My Buddies

Friday, October 13, 2017

Percutian ke Hong Kong – Part IV

Hari terakhir di Hong Kong..saya tidak ingin melepaskan peluang untuk ke Hong Kong Disneyland. Pastinya tempat ini menjadi idaman setiap kanak-kanak di dunia. Jujur saya katakan, saya ke taman tema buat pertama kalinya di sini dan saya sangat tertarik dengan tempat ini.
Dari Tsim Sha Tsui stesen, saya menaiki tren ke central.. di Central,  tukar line ke Lai King Line ( warna orange) kemudian saya menukar line ke line 3, to Tung Chung and Disneyland Resort Line. Kemudian, turun di Sunny Bay. Dari sana, saya perlu menaiki tren khas ke Disneyland Resort Line. Apa yang lebih menarik lagi ialah tren ini sangat comel, dan tujuannya khas ke Disneyland sahaja. Tren comel ini bertemakan Mickey Mouse, sesuai dengan Disneyland. Jadi tidak salah untuk memasukan Disneyland dalam travel initineari anda jika anda ingin ke Hong Kong. Lagipula, Disneyland ini berada berdekatan dengan kawasan airport. Jadi agak mudah untuk saya bergerak pulang nanti.


Sampai di Disneyland, boleh ambil guide/tour map untuk memudahkan pergerakan anda. Saya agak tercengang-cengang seketika sebelum berbaris ke kaunter tiket untuk membeli tiket  masuk. Sungguh indah tempat ini. Sangat sesuai untuk lawatan Bersama dengan anak-anak dan keluarga.

Di dalam Hk Disneyland ini, ada beberapa tempat utama iaitu Tomorrow Land, Little World, Adventure Land, Toy Story Land dan Grizzly Gulch. Ini adalah tempat-tempat yang sempat saya lewati. Kawasannya sangat luas, agak penat untuk menghabiskan lawatan dalam tempoh sehari. Walaupun begitu, ianya sangat berbaloi.



Mula-mula sekali saya ke Tomorrow Land. Tempat ini adalah berkaitan dengan teknologi pada masa depan. Saya sempat makan tengahari di sini kemudian menyaksikan lakonan teater oleh kanak-kanak. Memang best tempat ni, boleh main permainan jika nak. Saya pula hanya ingin bersiar-siar dan melihat-lihat sahaja. Rumah Iron Man ada kat sini tau.!





Kemudian, saya bergerak ke Little World. Yang ini khas untuk kanak-kanak. Boleh naik sampan kecil di sungai buatan jika berminat. Macam biasa, saya hanya ingin melihat sahaja. Kebetulan selepas itu adalah perarakan keluar Cinderella dari istana. Sempatlah saya melihat-lihat lintas lansung mereka. Tapi ramainya orang tidak terkata. Saya terjengket-jengket di kala ribuan manusia.


Saya bergerak pula ke adventure land..haa..kat sini boleh Nampak rumah Tarzan atas pokok. Ianya bertemakan ala rimba. Patung-patung pemujaan dulu-dulu pun ada juga kat sini. Tak teringin nak main. So saya hanya lalu dan bergambar sahaja.



Keluar dari sana, saya terus ke Toy Story land. Haa,,yang ini sangat sesuai untuk kanak-kanak. Semua barang mainan pun ada kat sini. Even toilet pun Nampak comel sangat.
Penat di sana, saya bergerak ke Grizzly Gulch pula. Yang ini pula berkaitan dengan gold rush zaman dahulu kala. Bertemakan classic English. Boleh Nampak bangsal kuda, kelab lama, penjara dan juga kawasan melombong emas..sangat real dan boleh bermain dengan roller coster lagi. Memang tidaklah bagi saya.


Setelah penat berjalan ke sana sini, saya ke main Street..yang ini bertemakan ala Amerika. Boleh singgah di kedai-kedai comel untuk beli barangan cenderahati jika mahu. Saya hanya mampu beli ban dan air sahaja. Tu pun harganya mak aii…seketul ban sudah 20hkd.
Ok selesai tour di Disneyland..tempat ini akan tutup pada pukul 6pm setiap hari. Jadi saya pun bergerak semula menaiki tren menuju ke lapangan terbang.
Selamat tinggal Hong Kong. Sampai bertemu lagi.




Monday, October 9, 2017

BERCUTI KE HONG KONG – PART III


Hari ketiga berada di Hong Kong, saya ke Macau. Sebuah bandar yang sangat cantik hasil gabungan budaya Eropah dan Cina.
Untuk ke Macau, dari Hong Kong saya perlu menaiki ferry selama hampir sejam sahaja. Suasana di Macau jauh berbeza dengan Hong Kong. Macau lebih aman damai pada perkiraan saya, kurang sesak dan sangat sesuai untuk berjalan-jalan.


Di Macau saya ke Venetian, sebuah hotel mewah yang dilengkapi dengan shopping complex, food court dan juga pusat casino utama. Ya, Macau adalah syurga buat si kaki judi.



Saturday, October 7, 2017

BERCUTI KE HONG KONG – Part II

Hari kedua di Hong Kong, saya mula merasakan kesesakan dan kesibukan negara kecil empat pulau ini.  Semuanya serba pantas, manusia bak dikejar-kejar oleh sesuatu.
Jadi..hari kedua di Hong Kong ini saya ke mana pula?
Ini ringkasan perjalanan saya di Hong Kong untuk hari kedua.
1.    Garden Of Star
3.    Victoria Peak
Pastinya tidak sah kalau tidak ke Avenue of Star Hong Kong, tempat replika pelakon-pelakon terkenal Hong Kong dan juga pelakon antarabangsa yang lain. Malangnya, ketika saya di sana tempat itu ditutup untuk baik pulih. Maka saya beralih ke Garden of Star. Hampir sama sahaja dengan Avenue of Star, kebanyakan replika yang ada di sana juga ada di sini.



Untuk ke Garden of Star, saya hanya berjalan kaki dari Chungkin Mansion. Ianya terletak di bahagian belakang sahaja. Anda perlu menaiki tangga kerana tempat ini berada di atas dek.
Setelah puas bergambar dengan replika di sana, saya ingin ke tempat yang paling terkenal di Hong Kong pula. Apalagi kalau bukan Victoria Peak. Sebut sahaja Hong Kong, pasti semua orang akan teringatkan tempat ini. Kira ini ni landmark untuk Hong Kong lah.


Dari Garden of Star, saya berjalan kaki ke pelabuhan. Dekat sahaja. Orang Hong Kong ini memang terbiasa untuk berjalan kaki sahaja. Kiranya saya ini sedang beradaptasi dengan orang Hong Kong lah..


Wednesday, October 4, 2017

SEOUL, KOREA Day-4 War Memorial Museum dan Han River

Hari keempat di Seoul..saya mula merindui Malaysia..benarlah kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Dulu saya kurang memahami peribahasa itu sehinggalah saya mulai kerap ke luar negara. Walau betapa kuat sekalipun kpop power dalam diri saya ini, saya tetap rindu Malaysia. Terlebih lagi rindu Sabah. Oklah cukuplah dengan luahan rindu yang tidak ke mana itu..


Hari kedua terakhir di Korea, kami ke melawat ke Muzium Perang Korea dan bersiar-siar ke sekitar tebing sungai Han. Melawati Muzium Perang Korea, dari sini boleh mempelajari sejarah peperangan Korea melalui pelbagai kaedah seperti tayangan video, game dan melihat replika senjata dan pesawat perang yang digunakan. 


Selesai di Muzium, kami ke Yoeido Park sebuah taman yang terletak di tebing Han river. Dari sini boleh menikmati keindahan Han river yang memisahkan dua bahagian Seoul. Kami sempat melepak-lepak sekejap di bawah Banpo Bridge yang merupakan antara kawasan bunuh diri yang terkenal di Seoul. Alamak, macam seram saja bunyinya kan. Tapi jangan risau, bot-bot penyelamat dan polis sudah siap siaga menunggu di kawasan bawah jambatan. Kami juga sempat menyewa basikal dan berbasikal di tepi sungai Han..