My Buddies

Monday, September 18, 2017

Seoul, South Korea Day-2 Pulau Nami

Hari kedua di Seoul..apa yang menarik??
Hari kedua di Seoul, kami ke Pulau Nami. Seawal jam 9.00 pagi, tour guide kami sudah menunggu di depan hotel. Dari Cheongyangni station, kami menukar beberapa line sebelum sampai ke Gapyeong Station. Pengalaman pertama saya menaiki semi-bullet train orang Korea..Terasa seperti dalam filem Train to Busan pun ada..hehe. 




Setiba di Gapyeong, kami menaiki sebuah teksi hingga ke pintu masuk/small port ke Pulau Nami. Sampai ke sana, kena beli tiket masuk dan tunggu feri sampai. Feri hanya akan bertolak sekiranya sudah penuh dengan penumpang.






Untuk ke Pulau Nami, nama pun Pulau, jadi tidak dapatlah jalan kaki atau naik kereta kan. So, perlu menaiki feri. Jaraknya pun dekat sahaja, hanya perlu menyeberangi sungai. Kalau nak lagi extreme, boleh naik zipwire..ala, macam dalam filem Kimchi Untuk Awak tu…Tapi disebabkan saya ini mempunyai fobia berada di tempat tinggi, maka jalan selamat naik feri sajalah..


Sedikit info tentang pulau Nami, pulau ini sebenarnya bukanlah berada di tengah lautan seperti pulau yang lain. Tetapi berada di tengah-tengah sungai. Kawasan sungai sekitarnya adalah kawasan empangan. Namun begitu, kedalaman sungai ini adalah menyerupai kedalaman lautan. Pulau ini amat terkenal di kalangan pelancong kerana menjadi tempat penggambaran drama-drama popular korea terutamanya drama Winter Sonata (siapa masih ingat drama ini boleh datang sini). Ok cukup. Now kembali kepada perjalanan kami ke pulau Nami.



Sesampai di Pulau Nami, kami disambut dengan pemandangan yang memukau setiap mata yang memandang. Tuhan, sangat cantik! Sukar saya gambarkan dengan kata-kata. Kamera tergantung di leher dengan beg galas di belakang, saya menyusuri jalan yang diapit oleh pokok-pokok dan ratusan pelancong yang lain. Perjalanan juga tidak sunyi bila diiringi dengan muzik yang dipasang di sepanjang laluan itu. Di tengah-tengah pulau terdapat replika patung pelakon drama Winter Sonata. Ok, pemandangan di sini adalah yang paling cantik berbanding dengan kawasan lain.






Kemudian, kami ke hujung sana untuk menikmati pula pemandangan di tepi sungai berlatar belakangkan bukit bukau. Bumi Korea, saya seakan masih tidak percaya saya berada di sana pada waktu itu. Berjalan menyusuri laluan di tebing sungai, saya berasa sangat tenang dan damai. Jauh dari kesibukan bandar Seoul yang tidak pernah tidur. Dalam hati berkata, patutlah tempat ini menjadi tumpuan ramai pelancong. Benarlah kata orang, “ Its better to see it once than to hear it about million times.”







Setelah penat berjalan ke sana dan ke sini, kami berhenti berehat seketika di pondok membaca buku. Bersempena dengan sambutan membaca, banyak kawasan pondok yang disediakan buku di Pulau Nami. Anda boleh sahaja berehat sambil membaca buku di bawah pohon yang rendang. Chewahh..! lengkap pakej tu. Usai di sana, kami memasuki sebuah perpustakaan mini. Disambut mesra oleh pekerjanya, syukur dia boleh berbahasa Inggeris dengan agak lancar dan ini memudahkan kami untuk mendengar penerangannya.





Tiba masa untuk makan tengahari, perut pun sudah bermain dandut minta diisi. Kami putuskan untuk lunch di Asian Cuisine, sebuah restoran yang menyajikan makanan halal dan sedap di Pulau Nami. Sebenarnya banyak lagi pilihan restoran lain yang ada. Kalau nak makan makanan local pun ada. Restoran ini pernah menjadi kawasan penggambaran untuk Ketuk-Ketuk Ramadhan edisi syawal oleh Shiela Rusly tu..siapa tak kenal kan. Tak sangka dia pun pernah sampai sini.







Memandangkan waktu kami ke Korea ini pada bulan puasa, maka rakan kami yang seorang lagi kami tinggalkan di surau. Jangan tak tau, Pulau Nami ni lengkap dengan surau tau. Muslim friendly betul. Apa yang saya makan di sana? Simple, sy makan nasi berlauk ayam sja. (padahal da lupa nama dalam korea apa..haha). dan seperti yang kita semua tau, style makan orang korea ini mesti tak lengkap kalau tiada side dish. Jadi di sini turut disediakan 3 side dish iaitu timun jeruk, taugih dan lobak putih jeruk. Kimchi kebetulan tiada pula. Rasa makanannya pula bagaimana? Mesti korang pun nak tau kan. Bagi saya, makanan orang Korea ini “macam tak cukup rasa” bukan tak sedap, tapi saya rasa begitu, kurang masin, kurang manis, kurang rasa. Yala, dorang kan mengamalkan pemakanan yang sihat. Tapi, ini pendapat peribadi sya ya, lain orang lain rasanya.







Ada satu lagi perkara rare yang tiada di Malaysia. Yg ni berkaitan dengan restoran. Semua restoran di korea ini diasingkan diantara makanan dan minuman. Ok, macam ni, kalau restoran tu restoran makanan, dia tidak akan menjual/tiada dalam menu minuman. So tak payah nak susah-susah nak order milo ais ka, jus ka, sebab memang tiada dijual. Mereka hanya akan jual makanan sahaja. Untuk air minuman pula, sudah disediakan air biasa di setiap meja. Kalau restoran tu untuk minuman pula, style dia macam cafe..ok yang ini kita biasa lihat di Malaysia juga. Ala2 macam starbuck cafe tu. So, dorang hanya jual minuman sahaja, kalau ada makanan pun, hanyalah dissert or cakes. Pelik kan? Sebab kita di Malaysia sudah terbiasa dengan restoran makanan dan minuman. Order pula, roti canai dan tek Tarik, hihi. Kat korea, tiada macam tu.





Ok, stop pasal makanan tu. Selepas makan tengahari, saya dan rakan-rakan bersiap untuk kembali semula ke daratan. Kali ini kami tidak menunggu lama, feri sudah sampai. Dalam tempoh sekejap, kami sudah sampai ke seberang. Tinggallah Pulau Nami dengan seribu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Lain kali kami datang lagi naa…promise.! Next time nak datang masa autumn pula..mesti lagi cantik.










No comments:

Post a Comment

didiy fashion