Ramai orang yang mengatakan bahawa seluar jeans adalah pakaian must-have mereka kerana mudah disesuaikan dengan apa sahaja pakaian dan situasi. Saya juga berpendapat sedemikian. Jika dilihat dalam almari pakaian saya, seluar jeans adalah salah satu pakaian yang wajib ada. Saya akan memakainya tidak kurang daripada 3kali seminggu, sama ada untuk ke kuliah, ke perpustakaan atau bersantai-santai pada hujung minggu di kompleks membeli-belah. Orang lain terutamanya remaja mungkin juga begitu.
Seluar jeans sendiri telah mengalami proses inovasinya dari dulu hingga kini. Menurut James Sullivan dalam bukunya ‘Jeans’, Jeans adalah bermula di Amerika Syarikat pada abad ke-19 sebagai pakaian buruh kerana sifatnya yang keras dan tebal. Jeans kemudiannya mengalami proses perubahan dan mula dipakai oleh artis-artis terkenal barat seperti John Wayne dan James Dean. Dan kini jeans bukan sahaja untuk lelaki malahan juga untuk perempuan.
Meskipun jeans sering berubah seiring dengan perubahan fesyen dunia, apa yang pasti ia tetap jadi pilihan ramai. Seingat saya, saya mulai memakai seluar jeans seawal umur 12tahun. Fesyen jeans ketika itu ialah jeans yang bentuknya mengecil ke bawah. Kemudiannya jeans yang fesyen besar (“bell bottom” ) di bahagian bawah mula mengambil alih. Pada tahun 2008 pula, skinny jeans dan bentuk mengecil ke bawah kembali lagi. Dan tahun 2012 ini saya banyak melihat fesyen jeans berpotongan tinggi atau high waist. Sebenarnya ia sudah lama bermula di Negara luar tetapi fesyen di Malaysia khususnya Sabah ini agak lambat sedikit.
Jeans berpotongan tinggi lebih ranggi berbanding dengan design sebelumnya. Bagaimana pula untuk menggayakannya? Jawapannya cukup mudah, mix and match.! Dalam dunia fesyen ini kita harus berani, kreatif dan bijak menyuaipadankan pakaian agar tampil berbeza dan menarik.
Pertama, cara yang cukup mudah dan ringkas, padankan sahaja dengan baju t putih. Untuk lebih menarik, masukkan baju ke dalam seluar (tuck in). tambahkan aksesori seperti rantai panjang. cara ini bukan sahaja tampak bersahaja tetapi juga dapat mempamerkan pingggul mu yang montok.
Pilihan kedua jika tidak suka dengan pakaian baju t, kamu boleh sahaja padankan dengan baju tanpa lengan (top) dengan potongan pendek. Pastikan baju kamu itu cukup pendek dan tidak perlu untuk di masukkan dalam seluar. Gaya ini Nampak comel untuk keluar bersantai pada hujung minggu.
Ketiga, paling mudah, padankan dengan tank top dan jaket. Fesyen jaket kulit lebih sesuai untuk menyerlahkan penampilan ranggi dan mengancam. Sarungkan kasut tumit tinggi, Pasti gaya lebih memukau.
Keempat, jika menginginkan gaya formal untuk ke pejabat atau kelas, padankan sahaja dengan kameja ketat dan sarungkan blazer. Ianya bukan sahaja nampak bergaya, juga sesuai untuk situasi formal.
No comments:
Post a Comment
didiy fashion