Pertandingan ratu cantik paling popular ini sudah mencapai ulang tahunnya yang ke 60 pada tahun ini. Seperti yang sudah dijangka, taktah Miss World 2011 menjadi milik Ivian Lunasol Sarcos Colmenares, yang mewakili Venezuela. Gadis berusia 22 tahun ini telah menjadi peserta pilihan juri sejak dari awal pertandingan lagi. Peserta dari Filipina, Gwendoline Gaelle Sandrine Ruais berjaya menduduki tempat kedua manakala Amanda Victoria Vilanova Perez, dari Puerto Rico terpaksa berpuas hati di tempat yang ketiga.
Pertandingan akhir Miss world kali ini memilih London sebagai medan penentuan bagi semua peserta. Bertempat di Earls Court, London, pada hari ahad yang lepas, 6 Nov 2011 menyaksikan seramai 113 peserta dari seluruh dunia bertanding untuk merebut gelaran wanita tercantik dunia itu. Pengadilan pertandingan dinilai daripada beberapa kriteria seperti Beach beauty, Top Model, Talent, Sports dan Beauty with a purpose selain penilaian melalui penglibatan dalam hal kebajikan.
Kemenangan Ivian disifatkannya sebagai suatu kejayan setelah berdepan dengan pelbagai kesusahan sebelum ini. Wanita cantik ini dilahirkan pada 26 Julai 1989 dan mempunyai 12 orang adik-beradik dalam keluarganya. Namun begitu, kematian kedua orang tuanya ketika dia berusia 8 tahun menyebabkan dia menjadi anak yatim dan di hantar ke rumah anak yatim. Dia kemudiannya menghabiskan 5 tahun di biara dan bercita-cita ingin menjadi biarawati. Tetapi akhirnya dia melepaskan cita-citanya itu, kemudian memasuki kolej dan berjaya memperoleh ijazah dalam Pengurusan sumber manusia. Dia kini bekerja di bahagian penyiaran.
Kesusahan yang pernah dia alami dahulu menjadikan dia kuat. Katanya,”This has taught me that life although it may be bad, doesn’t have to end badly. Although i no longer have my parents it has taught me to be strong”. Oleh itu dia ingin membantu anak-anak yatim sepertinya. “I want to carry on doing the wonderful work that beauty with a purpose and the Miss World Organization does and to help people in need. I would like to help people like me. I am orphan. I would also like to help the elderly and troubled teenagers. As many people as i can”.
peserta dari malaysia
gambar miss world boleh dilihat disini http://www.facebook.com/#!/MissWorld
dan juga disini
No comments:
Post a Comment
didiy fashion