My Buddies

Sunday, May 27, 2012

Malam pendidikan 2012



Bertamu di taman hati, kali ini Malam Pendidikan (MADIK) sekali lagi melabuhkan tirainya dengan penuh kisah masam manis..sebagai pengarah tugas-tugas khas, saya merasa kepuasan yang tidak terhingga usai sahaja madik ini berlalu. Dengan tema Best of Malaysian Ethnicity, bakal-bakal guru pada kali ini tampil luar biasa dengan persalinan dari pelbagai etnik di Malaysia. Sungguh teruja saya melihatnya..!

hiasan pentas yg menarik..

Gimik Perasmian oleh Dekan..nasib baik menjadi..:)



Persembahan tarian kurik kundi sebagai pembuka tirai majlis


Makan time..asyik sampai tak tengok kiri dan kanan..


Guru-guru tak kalah berfesyen..






Emcee at the night..gandingan mantap, sangat menarik!



Persembahan tarian 1Malaysia, penutup tirai majlis.


Acara berebut belon..masing-masing nak..OMG, apa yg saya tunjuk tu?haha..


Finally dapat belon juga..senyum lebar..

Upload gambar sendiri (random)..hehe..





Tahniah untuk makan malam yang sangat mengujakan ini!
Picture credit to Izzatur Farhana, pengarah publisiti..

Tuesday, May 15, 2012

KASIH IBU


Setiap kali bulan Mei menjelang, ingatan tulus ikhlas saya terhadap ibu-ibu terutamanya ibu saya sangat menebal. Mungkin kerana batasan waktu dan jarak telah memisahkan saya dengan ibu tersayang. Berada berjauhan dengan ibu, bukan alasan untuk tidak mengingatinya. Apabila mengingatkan ibu saya, tidak ada lagi kata-kata yang mampu saya ungkapkan betapa saya mengkagumi ibu saya. Bagi saya, dia adalah The Great Mother!  Teringat masa kanak-kanak dahulu, setiap kali bangun pagi ke sekolah, saya pasti akan menangis kerana malas nak ke sekolah. Sehinggakan pada waktu itu kakak-kakak saya menggelar saya sebagai “radio pagi”..haahha..sungguh kasihan. Setiap kali itu jugalah ibu saya akan bangun lebih awal, menyediakan bekalan kami, memastikan semua lengkap dan memujuk saya supaya berhenti menangis dan pergi sekolah. Saya masih ingat, kata-kata pujukannya ialah, “kalau pergi ke sekolah boleh dapat susu sekolah (susu kotak)”. Jadi apabila saya balik ke rumah pada waktu petang, saya pasti akan membawa balik susu kotak itu untuk ditunjukkan kepada ibu saya. Dan dia pasti akan berkata “esok pergi sekolah lagi supaya dapat susu sekolah”. Tapi setiap kali bangun pagi, saya akan tetap menangis..haha
Kehidupan kami pada ketika itu sangat susah. Ke sekolah pun berjalan kaki seawal pukul 4 setengah pagi, dengan membawa lampu sulu atau pelita. Jarak dari rumah ke sekolah juga sangat jauh, lebih 5 kilometer. Maknanya saya terpaksa berjalan kaki lebih 10 kilometer sehari! Bayangkan bagaimana budak berusia 7 tahun mengharungi semua itu. Dan keadaan ini berlanjutan sehingga tamat sekolah rendah. Apabila bertukar ke sekolah menengah, saya mulai tinggal di asrama.
 Dalam menghadap masa-masa sukar waktu itu, terutamanya ketika tahun 1997 dan 1998 (saya dalam tahun 1 dan 2) apabila berlaku kegawatan ekonomi, usaha ibu saya untuk memastikan kami terus “hidup” sangat tinggi. Masih lagi segar dalam ingatan pada waktu itu kami hanya makan nasi bercampur dengan ibu kayu atau jagung, lauk pula sayur-sayur kampung atau ikan masin. Tanaman tidak menjadi, padi pun mati, kemarau panjang. Ibu saya akan pergi ke perigi setiap pagi untuk mengangkut air ke rumah. Kami pula akan membantunya pada waktu petang. Dengan 6 orang anak untuk diberi makan, itu bukan sesuatu yang mudah bagi ibu serta bapa saya. Pada petang hari jumaat pula, ibu akan mengumpul sayur-sayuran kampung/hutan untuk dijual pada keesokan harinya di tamu (pasar tani). Dapatlah sedikit duit untuk membeli beras dan ikan masin>kerana tahan lama.
Kini bila usia makin dewasa, saya masih terkesan dengan pengorbanan ibu membesarkan kami dalam kepayahan. Semoga satu hari nanti bila saya sudah tamat belajar dan mendapat pekerjaan, saya mampu untuk memberikan kesenangan kepada dia, di hari-hari tuanya. Kasih sayang saya pada ibu tidak mampu diukur dengan apa pun jua. Bagi rakan-rakan di luar sana, siapa pun ibu kita, jangan pernah lupakan pengorbanan dan kasih sayangnya. Selamat hari ibu..













Saturday, May 5, 2012

Bila hati mula berbicara


No words I write can ever say,
How much I miss you every day,
As time goes by the loneliness grows,
How I miss you…nobody knows.

I think of you in silence,
I often speak your name.
But all I have are memories,
No one knows my sorrow,
No one sees me weep.

But the love I have for you,
Is in my heart and mine to keep,
I never stopped loving you,
I don’t think I ever will.

Deep inside my heart,
You are with me still.
Heartaches in this world are many,
But mine is worse than any.

My heart still aches as I whisper
“I need you...and miss you so.”
But I just can’t keep quiet anymore,
So I’ll tell you anyway.
There is a place in my heart,
That no one else can fill.
I love you...and I always will.

I can’t promise you a perfect relationship,
But what I can promise you
Is that if you’re trying, I’m staying.


Wednesday, May 2, 2012

Tip rambut sihat

Gunakan jari
Sebaik bangun tidur, jangan gunakan sikat untuk menyikat rambut. Sebaliknya, gosokkan jari anda di kulit kepala dan uraikan helaian rambut untuk meleraikan rambut kusut dan berpintal. Cara sebegini akan memberi kesan postif pada rambut serta mampu mengurangkan pengguguran rambut.
Sikat rambut selalu
Ada sesetengah wanita khuatir jika mereka menyikat rambut, ia akan mengakibatkan rambut gugur. Sebenarnya, jika anda selalu menyikat, rambut akan bertambah sihat. Bagi mereka yang berambut panjang, dinasihatkan menggunakan sikat besar dan permukaan bulat. Mulakan menyikat dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Selepas itu gunakan jari untuk member kesan yang lebih. Jangan sikat rambut ketika masih basah. Sebaiknya, gunakan sikat yang bergigi besar untuk menyikat rambut secara lembut supaya tidak merosakkan akar rambut. Ini kerana, rambut yang basah mempunyai struktur yang lemah dan menyebabkan rambut mudah basah.
Keringkan rambut
Jika anda berambut panjang, keringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut sesuai yang boleh mengeluarkan suhu sejuk. Ia baik untuk rambut panjang.
Pilih syampu terbaik
Pastikan syampu anda mempunyai perapi yang dapat membantu memberi kelembapan pada rambut, ratakan sedikit syampu pada seluruh kulit kepala dan urat kulit secara perlahan-lahan untuk menyihatkan akar rambut. Bilas dengan air.
Peka dengan keadaan sekeliling
Lindungi rambut daripada pendedahan berterusan pancaran cahaya matahari, air bergaram, berklorin dan pencemaran. Semua ini boleh merosakkan rambut dan mudah membuatkan rambut kusut. Anda juga boleh memakai tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran tercemar. Penggunaan topi dan skaf juga digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.