Hari kedua di Hong Kong, saya mula
merasakan kesesakan dan kesibukan negara kecil empat pulau ini. Semuanya serba pantas, manusia bak
dikejar-kejar oleh sesuatu.
Jadi..hari kedua di Hong Kong ini saya
ke mana pula?
Ini ringkasan perjalanan saya di Hong
Kong untuk hari kedua.
1.
Garden
Of Star
3.
Victoria
Peak
Pastinya tidak sah kalau tidak ke
Avenue of Star Hong Kong, tempat replika pelakon-pelakon terkenal Hong Kong dan
juga pelakon antarabangsa yang lain. Malangnya, ketika saya di sana tempat itu
ditutup untuk baik pulih. Maka saya beralih ke Garden of Star. Hampir sama
sahaja dengan Avenue of Star, kebanyakan replika yang ada di sana juga ada di
sini.
Untuk ke Garden of Star, saya hanya
berjalan kaki dari Chungkin Mansion. Ianya terletak di bahagian belakang
sahaja. Anda perlu menaiki tangga kerana tempat ini berada di atas dek.
Setelah puas bergambar dengan replika
di sana, saya ingin ke tempat yang paling terkenal di Hong Kong pula. Apalagi
kalau bukan Victoria Peak. Sebut sahaja Hong Kong, pasti semua orang akan
teringatkan tempat ini. Kira ini ni landmark untuk Hong Kong lah.
No comments:
Post a Comment
didiy fashion