Tahun lalu Estee Lauder pernah menganjurkan kempen kesedaran mencegah kanser payu darah dengan tema “pink”. Kali ini, tidak perlu melangkah jauh, mahasiswi Universiti Malaysia Sabah akan menganjurkan kempen yang sama, tujuan yang sama tapi dengan pendekatan yang agak berbeza. Bertempat di Dewan Kuliah Pusat 1, Universiti Malaysia Sabah, kempen ini akan berlangsung pada 28 April 2012 dari pukul 9.00am-4.00pm.
Kempen yang bertemakan “be a part of the cure” ini akan menjalankan pelbagai aktiviti menarik sepanjang kempen. Antaranya ialah, breast cancer talk, pemeriksaan payu darah secara percuma, kempen derma darah dan juga pertandingan “Bra design contest”. Untuk bra design contest ini, yuran penyertaan sebanyak RM5 dikenakan tetapi segala kelengkapan akan disediakan dan boleh juga membawa sendiri dari rumah atau membelinya di gerai jualan yang dibuka sekiranya inginkan design yang berbeza. Hadiahnya ialah cash voucher bernilai RM 250 bagi tempat pertama. Selain itu, makanan dan pengangkutan juga akan disediakan. Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi mila di talian 017-4685969.
Sejujurnya, saya sangat berminat dengan kempen ini dan akan menyertainya. Memandangkan breast adalah asset wanita yang paling berharga, jagalah ia umpama menjaga sebutir permata yang tercantik di dunia, tidak akan ada galang gantinya.
Bah, jom kita pigi ramai!
No comments:
Post a Comment
didiy fashion