My Buddies

Wednesday, May 2, 2012

Tip rambut sihat

Gunakan jari
Sebaik bangun tidur, jangan gunakan sikat untuk menyikat rambut. Sebaliknya, gosokkan jari anda di kulit kepala dan uraikan helaian rambut untuk meleraikan rambut kusut dan berpintal. Cara sebegini akan memberi kesan postif pada rambut serta mampu mengurangkan pengguguran rambut.
Sikat rambut selalu
Ada sesetengah wanita khuatir jika mereka menyikat rambut, ia akan mengakibatkan rambut gugur. Sebenarnya, jika anda selalu menyikat, rambut akan bertambah sihat. Bagi mereka yang berambut panjang, dinasihatkan menggunakan sikat besar dan permukaan bulat. Mulakan menyikat dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Selepas itu gunakan jari untuk member kesan yang lebih. Jangan sikat rambut ketika masih basah. Sebaiknya, gunakan sikat yang bergigi besar untuk menyikat rambut secara lembut supaya tidak merosakkan akar rambut. Ini kerana, rambut yang basah mempunyai struktur yang lemah dan menyebabkan rambut mudah basah.
Keringkan rambut
Jika anda berambut panjang, keringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut sesuai yang boleh mengeluarkan suhu sejuk. Ia baik untuk rambut panjang.
Pilih syampu terbaik
Pastikan syampu anda mempunyai perapi yang dapat membantu memberi kelembapan pada rambut, ratakan sedikit syampu pada seluruh kulit kepala dan urat kulit secara perlahan-lahan untuk menyihatkan akar rambut. Bilas dengan air.
Peka dengan keadaan sekeliling
Lindungi rambut daripada pendedahan berterusan pancaran cahaya matahari, air bergaram, berklorin dan pencemaran. Semua ini boleh merosakkan rambut dan mudah membuatkan rambut kusut. Anda juga boleh memakai tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran tercemar. Penggunaan topi dan skaf juga digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.

No comments:

Post a Comment

didiy fashion