My Buddies

Tuesday, January 15, 2013

Fesyen ibu Hamil

Lazimnya, tiada manusia yang dilahirkan di dunia ini tanpa dikandungkan oleh ibunya selama 9 bulan atau <>. Oleh itu, sudah menjadi lumrah bagi kita untuk melihat wanita-wanita yang sedang sarat mengandung, atau ada juga yang sudah mengalaminya sendiri. Berita kehamilan bagi sang isteri memang sesuatu yang sangat menggembirakan apatah lagi jika itu adalah kandungan pertama yang sudah lama dinanti-nantikan. Mungkin sudah terbayang di matanya untuk menyediakan pelbagai kelengkapan bagi bayi yang dilahirkan kelak. 
Namun, bagaimana pula dengan si bakal ibu sendiri? Jarang sekali kita lihat si ibu menyediakan kelengkapannya sendiri lebih-lebih lagi jika keadaan kewangan tidak mengizinkan dengan anak lain yang sudah berderet yang pastinya memerlukan lebih perhatian. Sedang si ibu sendiri hanya berpakaian “biasa-biasa” saja ataupun mengulang pakai baju hamil yang sudah dipakai sejak anak pertama hinggalah anak ketiga, keempat dan seterusnya. 
Maklumlah, masa berbadan dua badan pun makin berisi, pastinya pakaian yang biasa dipakai seharian sudah tidak muat untuk dipakai lagi. Pernah saya terbaca post di dalam facebook yang mengatakan dia terpaksa melupakan seketika untuk memakai kasut bertumit tinggi dan t-shirt sendat dengan seluar pendek. Sampai begitu sekali. Itulah yang dikatakan pengorbanan ibu mengandung. Kalau wanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa, mungkin tidak menjadi masalah besar kerana t-shirt besar suami pun boleh pakai. Kalau yang berkerja, bagaimana pula? Pasti pening kepala memikirkan pakaian yang sesuai, selesa dan tetap menarik pandangan orang lain. 

Walau dalam keadaan hamil sekalipun, itu tidak bermakna wanita tidak boleh untuk bergaya. Kini banyak kedai-kedai dan butik pakaian yang menjual pakaian khas untuk wanita hamil. Jika tidak pun, wanita masih boleh bergaya dengan melakukan sedikit pengubahsuaian dalam pakaian lama menjadi baru atau mengamplikasikan teknik layering dan mix & match. 


Apa yang penting ialah keselesaan si pemakai dengan tidak memudaratkan kandungan. Malahan, ada pakaian sewaktu hamil ini masih boleh terus dipakai sehingga selepas melahirkan anak jika tahu caranya. Terbaru dari pelakon Dynas Mokhtar telah melancarkan butik yang menjual pakaian khas untuk wanita mengandung dan juga ibu-ibu yang menyusukan anak. Mungkin wanita-wanita di luar sana boleh mendapatkan koleksi Dynas ini, atau kalau tidak pun mendapat ilham bergaya darinya.







Bagi pemakaian kasut atau sandal pula, adalah lebih baik jika wanita yang hamil memakai kasut yang bertapak rata, dan lembut. Ini kerana dikhuatiri jika memakai kasut bertumit akan menyebabkan tekanan di bahagian pinggang dan perut, dan di hujung-hujung usia kandungan pula sesetengah wanita akan mengalami kekejangan kaki atau bengkak. Tapi janganlah pula pakai “selipar jepun” saja nak ke pejabat. Cuba kasut jenis loafer yang bereben di tengah, boleh didapati dalam pelbagai warna. Jika hendak bersantai pula, cuba padankan dengan sandal bertali halus. Anda masih kelihatan bergaya tanpa menjejaskan kandungan anda.

Paling penting sekali, jangan abaikan solekan pada wajah, walau hanya berbedak tipis dengan olesan pelembab bibir sahaja. Ini penting untuk menampakkan wajah yang segar dan mengelakkan anda nampak pucat dan tidak bertenaga. Cuba bedak kompak dari Johnson baby, harumannya sesegar bayu laut dan tahan di wajah. Untuk bibir pula, olesan pelembab bibir dari silky girl sudah memadai kerana mampu memberikan warna merah jambu di bibir tanpa olesan gincu.
 sumber: di sini

Sunday, January 13, 2013

gaya colour blocking

Mungkin ramai yang tak tahu apabila hendak menggayakan fesyen colour blocking ini, ada “rules” yang perlu diikuti;
Pertama: jangan memakai lebih dari tiga warna
Kedua: jangan pakai warna yang sama atau corak yang sama dari kepala ke hujung jari
Ketiga: padankan warna dengan warna yang sesuai. Tiga padanan warna yang amat menyerlah apabila digayakan ialah: merah + hijau, biru + oren, purple + kuning.
Keempat: suaipadankan acara yang hendak dihadiri dengan gaya colour blocking yang sesuai. Colour blocking lebih kepada pemakaian smart casual, tapi boleh diubah suai untuk menjadi pakaian pejabat, parti atau functions dan juga pakaian sukan.




Thursday, January 10, 2013

Lembaran Baru


Tahun baru datang lagi, pastinya cerita baru dan lembaran baru akan bermula. Apa azam tahun baru anda? Harapnya tercapai seperti apa yang dingiinkan. Saya seperti anda juga, punyai impian kecil yang tersemat dalam sanubari. Azam tahun lalu belum tercapai, bakal diteruskan pada tahun ini. Mudah-mudahan kali ini saya boleh menulis entry yang bertajuk “my dream come true”, AMEN. Setiap manusia memerlukan perubahan untuk berjaya, dan harapan saya perubahan yang besar akan berlaku dalam diri ini untuk mendapatkan apa yang di impikan sejak sekian lama. Kadangkala saya jadi pesimis, tiada arah tujuan dan rasa rendah diri yang kuat. Tapi hanya ingat satu perkara, everything happens for a reason and its come perfectly in time. Antara agenda saya yang paling utama ialah menurunkan berat badan. Target saya ialah dapat menurunkan berat badan sebanyak 2kg setiap bulan. Jadi pada hujung tahun nanti saya dapat menurunkan sebanyak 24kg.


 Azam saya juga pada tahun ini ialah melancong luar dari Sabah, tak kiralah dalam ataupun luar negara. Untuk itu, saya kena buat perancangan kewangan yang rapi supaya saya mempunyai wang yang cukup nanti. Planning nak ke Cameron Highlands and Singapore pada tahun ini. Wish me luck! Seterusnya, dalam bidang akademik pula, saya harap saya lebih rajin membuat tugasan, tidak bertangguh-tangguh dan mendapat keputusan yang baik (walaupun tidak cemerlang). Bagi aspek lain pula, kalau ada bajet lebih, mungkin saya akan ambil lesen memandu pada tahun ini. Sebenarnya ini azam saya dari tahun lalu tapi belum tercapai sehingga kini. Haraplah pada tahun ini berjaya. Untuk hal-hal yang lain, saya harap saya lebih optimis, lebih berkeyakinan, lebih rajin, lebih bertenaga dan be a better person than last year. Siapa yang berkongsi azam yang sama dengan saya??