My Buddies

Tuesday, March 27, 2012

Cara Elakkan Bau Badan

Bau badan yang kurang enak amat mempengaruhi keterampilan seseorang. Rasanya tidak guna bergaya cantik jika bau badan boleh buat orang pengsan..haha.. di sini ada beberapa tisp untuk elakkan bau badan.
Pakai Pakaian Sesuai
Jika kamu sering berjemur atau bekerja di kawasan yang agak panas dan sering berpeluh, seeloknya pakailah pakaian yang daripada material fabrik serap peluh serta tidak terlalu ketat. Dengan berpakaian sedemikian, peluh anda boleh cepat meresap serta peredaran udara juga menjadi lancar.
Hindari makanan berbau
Petai, jering, bawang putih dan sebagainya merupakan antara makanan yang menyumbang kepada bau badan. Elakkan mengambil makanan sebegini kerana asid yang terkandung dalam makanan tersebut meninggalkan bau yang kurang enak kepada kamu.
Jaga Kebersihan
Pakaian, stoking, kasut dan apa jua yang kamu pakai hendaklah bersih dan sering ditukar supaya ia tidak meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Jangan malas menukar stoking yang kamu pakai setiap hari dengan yang baru. Jika kamu kerap berpeluh, pastikan pakaian atau seluar yang kamu pakai juga ditukar setiap hari.
Kurang Pengambilan Makanan Pedas
Kurangkan pengambilan makanan pedas dalam menu makanan kerana ia menyebabkan sistem badanmu  menjadi panas dan kerap berpeluh. Sebaiknya kamu susuli dengan minuman jus buah untuk menyejukkan semula sistem badan.

 saya cadangkan pengambilan deodoran untuk menghasilkan bau badan yang lebih segar.



No comments:

Post a Comment

didiy fashion