My Buddies

Thursday, November 24, 2011

HARIMAU VS GARUDA


Bola..bola..demam bola nampaknya sekarang ne. Beralih sedikit dari kebiasaan saya untuk menulis mengenai fesyen. Ingin saya berkongsi rasa bangga dengan kemenangan pasukan pemain bola Negara. Nampaknya, saya pun dah terjangkit demam bola untuk seketika ini..haha.. Di mana-mana pun orang asyik memperkatakan tentang pertandingan bola sepak yang berlangsung di Jakarta, Indonesia sempena Sukan SEA. Di sekolah ka, restoran ka, kedai makan ka, dalam bas ka..semua cerita pasal bola. Dan di facebook, orang berlumba-lumba nak update status tentang perlawanan main bola. Orang yang tak minat bola pun boleh jadi minat..hebatnya..
 Pada hari isnin yang lalu (21 Nov 2011), stadium Gelora Bung Karno telah menjadi saksi kemenangan skuad kebangsaan Negara bawah 23 tahun, Harimau muda telah mengalahkan Skuad kebangsaan Indonesia, garuda Indonesia dengan jaringan    4-3 melalui tendangan penalti. Tahniah buat pasukan Harimau Muda yang terus mengaum.... kemenangan skuad ini untuk mempertahankan kejuaran pingat emas di sukan SEA harus dipuji. Yang paling saya suka, penjaga gol Malaysia, khairul Fahmi..sungguh cool dalam perlawanan. Kapten, Baddrol rasanya harus lebih tenang dalam perlawanan akan datang agar tidak mencetuskan pergaduhan. Begitu juga dengan jurulatih, Ong Kim Swee yang digantung satu perlawanan.
Malangnya,  ada cerita sedih di sebalik kemenangan itu..nampaknya Indonesia tidak berpuas hati dengan kemenangan Malaysia itu sampai sanggup untuk membakar bendera Malaysia..sungguh tidak bertamadun! Menang dan kalah kan adat pertandingan. Siapa yang kalah haruslah menerima kekalahan itu dengan hati terbuka..sukan menyatukan kita semua..peace no war!
Bola..ada seseorang yang mengajar saya untuk menjadi peminat no1 sukan yang satu ini. Maafkan jika hati masih merindui..

Saturday, November 19, 2011

Miss World 2011

                                  
Pertandingan ratu cantik paling popular ini sudah mencapai ulang tahunnya yang ke 60 pada tahun ini. Seperti yang sudah dijangka, taktah Miss World 2011 menjadi milik Ivian Lunasol Sarcos Colmenares, yang mewakili Venezuela. Gadis berusia 22 tahun ini telah menjadi peserta pilihan juri sejak dari awal pertandingan lagi. Peserta dari Filipina, Gwendoline Gaelle Sandrine Ruais berjaya menduduki tempat kedua manakala Amanda Victoria Vilanova Perez, dari Puerto Rico terpaksa berpuas hati di tempat yang ketiga.
Pertandingan akhir Miss world kali ini memilih London sebagai medan penentuan bagi semua peserta. Bertempat di  Earls Court, London, pada hari ahad yang lepas, 6 Nov 2011 menyaksikan seramai 113 peserta dari seluruh dunia bertanding untuk merebut gelaran wanita tercantik dunia itu. Pengadilan pertandingan dinilai daripada beberapa kriteria seperti Beach beauty, Top Model, Talent, Sports dan Beauty with a purpose selain penilaian melalui penglibatan dalam hal kebajikan. 
Kemenangan Ivian disifatkannya sebagai suatu kejayan setelah berdepan dengan pelbagai kesusahan sebelum ini. Wanita cantik ini dilahirkan pada 26 Julai 1989 dan mempunyai 12 orang adik-beradik dalam keluarganya. Namun begitu, kematian kedua orang tuanya ketika dia berusia 8 tahun menyebabkan dia menjadi anak yatim dan di hantar ke rumah anak yatim. Dia kemudiannya menghabiskan 5 tahun di biara dan bercita-cita ingin menjadi biarawati. Tetapi akhirnya dia melepaskan cita-citanya itu, kemudian  memasuki kolej dan berjaya memperoleh ijazah dalam Pengurusan sumber manusia. Dia kini bekerja di bahagian penyiaran.
Kesusahan yang pernah dia alami dahulu menjadikan dia kuat. Katanya,”This has taught me that life although it may be bad, doesn’t have to end badly. Although i no longer have my parents it has taught me to be strong”. Oleh itu dia ingin membantu anak-anak yatim sepertinya. “I want to carry on doing the wonderful work that beauty with a purpose and the Miss World Organization does and to help people in need. I would like to help people like me. I am orphan. I would also like to help the elderly and troubled teenagers. As many people as i can”.

                                    peserta dari malaysia

gambar miss world boleh dilihat disini http://www.facebook.com/#!/MissWorld
dan juga disini

Tuesday, November 8, 2011

ANUGERAH SKRIN 2011

Malam sabtu (hari jumaat) yang lalu kebetulan cuti midterm telah bermula. Sambil menghabiskan cuti yang baru bermula, saya ringan-ringankan mata untuk menyaksikan acara berprestij, Anugerah Skrin 2011 (ASK) di tv3. Terus terang saya katakan inilah kali kedua saya menonton ASK di kaca tv. Sebelumnya memang saya tak pernah tonton pun. Poor rita..haha. ASK, acara yang ditunggu-tunggu oleh penggiat seni tanah air sebagai medan penentuan siapa yang bakal menggenggam trofi dan siapa pula yang pulang dengan penuh kehampaan. Ringkasnya acara ini bertujuan untuk mengiktiraf kemampuan artis dan penggiat seni di Malaysia. ASK pada kali ini mempertandingkan sebanyak 23 kategori termasuklah drama, filem, penerbitan, dan 2 anugerah khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene. Dalam 23 dipertandingkan, 10 daripadanya adalah kategori drama, 7 filem dan 6 penerbitan dalaman. Itu sedikit fakta yang saya tau tentang acara ini. Siapa lah yang tak inginkan anugerah setelah bersusah payah, betul tak? Kalau di sekolah, siapa yang paling pintar di dalam kelas akan mendapat hadiah pada majlis penyampaian hadiah, begitu juga dengan artis-artis.
Tv3 dengan kerjasama Pantene, rasanya sudah melakukan yang terbaik untuk ASK kali ini. Namun, dihoskan oleh 2 pengacara, Ally iskandar dan Rozita Che Wan, terdapat sedikit kepincangan daripada gandingan hos ini. Saya akui Ally memang hos yang terbaik, berpengalaman dan bijak menyerikan situasi. Tetapi rakan hosnya, Rozita kurang “menyengat” pada malam itu sehinggakan ally kelihatan menjadi pengacara bersendirian. Namun tidak boleh salahkan Rozita seratus peratus kerana mungkin ini pengalaman pertamanya menjadi hos untuk acara yang berperstij seperti ASK 2011. Apapun, dia sudah mencuba dan berusaha memberikan yang terbaik.
Drama Sanggul Beracun yang dinobatkan drama terbaik menang besar pada malam itu. Malang, saya tak pernah menontonnya. Tapi saya dapat rasakan drama itu memang hebat. Tapi nasib tak menyebelahi Erra Fazira, artis kegemaran saya yang juga pelakon utama Sanggul Beracun kerana tidak memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama walaupun tercalon. Anugerah itu akhirnya menjadi milik teman baiknya sendiri, Umi Aida.
Acara  bertemakan Golden Glamour itu menjadi medan untuk artis meragakan busana yang berkilau-kilau lagi menarik. Malahan, satu anugerah khas Pantene selaku penaja bersama iaitu Pantene Shine Award, anugerah khas  untuk artis paling anggun, serta dandanan terbaik mengikut tema “Golden Glamour” di karpet merah. Tahniah kepada Tiz Zaqyiah yang memenangi anugrah itu. Disebalik itu, ada juga artis yang saya boleh katakan “langgar pantang” kerana tidak memenuhi atau mengikut tema majlis. Dibawah saya kongsikan beberapa gambar yang menarik perhatian saya pada ASK 2011.
                                                  Pengacara pada malam itu
                                 
                                                       Yg Menarik..........
                                                  Erra Fazirah tetap menawan
                                              Gaun hitam rekaan Rizman Ruzaini
                                         Tiz Zaqyah- Pantene shine award
                                                        liyana jasmay


ALIYAH
Yg Kureng..............
FIDA

FASHA SANDA
Penyanyi CINTA MUKA BUKU

Marsha..
Kumpulan baru, Chocolate

Keputusan penuh ASK 2011
Kategori Drama
Drama Terbaik – ‘Sanggul Beracun’ – Sabri Yunus
Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Eman Manan, ‘Janji Syurga’
Pelakon Wanita Terbaik – Umie Aida, ‘Airmata Nur Salina’
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Allahyarham Faizal Yusof, ‘Jangan Hantar Aku Ke Neraka’
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elfira Loy, ‘Kum Kum’
Pengarah Terbaik Drama – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
Lakon TV Terbaik – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
Drama Rantaian Terbaik – ‘Juvana’, Filmscape Sdn Bhd
Drama Komedi Terbaik – ‘Geng Surau’
Videografi Terbaik – ‘Sanggul Beracun’, Balang Rimba Sdn Bhd
Kategori Filem
Filem Terbaik – ‘Magika’, KRU Studio
Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Remy Ishak, ‘Cun’
Pelakon Wanita Terbaik Filem – Siti Sharifah (Eja), ‘Janin’
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Sidik Hussin, ‘Karak’
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Nadiya Nisaa, ‘Cun’
Pengarah Terbaik Filem – Osman Ali, ‘Cun’
Lakon Layar Terbaik Filem – ‘Aku Tak Bodoh’, Erhan Baharudin / Sujin Lee
Kategori Penerbitan Dalaman
Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – ‘Suatu Ketika: Ep YuenYuet Leng
Rancangan Bual Bicara Terbaik – Selami Jiwa: Dato’ Fadzillah Kamsah
Rancangan Hiburan Terbaik – Maharaja Lawak Akhir
Rancangan Muzikal Terbaik – Shout Awards 2010
Rancangan Realiti Terbaik – Showdown 2011: Top 12 Show
Laporan Khas / Berita Terbaik – Buletin Utama, ‘Pengemis Terhemat’.
Anugerah Khas
Anugerah Yasmin Ahmad – Syamsul Yusof
Anugerah Artis Harapan Pantene – Fazli Daniel Ali, ‘Yang Terpuji’

AKIBAT TERLALU GHAIRAH INGIN TAMPIL LEBIH CANTIK

Cantik bagi saya adalah sesuatu yang begitu subjektif. Setiap orang ada pandangan dan pendapat mereka sendiri mengenai kecantikan. Mungkin ada yang mengatakan berambut panjang itu cantik, ada pula yang menganggap rambut pendek lebih cantik. Namun itu semua terletak pada mata yang memandang, bukan pada yang dipandang. Kita tidak perlu menjadi "unduk ngadau" untuk kelihatan cantik. Kecantikan itu wujud bila kita mengiktiraf ketidaksempurnaan kita menjadi suatu kelebihan.  Apa yang penting, kecantikan itu haruslah seimbang dari luar dan juga dalam. Apa guna cantik jika perangai macam syaitan, betul tak? Kadang-kadang akibat ingin tampil lebih cantik, kita melakukan perkara-perkara kecil yang impaknya sangat besar. Ketahui kesilapan tersebut dan cara mengatasinya.  Sedikit panduan dari Mingguan Wanita mengenai isu ini.
1.Gigi berlipstik
Jangan rosakkan senyuman yang manis dengan kesan lipstik pada gigi anda yang putih menawan. Pastikan, setiap kali anda menyapu lipstik kemudian sapukan selebihnya dengan menggunakan kertas minyak. Ambil sehelai kain kapas dan sapukan ke sepanjang permukaan gigi untuk menghilangkan jejak lipstik. Sapukan gel petroleum pada permukaan gigi depan. Kaedah ini membantu dalam mencegah warna lipstik melekat pada gigi putih sekali gus membuatkan senyuman lebih bersinar.
2.Mata terlalu gelap
Merias mata dengan gaya smokey eyes memang menjadi pilihan ketika ini. Tapi solekan mata terlalu gelap atau tebal boleh mencipta ilusi dan menyebabkan bahagian putih mata lebih kecil sekali gus menyebabkan mata kelihatan sedikit sepet. Sebenarnya teknik smokey eyes tidak hanya bergantung pada warna hitam semata-mata. Sebaliknya anda boleh mencuba warna kelabu terutamanya yang berkilau dan boleh mencipta kesan yang sama seksinya tanpa perlu menampakkan mata lebih sepet. Caranya, buat garis nipis pada bahagian hujung atas dan bawah bulu mata dengan menggunakan penggaris mata hitam. Kemudian, sapukan pembayang mata warna kelabu pada kelopak mata. Dengan menggunakan berus penggaris mata, aplikasikan pula pembayang mata itu di atas penggaris mata untuk mencerahkannya. Ratakan warna tersebut supaya nampak lebih sekata dan akhir sekali sapukan pembayang warna putih pada sudut dalam dan atas untuk membuat mata lebih cemerlang.
3.Kulit berminyak
Sinaran matahari dan berada di tempat yang panas menyebabkan kulit wajah menghasilkan lebih banyak minyak. Jangan gunakan bedak untuk menghilangkan masalah kulit berminyak. Sebaliknya, gunakan kertas minyak untuk menyerap lebihan minyak di wajah. Tekan dengan lembut kertas minyak tersebut pada permukaan kulit bagi mengelakkan solekan pada wajah anda rosak.
4.Lingkaran putih keliling mata
Kurang tidur boleh menyebabkan timbulnya kesan lebam hitam pada bawah mata tetapi masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan concealer. Tetapi, pastikan anda memilih warna concealer yang tepat dan tidak berlebihan ketika menyapunya. Jika tidak, ia akan menyebabkan timbulnya lingkaran putih yang muncul di sekeliling mata. Pastiakn concealer tidak lebih satu warna dan ia setingkat lebih terang daripada bedak yang digunakan atau warna kulit anda.

 " i dont believe makeup and the right hairstyle alone can make a woman beautiful. The most radiant woman in the room is the one full of life and experience"-Sharon Stone.