My Buddies

Wednesday, April 18, 2012

Kempen Kesedaran

Tahun lalu Estee Lauder pernah menganjurkan kempen kesedaran mencegah kanser payu darah dengan tema “pink”. Kali ini, tidak perlu melangkah jauh, mahasiswi Universiti Malaysia Sabah akan menganjurkan kempen yang sama, tujuan yang sama tapi dengan pendekatan yang agak berbeza. Bertempat di Dewan Kuliah Pusat 1, Universiti Malaysia Sabah, kempen ini akan berlangsung pada 28 April 2012 dari pukul 9.00am-4.00pm.
Kempen yang bertemakan “be a part of the cure” ini akan menjalankan pelbagai aktiviti menarik sepanjang kempen. Antaranya ialah, breast cancer talk, pemeriksaan payu darah secara percuma, kempen derma darah dan juga pertandingan “Bra design contest”. Untuk bra design contest ini, yuran penyertaan sebanyak RM5 dikenakan tetapi segala kelengkapan akan disediakan dan boleh juga membawa sendiri dari rumah atau membelinya di gerai jualan yang dibuka sekiranya inginkan design yang berbeza. Hadiahnya ialah cash voucher bernilai RM 250 bagi tempat pertama. Selain itu, makanan dan pengangkutan juga akan disediakan. Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi mila di talian 017-4685969.
Sejujurnya, saya sangat berminat dengan  kempen ini dan akan menyertainya.  Memandangkan breast adalah asset wanita yang paling berharga, jagalah ia umpama menjaga sebutir permata yang tercantik di dunia, tidak akan ada galang gantinya.
Bah, jom kita pigi ramai!

Friday, April 13, 2012

Jeans

Ramai orang yang mengatakan bahawa seluar jeans adalah pakaian must-have mereka kerana mudah disesuaikan dengan apa sahaja pakaian dan situasi. Saya juga berpendapat sedemikian. Jika dilihat dalam almari pakaian saya, seluar jeans adalah salah satu pakaian yang wajib ada. Saya akan memakainya tidak kurang daripada 3kali seminggu, sama ada untuk ke kuliah, ke perpustakaan atau bersantai-santai pada hujung minggu di kompleks membeli-belah. Orang lain terutamanya remaja mungkin juga begitu.
Seluar jeans sendiri telah mengalami proses inovasinya dari dulu hingga kini. Menurut James Sullivan dalam bukunya ‘Jeans’, Jeans adalah bermula di Amerika Syarikat pada abad ke-19 sebagai pakaian buruh kerana sifatnya yang keras dan tebal. Jeans kemudiannya mengalami proses perubahan dan mula dipakai oleh artis-artis terkenal barat seperti John Wayne dan James Dean. Dan kini jeans bukan sahaja untuk lelaki malahan juga untuk perempuan.
Meskipun jeans sering berubah seiring dengan perubahan fesyen dunia, apa yang pasti ia tetap jadi pilihan ramai. Seingat saya, saya mulai memakai seluar jeans seawal umur 12tahun. Fesyen jeans ketika itu ialah jeans yang bentuknya mengecil ke bawah. Kemudiannya jeans yang fesyen besar (“bell bottom” ) di bahagian bawah mula mengambil alih. Pada tahun 2008 pula, skinny jeans dan bentuk mengecil ke bawah kembali lagi. Dan tahun 2012 ini saya banyak melihat fesyen jeans berpotongan tinggi atau high waist. Sebenarnya ia sudah lama bermula di Negara luar tetapi fesyen di Malaysia khususnya Sabah ini agak lambat sedikit.
Jeans berpotongan tinggi lebih ranggi berbanding dengan design sebelumnya. Bagaimana pula untuk menggayakannya? Jawapannya cukup mudah, mix and match.! Dalam dunia fesyen ini kita harus berani, kreatif dan bijak menyuaipadankan pakaian agar tampil berbeza dan menarik.

 Pertama, cara yang cukup mudah dan ringkas, padankan sahaja dengan baju t putih. Untuk lebih menarik, masukkan baju ke dalam seluar (tuck in). tambahkan aksesori seperti rantai panjang. cara ini bukan sahaja tampak bersahaja tetapi juga dapat mempamerkan pingggul mu yang montok.

Pilihan kedua jika tidak suka dengan pakaian baju t, kamu boleh sahaja padankan dengan baju tanpa lengan (top) dengan potongan pendek. Pastikan baju kamu itu cukup pendek dan tidak perlu untuk di masukkan dalam seluar. Gaya ini Nampak comel untuk keluar bersantai pada hujung minggu.




Ketiga, paling mudah,  padankan dengan tank top dan jaket. Fesyen jaket kulit lebih sesuai untuk menyerlahkan penampilan ranggi dan mengancam. Sarungkan kasut tumit tinggi,  Pasti gaya lebih memukau.

Keempat, jika menginginkan gaya formal untuk ke pejabat atau kelas, padankan sahaja dengan kameja ketat dan sarungkan blazer. Ianya bukan sahaja nampak bergaya, juga sesuai untuk situasi formal.



 SELAMAT MENCUBA!




Wednesday, April 4, 2012

5 Tips Yakin Dirimu Cantik

Kecantikan seseorang terletak pada hatinya, bukan pada rupanya..namun begitu, tidak wajar sekiranya kecantikan luaran tidak diambil kira. Bagaimana untuk kelihatan cantik dan merasa cantik?
1.Kaji Idola Cantikmu
Jangan angankan diri seperti mereka sebaliknya ketahui apa keunikan yang mereka miliki. Kemudian, serlahkan keunikan diri dengan cara kamu sendiri.
2.Hentikan Tabiat Buruk
Jika kamu suka menggigit kuku, hentikannya sekarang! Gantikan tabiat itu dengan merias kuku sendiri pada waktu lapang. Kamu pasti tersenyum melihat hasil riasan sendiri.
3.Cuba Gaya Baru
Tidak salah jika sekali sekala kamu berubah angin dengan gaya potongan rambut baru. Ia mungkin membantu menyerlahkan lagi kecantikan dirimu.
4.Minimakan Solekan
Tidak perlu solekan tebal untuk tampak cantik. Sekali sekala biarkan wajahmu tampak lebih natural tanpa solekan tebal. Pasti wajahmu lebih menyerlah!
5.Jadi Diri Sendiri
Tidak perlu berlakon menjadi klon orang lain. Yakinlah bahawa dirimu lebih cantik daripada orang yang kamu klon itu.