan Orange Caramel. Keenam-enam kumpulan tersebut bukan saja memikat peminat dengan koleksi lagu dan persembahan pentas yang memukau malah sentiasa tampil bergaya dan stailo.

#Credit to kosmo online.

Tuesday, November 20, 2012

STYLE FESYEN DEEPAVALI



Selamat menyambut deepavali kepada semua orang yang berbangsa India walau di mana pun juga anda berada, terutamanya di Sabah. Rasanya belum terlambat lagi ucapan saya ini, kerana kita masih lagi dalam mood depavali.

Jika dulu tidak sah kiranya jika tidak memakai sari di pagi hari deepavali. Tapi kini fesyen moden turut mewarnai sambutan pesta cahaya ini. Antaranya ialah pakaian sut Punjabi atau dikenali sebagai anarkali atau Churidar dan pakaian ala Bolywood dan sari yang dimodenkan.


Bagi si gadis india penggemar fesyen, tidak salah mencuba pelbagai rekaan terbaru yang lebih moden dan santai untuk berkunjung ke majlis rumah terbuka. Pakaian untuk deepavali selalunya lebih kepada warna-warna terang, namun begitu warna romantik dan kontemporari juga sesuai digunakan.


Fesyen berunsurkan Kaum India ini juga sesuai digayakan oleh semua kaum sama ada untuk menghadiri majlis makan malam, berkunjung di rumah terbuka atau hanya untuk bersantai di hujung minggu.
Pelbagai gaya yang boleh dicuba:









 Antara aksesori yang boleh dipadankan dengan gaya di hari deepavali.

Friday, November 9, 2012

KEINDAHAN AIR TERJUN MAHUA, TAMBUNAN, SABAH


Jika sebelum ini anda mungkin pernah disogokkan dengan keindahan air terjun Niagara di Kanada atau air terjun Victoria di Zambia, tetapi negeri kita Sabah apa kurangya. Sabah kaya dengan keindahan semulajadi, dengan pantai dan pergunungan yang memukau. Keindahan air terjun di sabah juga sudah menjadi sebutan tidak kira pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara.

Sejujurnya sebelum ini saya tidak pernah melihat di depan mata air terjun yang sebenar. Syukurlah peluang datang bergolek, kajian lapangan untuk kursus geografi fizikal kali ini memilih tempat Banjaran Crocker substesen Mahua, Tambunan sebagai lapangannya. Rombongan kami seramai lebih 80 orang termasuk pensyarah bertolak dari UMS ke kawasan kajian pada 31 oktober 2012. 


Memasuki kawasan Gunung Emas, hati saya mula teruja. Kesejukan dengan kabus tebal walaupun ketika itu jam 12 tengahari bagai menggamit perasaan kami lalu terus terpikat. Berhenti sebentar di Gunung Alab untuk makan tengahari, sebelum bertolak semula ke pekan Tambunan dan terus ke Bandar Keningau. 
Asrama Senagang


Malamnya kami bermalam di  Taman Banjaran Crocker substesen Kimanis, bertempat di asrama Senagang, bertemankan bunyian cengkerik malam dan pemandangan Bandar keningau jauh di bawah menemani malam-malam kami di sana.
Bergambar di Gunung Alab


Bergambar di bandar Keningau


Terjaga seawal pukul 4 pagi, dalam suasana dinginnya subuh, rombogan saya semuanya bersemangat untuk menerokai kawasan air terjun Mahua.


Bertolak ke Bandar Keningau sebelum ke bersarapan di pekan Tambunan lalu meneruskan perjalanan di Air Terjun Mahua. Dengan menaiki bas mini (van), kami tiba di kawasan air terjun sekitar pukul 11 setengah pagi.
Petunjuk dari simpang jalan.

Laluan masuk ke Air Terjun

Dari pondok pendaftaran, kami perlu berjalan kaki sejauh 500m untuk sampai ke Air Terjun. Mendengar bunyi percikan air terjun membuatkan hati saya makin tidak sabar untuk tiba. Perjalanan dalam hutan sangat menyenangkan hati dengan melihat panorama alam yang sangat indah, sungai yang jernih dan suasana yang nyaman, udara yang segar serta penuh keaslian. Turut kelihatan ialah bunga rafflesia dan juga kayu balak yang besar-besar dan keindahan semulajadi yang masih terpelihara. 
Bunga Rafflesia!!

Perjalanan ke air terjun


Kedatangan kami disambut dengan pemandangan yang sungguh cantik dan indah. Saya tergamam seketika, Ya Tuhan sungguh cantik ciptaanMU!




Pensyarah yang sporting!

Batu pelik!menyerupai kepala manusia

Hati terasa damai dan tenang, jauh dari tekanan di Bandar lantas terus jatuh hati pada tempat ini. Setelah bergambar seketika dan menikmati pemandangan dengan sepuas-puasnya, kami kembali ke pondok pendaftaran sekitar 2 setengah petang. Saya tertidur di dalam bas keletihan sepanjang perjalanan ke Bandar Keningau. 


Sempat melawat-lawat dan menjamu selera di pasar malam Keningau, kami kembali ke penginapan. Pada malamnya, acara BBQ di halaman penginapan kami. Dengan disinari lampu malam dan suasana dingin hingga ke tulang, tidak mematahkan semangat untuk berhibur setelah penat di siang hari.
Pesta BBQ..



Hari terakhir di Asrama Senagang meninggalkan perasaan sayu di hati. Kami kembali ke UMS, sekitar pukul 12.40 tengahari. Keindahan Taman Banjaran Crocker dan Air Terjun Mahua tetap terpahat dalam sanubari dan meninggalkan memori indah yang tak mungkin dilupakan.  Dalam hati kecil bertekad, AKU AKAN KEMBALI LAGI!!

Nota pelancong:
*Perjalanan dari Kota Kinabalu ke SubStesen Mahua Tambunan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Dari Tambunan ke Bandar Keningau mengambil masa sekitar 1.30-2 jam.
*Penginapan turut disediakan di kawasan substesen Mahua, Tambunan dengan kadar RM70/room dengan twin bed.
*Turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti: surau, restoran, tandas awam, asrama penginapan dengan kadar rm400++ tiap satu, tempat seminar dan gazebo untuk BBQ dengan kadar sewa rm30.
*Sangat sesuai untuk aktiviti perkemahan, seminar, kursus, dan aktiviti riadah. Juga sesuai untuk acara private seperti majlis pertunangan, sambutan hari jadi, wedding photoshoot atau berbulan madu….
*Dinasihatkan untuk membawa/memakai pakaian yang tebal kerana faktor cuaca yang sangat sejuk, terutamanya pada waktu subuh atau hujan.
*Berkunjunglah ke sini, anda pasti tidak kecewa.
 Maklumat lanjut tentang air terjun Mahua ini boleh dilihat di sini dan sini  


Sunday, November 4, 2012

EVOLUSI TOPI: PELENGKAP GAYA

Apakah yang terlintas di fikiran kamu tatkala merancang percutian di tepian pantai atau pulau? Pastinya si gadis manis berpakaian santai dengan bercermin mata besar berwarna hitam dan bertopi besar! Atau ketika aktiviti sambutan hari keluarga (dsb) yang melibatkan sukaneka dan acara lainnya, pastinya kamu terbayang diri dalam pakaian sukan dan sudah pasti bertopi, betul? Kamu setuju? Saya pasti ramai yang mengangkat tangan pada pernyataan saya ini. Gambaran di atas secara tidak langsung membuktikan bahawa penggunaan topi tidak kira dalam apa juga gaya sekalipun sudah sinonim dengan aktiviti santai dan riadah. Tidak dinafikan pemakaian topi bukan sahaja dapat melindungi wajah dari pancaran sang mentari tetapi juga sebagai pelengkap gaya buat si fashionista.
Siapakah pula yang menjadi pengasas topi dan mengapa ia dihasilkan? Adakah topi hanya sesuai untuk digayakan ketika bersantai atau juga untuk acara majlis rasmi? Mari kita lihat sedikit info mengenai topi dan jenis-jenisnya. Tidak tercatat dalam sejarah secara rasminya bilakah topi dihasilkan. Ada pendapat mengatakan bahawa topi mula-mula digunakan di Mesir Purba sebagai pelindung kepala dan diperbuat daripada kulit binatang atau tumbuhan. Ianya dapat dilihat dalam lukisan makam di Thebes yang menunjukkan seorang lelaki memakai topi jerami. Selain itu, terdapat juga pemakaian topi lain yang dijumpai iaitu topi Pileus dan Phrygia di Greece dan Rom, yang juga dikenali sebagai “topi kebebasan” (Liberty cap) kerana diberikan kepada hamba yang sudah merdeka.
Pemakaian topi dalam kalangan wanita dikatakan bermula pada akhir abad ke-16. Perkataan topi wanita (milliner) pertama kali dicatatkan pada tahun 1529 dan menjelang akhir abad ke-17, fesyen topi wanita yang tersendiri telah muncul tanpa dipengaruhi oleh fesyen topi lelaki. Pada abad ke-19, fesyen topi wanita makin berkembang dengan rekaanya yang lebar dan dihiasi dengan reben, bulu dan bunga. Dari tahun 1930-1950-an dikatakan bahawa New York telah menjadi Bandar topi wanita yang terkemuka di dunia dengan kedai-kedai topi seperti Sacs Fifth Avenue, Henri Bendel dan Bergdorf Goodman.

Pada tahun 1980 dan 1990-an telah menjadi titik evolusi fesyen topi wanita dengan pelbagai rekaan topi dan ramai pereka topi telah muncul dalam tempoh ini. Sejak penciptaan topi bermula, topi telah mengalami proses evolusi dimana topi juga dianggap sebagai lambang status, pakaian seragam, pemakaian untuk sukan, pelindung kepala dan juga item fesyen yang tidak boleh dinafikan lagi.

Penggunaan topi pada hari ini semakin meningkat dan sesuai untuk semua acara, asalkan tahu untuk menyuai padankan gaya dengan acara yang dihadiri. Topi juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk, gaya dan rekaannya. Fungsinya juga bukan sahaja sebagai pelindung kepala dan wajah tetapi juga sebagai aksesori tambahan dan pelengkap gaya, termasuk wanita yang bertudung. pelbagai jenis topi berada di pasaran buat masa kini. antara yang paling popular ialah:

Topi Fedora



Topi Beret


                  



TOPI TUCKER