Salam buat semua ibu-ibu, puan-puan, datin-datin yang bergelar wanita, di mana saja pun anda berada ketika ini, selamat hari wanita sedunia..ikhlas dari saya. Wanita bukan untuk disakiti, bukan juga untuk dibebani. Letaknya umpama sepasang tangan, bukan di kepala untuk memerintah, bukan di kaki untuk dipijak, tetapi dekat di hati untuk disayangi dan mampu menghapuskan air mata. Kagum ku padamu wanita, yang kini bangkit bukan lagi memintal benang sengsara…
Dari seorang gadis belasan tahun, saya makin menghampiri usia di mana saya boleh digelar wanita dan bukan lagi remaja. Di penghujung usia remaja saya ini, ingin sekali kematangan dan pertimbangan mendampingi setiap perbuatan dan tingkah laku.
Mungkin kerana saya wanita, perasaan untuk melindungi wanita itu sangat menebal dalam diri. Penderaan, kes rogol, rompak, dan apa sahaja kekejaman terhadap wanita sangat menyentuh hati saya. Semoga suatu hari nanti saya bukan lagi mendengar atau hanya melihat tapi mampu melakukan sesuatu untuk memperbaiki diri dan juga wanita di luar sana.
No comments:
Post a Comment
didiy fashion