Thursday, February 28, 2013
Wednesday, February 27, 2013
Fesyen bagi gadis bertubuh kecil
Fesyen bagi gadis bertubuh kecil
\
Kalau si gempal berasa segan dan sukar untuk mencari pakaian,
begitu juga dengan si kecil molek. Namun, satu kelebihan bagi yang bertubuh
genit ialah baju yang besar masih boleh diubah suai menjadi kecil. Pelbagai alternatif
dalam berfesyen bagi golongan ini.
1)Sesuai pada tubuh badan
Pemilihan pakaian yang sesuai pada tubuh badan si gadis genit
amat penting agar tidak nampak canggung. Jangan pakai baju yang terlalu besar
kerana kamu hanya akan kelihatan pelik atau mungkin orang akan berkata baju
tersebut sebagai ‘baju pinjam’.
2)Garisan menegak
Pilihlah baju dengan garisan yang menegak.Tidak semestinya
kamu memakai pakaian yang bercorak belang menegak. Cukuplah sekadar mempunyai
potongan menegak yang menampakkan tubuh genit kamu menjadi sedikit tinggi.
Setidak-tidaknya ia dapat membantu bukan?
3)Berkolar V
Pilihlah top dan jaket yang berkolar V atau bentuk U. Bentuk
kolar baju seperti ini dapat memberi ilusi terhadap bentuk leher agar nampak
lebih jinjang.
4)Kasut tumit tinggi
Sila pakai kasut tumit tinggi! Ini merupakan jalan
penyelesaian yang paling ideal untuk menambah ketinggian. Jangan sesekali
memakai kasut pump atau kasut mendatar yang lain. Namun begitu, ianya terpulang
kepada keselesaan si pemakai. Elakkan juga pemakaian kasut silang yang terlalu
banyak tali kerana ia akan menampakkan kaki kamu lebih pendek.
5)Pemakaian aksesori
Elemen aksesori perlu dititik beratkan kerana aksesori mampu
mengubah penampilan seseorang dalam sekelip mata. Baju yang dipenuhi corak
sarat serta hiasan seperti labuci ataupun manik perlu dielakkan. Manakala
daripada segi beg pula, elakkan daripada menggunakan beg tangan yang besar
kalau tidak nanti kamu akan “ditenggelamkan” oleh beg kamu itu. Pilih beg yang
sederhana tapi masih sesuai dengan gaya anda.
6)‘Tidak’ pada skirt mini
Tolak keras-keras gaun pendek dan skirt mini! Walaupun ia
nampak menawan, namun ia sama sekali tidak sesuai bagi golongan petite. Kaki
kamu akan nampak lebih pendek dengan skirt mini yang tinggi daripada paras
lutut. Ianya juga menonjolkan tulang kaki yang kecil melidi. Apa kata gayakan
skirt panjang yang sedikit kembang dan padankan dengan kasut ala-ala mini boot.
Pasti menarik!
7)Seluar potongan lurus
Pakai seluar atau celana jean yang mempunyai potongan lurus
(straight cut) berbanding dengan skinny jeans. Untuk nampak sempurna, jangan
pakai seluar dengan poket yang banyak, lipatan serta mempunyai butang pada
hujung seluar. Daripada segi tali pinggang pula, pilih tali pinggang yang nipis
dan tidak lebar bentuknya.
Setiap wanita boleh tampil bergaya, cantik dan menarik asal
saja dia tau apa yang harus digayakannya. Begitu juga dengan wanita yang
bertubuh kecil, jangan jadikan alasan itu untuk menghalang anda bergaya dengan
trend masa kini. Anda haruslah bijak menyembunyikan kekurangan diri, bukannya
menunjukkannya dengan cara bergaya yang salah.
Tuesday, January 15, 2013
Fesyen ibu Hamil
Lazimnya, tiada
manusia yang dilahirkan di dunia ini tanpa dikandungkan oleh ibunya selama 9
bulan atau <>. Oleh itu, sudah menjadi lumrah bagi kita untuk melihat
wanita-wanita yang sedang sarat mengandung, atau ada juga yang sudah
mengalaminya sendiri. Berita kehamilan bagi sang isteri memang sesuatu yang
sangat menggembirakan apatah lagi jika itu adalah kandungan pertama yang sudah
lama dinanti-nantikan. Mungkin sudah terbayang di matanya untuk menyediakan
pelbagai kelengkapan bagi bayi yang dilahirkan kelak.
Namun, bagaimana pula dengan si bakal ibu sendiri? Jarang sekali kita lihat si ibu menyediakan kelengkapannya sendiri lebih-lebih lagi jika keadaan kewangan tidak mengizinkan dengan anak lain yang sudah berderet yang pastinya memerlukan lebih perhatian. Sedang si ibu sendiri hanya berpakaian “biasa-biasa” saja ataupun mengulang pakai baju hamil yang sudah dipakai sejak anak pertama hinggalah anak ketiga, keempat dan seterusnya.
Maklumlah, masa berbadan dua badan pun makin berisi, pastinya pakaian yang biasa dipakai seharian sudah tidak muat untuk dipakai lagi. Pernah saya terbaca post di dalam facebook yang mengatakan dia terpaksa melupakan seketika untuk memakai kasut bertumit tinggi dan t-shirt sendat dengan seluar pendek. Sampai begitu sekali. Itulah yang dikatakan pengorbanan ibu mengandung. Kalau wanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa, mungkin tidak menjadi masalah besar kerana t-shirt besar suami pun boleh pakai. Kalau yang berkerja, bagaimana pula? Pasti pening kepala memikirkan pakaian yang sesuai, selesa dan tetap menarik pandangan orang lain.
Walau dalam keadaan hamil sekalipun, itu tidak bermakna wanita tidak boleh untuk bergaya. Kini banyak kedai-kedai dan butik pakaian yang menjual pakaian khas untuk wanita hamil. Jika tidak pun, wanita masih boleh bergaya dengan melakukan sedikit pengubahsuaian dalam pakaian lama menjadi baru atau mengamplikasikan teknik layering dan mix & match.
Namun, bagaimana pula dengan si bakal ibu sendiri? Jarang sekali kita lihat si ibu menyediakan kelengkapannya sendiri lebih-lebih lagi jika keadaan kewangan tidak mengizinkan dengan anak lain yang sudah berderet yang pastinya memerlukan lebih perhatian. Sedang si ibu sendiri hanya berpakaian “biasa-biasa” saja ataupun mengulang pakai baju hamil yang sudah dipakai sejak anak pertama hinggalah anak ketiga, keempat dan seterusnya.
Maklumlah, masa berbadan dua badan pun makin berisi, pastinya pakaian yang biasa dipakai seharian sudah tidak muat untuk dipakai lagi. Pernah saya terbaca post di dalam facebook yang mengatakan dia terpaksa melupakan seketika untuk memakai kasut bertumit tinggi dan t-shirt sendat dengan seluar pendek. Sampai begitu sekali. Itulah yang dikatakan pengorbanan ibu mengandung. Kalau wanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa, mungkin tidak menjadi masalah besar kerana t-shirt besar suami pun boleh pakai. Kalau yang berkerja, bagaimana pula? Pasti pening kepala memikirkan pakaian yang sesuai, selesa dan tetap menarik pandangan orang lain.
Walau dalam keadaan hamil sekalipun, itu tidak bermakna wanita tidak boleh untuk bergaya. Kini banyak kedai-kedai dan butik pakaian yang menjual pakaian khas untuk wanita hamil. Jika tidak pun, wanita masih boleh bergaya dengan melakukan sedikit pengubahsuaian dalam pakaian lama menjadi baru atau mengamplikasikan teknik layering dan mix & match.
Apa yang penting ialah keselesaan si pemakai dengan tidak memudaratkan
kandungan. Malahan, ada pakaian sewaktu hamil ini masih boleh terus dipakai
sehingga selepas melahirkan anak jika tahu caranya. Terbaru dari pelakon Dynas
Mokhtar telah melancarkan butik yang menjual pakaian khas untuk wanita
mengandung dan juga ibu-ibu yang menyusukan anak. Mungkin wanita-wanita di luar
sana boleh mendapatkan koleksi Dynas ini, atau kalau tidak pun mendapat ilham
bergaya darinya.
Bagi pemakaian kasut
atau sandal pula, adalah lebih baik jika wanita yang hamil memakai kasut yang
bertapak rata, dan lembut. Ini kerana dikhuatiri jika memakai kasut bertumit
akan menyebabkan tekanan di bahagian pinggang dan perut, dan di hujung-hujung
usia kandungan pula sesetengah wanita akan mengalami kekejangan kaki atau
bengkak. Tapi janganlah pula pakai “selipar jepun” saja nak ke pejabat. Cuba kasut
jenis loafer yang bereben di tengah, boleh didapati dalam pelbagai warna. Jika hendak
bersantai pula, cuba padankan dengan sandal bertali halus. Anda masih kelihatan
bergaya tanpa menjejaskan kandungan anda.
Paling penting
sekali, jangan abaikan solekan pada wajah, walau hanya berbedak tipis dengan
olesan pelembab bibir sahaja. Ini penting untuk menampakkan wajah yang segar
dan mengelakkan anda nampak pucat dan tidak bertenaga. Cuba bedak kompak dari Johnson
baby, harumannya sesegar bayu laut dan tahan di wajah. Untuk bibir pula, olesan
pelembab bibir dari silky girl sudah memadai kerana mampu memberikan warna
merah jambu di bibir tanpa olesan gincu.
sumber: di sini
Sunday, January 13, 2013
gaya colour blocking
Mungkin ramai yang tak tahu apabila hendak menggayakan
fesyen colour blocking ini, ada “rules” yang perlu diikuti;
Pertama: jangan memakai lebih dari tiga warna
Kedua: jangan pakai warna yang sama atau corak yang
sama dari kepala ke hujung jari
Ketiga: padankan warna dengan warna yang sesuai. Tiga padanan
warna yang amat menyerlah apabila digayakan ialah: merah + hijau, biru + oren,
purple + kuning.
Keempat: suaipadankan acara yang hendak dihadiri
dengan gaya colour blocking yang sesuai. Colour blocking lebih kepada pemakaian
smart casual, tapi boleh diubah suai untuk menjadi pakaian pejabat, parti atau
functions dan juga pakaian sukan.
Thursday, January 10, 2013
Lembaran Baru
Tahun baru datang
lagi, pastinya cerita baru dan lembaran baru akan bermula. Apa azam tahun baru
anda? Harapnya tercapai seperti apa yang dingiinkan. Saya seperti anda juga,
punyai impian kecil yang tersemat dalam sanubari. Azam tahun lalu belum
tercapai, bakal diteruskan pada tahun ini. Mudah-mudahan kali ini saya boleh
menulis entry yang bertajuk “my dream come true”, AMEN. Setiap manusia
memerlukan perubahan untuk berjaya, dan harapan saya perubahan yang besar akan
berlaku dalam diri ini untuk mendapatkan apa yang di impikan sejak sekian lama.
Kadangkala saya jadi pesimis, tiada arah tujuan dan rasa rendah diri yang kuat.
Tapi hanya ingat satu perkara, everything happens for a reason and its come
perfectly in time. Antara agenda saya yang paling utama ialah menurunkan berat
badan. Target saya ialah dapat menurunkan berat badan sebanyak 2kg setiap
bulan. Jadi pada hujung tahun nanti saya dapat menurunkan sebanyak 24kg.
Subscribe to:
Posts (Atom)











