Kecantikan seseorang terletak pada hatinya, bukan pada rupanya..namun begitu, tidak wajar sekiranya kecantikan luaran tidak diambil kira. Bagaimana untuk kelihatan cantik dan merasa cantik?
1.Kaji Idola Cantikmu
Jangan angankan diri seperti mereka sebaliknya ketahui apa keunikan yang mereka miliki. Kemudian, serlahkan keunikan diri dengan cara kamu sendiri.
2.Hentikan Tabiat Buruk
Jika kamu suka menggigit kuku, hentikannya sekarang! Gantikan tabiat itu dengan merias kuku sendiri pada waktu lapang. Kamu pasti tersenyum melihat hasil riasan sendiri.
3.Cuba Gaya Baru
Tidak salah jika sekali sekala kamu berubah angin dengan gaya potongan rambut baru. Ia mungkin membantu menyerlahkan lagi kecantikan dirimu.
4.Minimakan Solekan
Tidak perlu solekan tebal untuk tampak cantik. Sekali sekala biarkan wajahmu tampak lebih natural tanpa solekan tebal. Pasti wajahmu lebih menyerlah!
5.Jadi Diri Sendiri
Tidak perlu berlakon menjadi klon orang lain. Yakinlah bahawa dirimu lebih cantik daripada orang yang kamu klon itu.
da nak kat kawen ni sempat ker nak buat sume ni eh :) haha
ReplyDeleteHahaha..lau nak tampil cantik tu, tiada limitnya..lau dah kawin nti mesti tampil cntik untuk suami pulak..apa kata lau bawa husband sma2 buat..(lau dia jenis yg open la), hehe..
ReplyDelete