My Buddies

Friday, October 13, 2017

Percutian ke Hong Kong – Part IV

Hari terakhir di Hong Kong..saya tidak ingin melepaskan peluang untuk ke Hong Kong Disneyland. Pastinya tempat ini menjadi idaman setiap kanak-kanak di dunia. Jujur saya katakan, saya ke taman tema buat pertama kalinya di sini dan saya sangat tertarik dengan tempat ini.
Dari Tsim Sha Tsui stesen, saya menaiki tren ke central.. di Central,  tukar line ke Lai King Line ( warna orange) kemudian saya menukar line ke line 3, to Tung Chung and Disneyland Resort Line. Kemudian, turun di Sunny Bay. Dari sana, saya perlu menaiki tren khas ke Disneyland Resort Line. Apa yang lebih menarik lagi ialah tren ini sangat comel, dan tujuannya khas ke Disneyland sahaja. Tren comel ini bertemakan Mickey Mouse, sesuai dengan Disneyland. Jadi tidak salah untuk memasukan Disneyland dalam travel initineari anda jika anda ingin ke Hong Kong. Lagipula, Disneyland ini berada berdekatan dengan kawasan airport. Jadi agak mudah untuk saya bergerak pulang nanti.


Sampai di Disneyland, boleh ambil guide/tour map untuk memudahkan pergerakan anda. Saya agak tercengang-cengang seketika sebelum berbaris ke kaunter tiket untuk membeli tiket  masuk. Sungguh indah tempat ini. Sangat sesuai untuk lawatan Bersama dengan anak-anak dan keluarga.

Di dalam Hk Disneyland ini, ada beberapa tempat utama iaitu Tomorrow Land, Little World, Adventure Land, Toy Story Land dan Grizzly Gulch. Ini adalah tempat-tempat yang sempat saya lewati. Kawasannya sangat luas, agak penat untuk menghabiskan lawatan dalam tempoh sehari. Walaupun begitu, ianya sangat berbaloi.



Mula-mula sekali saya ke Tomorrow Land. Tempat ini adalah berkaitan dengan teknologi pada masa depan. Saya sempat makan tengahari di sini kemudian menyaksikan lakonan teater oleh kanak-kanak. Memang best tempat ni, boleh main permainan jika nak. Saya pula hanya ingin bersiar-siar dan melihat-lihat sahaja. Rumah Iron Man ada kat sini tau.!





Kemudian, saya bergerak ke Little World. Yang ini khas untuk kanak-kanak. Boleh naik sampan kecil di sungai buatan jika berminat. Macam biasa, saya hanya ingin melihat sahaja. Kebetulan selepas itu adalah perarakan keluar Cinderella dari istana. Sempatlah saya melihat-lihat lintas lansung mereka. Tapi ramainya orang tidak terkata. Saya terjengket-jengket di kala ribuan manusia.


Saya bergerak pula ke adventure land..haa..kat sini boleh Nampak rumah Tarzan atas pokok. Ianya bertemakan ala rimba. Patung-patung pemujaan dulu-dulu pun ada juga kat sini. Tak teringin nak main. So saya hanya lalu dan bergambar sahaja.



Keluar dari sana, saya terus ke Toy Story land. Haa,,yang ini sangat sesuai untuk kanak-kanak. Semua barang mainan pun ada kat sini. Even toilet pun Nampak comel sangat.
Penat di sana, saya bergerak ke Grizzly Gulch pula. Yang ini pula berkaitan dengan gold rush zaman dahulu kala. Bertemakan classic English. Boleh Nampak bangsal kuda, kelab lama, penjara dan juga kawasan melombong emas..sangat real dan boleh bermain dengan roller coster lagi. Memang tidaklah bagi saya.


Setelah penat berjalan ke sana sini, saya ke main Street..yang ini bertemakan ala Amerika. Boleh singgah di kedai-kedai comel untuk beli barangan cenderahati jika mahu. Saya hanya mampu beli ban dan air sahaja. Tu pun harganya mak aii…seketul ban sudah 20hkd.
Ok selesai tour di Disneyland..tempat ini akan tutup pada pukul 6pm setiap hari. Jadi saya pun bergerak semula menaiki tren menuju ke lapangan terbang.
Selamat tinggal Hong Kong. Sampai bertemu lagi.




No comments:

Post a Comment

didiy fashion