My Buddies

Friday, January 6, 2012

Ramalan Fesyen 2012



Melangkah ke tahun 2012, pasti peminat-peminat fesyen di luar sana  ternanti-nanti apakah trend fesyen yang bakal mewarnai dunia fesyen bagi tahun 2012. Sebagai salah seorang fashionista, saya juga tidak mahu ketinggalan untuk mengintai-intai ramalan fesyen 2012. Secara kebetulan saya menonton rancangan Wanita Hari Ini di TV3 pada hari jumaat yang lepas (30 Dis 2011). Topik rancangan itu berkaitan dengan fesyen 2012. Mengambil sedikit tips dari panel jemputan, Rizman Ruzaini dan juga sedikit bacaan Internet, saya rangkumkan untuk menyiapkan entri ini.
Terlebih dahulu dari segi warna. Ramalan warna dalam fesyen yang akan hangat pada tahun 2012 dikatakan ialah warna metalik, hitam putih  dan juga warna-warna tanah. Warna-warna metalik bukan sahaja tertumpu kepada warna putih dan kuning sahaja tetapi juga melibatkan warna-warna lain seperti biru dan hijau. Terpulanglah kepada kita untuk memilih warna metalik yang sesuai dengan penampilan. Warna metalik ini sesuai digayakan bukan sahaja untuk perempuan tetapi kaum lelaki yang inginkan kelainan.
Warna metalik boleh membangkitkan aura glamour kepada si pemakainya. Untuk menggayakan busana yang berkilau-kilau (metalik) ini, tidak perlu mengenakan terlalu banyak aksesori kerana ianya sudah cukup untuk menimbulkan aura glamour.


Namun begitu, apa yang kurang menarik untuk pemilihan warna ini ialah ianya tidak sesuai bagi mereka yang bertubuh gempal (macam saya)..haha..ini kerana warna metalik akan membuatkan si pemakai akan kelihatan lebih besar dari saiz sebenar. Ini satu berita baik bagi mereka yang bertubuh kurus! Tetapi ini tidak bermakna wanita atau lelaki yang bertubuh gempal tidak boleh menggayakan warna metalik ini. Jika tidak boleh guna dalam pakaian, cuba kenakannya pada tudung, beg ataupun kasut. Jadi anda masih boleh tersenyum menggayakan warna metalik ini tanpa rasa ragu-ragu.  Anda boleh memakainya tanpa dipandang “pelik” oleh orang lain. Mudah bukan. Wujudkan kelainan dalam penampilan untuk menjadikan gaya anda tampil berbeza. Jangan bataskan fesyen anda hanya kerana anda lihat tubuh anda tidak menarik.
Dari segi corak pula, menjelang tahun 2012 ini cetakan corak akan menjadi trend. Yang paling popular ialah corak animal print yang akan mewarnai dunia fesyen. Contoh animal print adalah seperti cat, lizard dan leopard. Cetakannya pula dalam saiz yang besar (bigger print). Untuk menggayakan corak animal printed ini pemakai harus berhati-hati kerana ianya tidak sesuai digayakan oleh semua orang. Sesetengah orang akan kelihatan menarik dan bergaya menggayakan corak ini sebaliknya pula tidak. Si pemakai akan kelihatan pelik jika mengenakan corak yang tidak sesuai untuk dirinya apatah lagi corak yang besar.
Bagi mengelakkan anda daripada “silap pilih gaya”, pemakaiannya haruslah bermula dari benda kecil atau sedikit demi sedikit dahulu. Contohnya, menggunakan corak ini pada aksesori seperti skarf, bangle, rantai, kaca mata dan tali pinggang. Kemudian jika anda merasakannya sesuai untuk anda, cuba gayakannya dengan beg ataupun kasut. Seterusnya barulah anda boleh mencubanya pada pakaian. Jangan pula pakai dari atas ke bawah. Sebaiknya padankan dengan padanan yang kosong. Tetapi jika tidak sesuai untuk anda ataupun anda tidak yakin untuk menggayakannya, jangan paksa diri. Jangan kenakannya pada pakaian anda. Anda masih boleh memakainya pada aksesori. Jadi anda masih tidak ketinggalan untuk mengkuti perkembangan fesyen semasa.
Dari segi fabrik atau jenis kain pula, fabrik yang lembut, ringan dan tidak panas dikatakan bakal menghiasi tahun 2012. Contoh jenis fabriknya ialah kain sifon yang lembut. Untuk dress pula mungkin masih menggunakan trend fesyen 2011 seperti one side dress. Tetapi kain yang digunakan ialah fabrik seperti yang saya nyatakan tadi. Sebenarnya perkembangan fesyen di Malaysia ini agak lambat berbanding di Negara barat. Fesyen yang dibawa masuk ke dalam Negara ini juga banyak diubah suai untuk disesuaikan dengan citarasa dan budaya tempatan. 
Nasihat dari saya (bukan pakar), untuk mengikuti trend fesyen semasa, anda haruslah berani dan juga perlu berhati-hati. Tanya pendapat orang lain yang lebih tahu untuk mendapatkan gaya yang menarik. Jangan hanya mengikuti peredaran trend tanpa mengambil kira kesesuaian diri. Trend sebenarnya tidak boleh diikut sangat. Nantinya anda sendiri yang kelihatan “trying too much” dan pelik. Apa yang baik, kita ambil. Yang tak baik, tinggalkan sahaja. Anda tidak akan rugi apa-apa! Jangan jadi mangsa fesyen….


Tuesday, January 3, 2012

MENYAMBUT TAHUN BARU





Salam pertemuan untuk tahun baru 2012..rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 kepada semua rakan-rakan blogger. Tahun berganti lagi..maka usia pun makin meningkat. Adakah penambahan usia selaras dengan kematangan minda dan fikiran? Tak pasti!
Menyambut tahun naga kali ini dengan penuh kerendahan hati dan kesyukuran..semoga lebih tabah untuk menghadapi 362 hari lagi yang mendatang. Di awal bulan Januari kali ini sudah dikusutkan dengan demam peperiksaan. Di saat-saat orang masih dalam mood tahun baru, enak-enak bercuti, saya pula berpening lalat disini untuk menghadapi minggu-minggu peperiksaan yang mencabar ini. Lumrah pelajar!
Azam baru???? Masih banyak yang belum tercapai. Apapun, “impian tanpa keberanian tidak akan tercapai”. Saya akan berusaha lebih gigi untuk mendapatkan sesuatu yang sepatutnya menjadi milik saya sejak lama dulu. Saya tahu GOD never leave me behind..Take a deep breath Didiy and start the engine. Wait  me!

Saturday, December 31, 2011

MEMORI 2011

Tinggal 1 hari lagi, tahun 2011 sudah sampai ke penghujungnya..penuh suka duka, penuh cerita, dan penuh warna warni. Apa yang pasti tahun 2011 ini mengajar saya untuk lebih matang dalam membuat penilaian. Juga mengajar saya bagaimana untuk hidup lebih berdikari! Imbas kembali tiap hari dan bulan yang di lalui dalam tahun 2011, Masih banyak perkara yang belum tercapai. Masih lagi dalam kotak impian, Belum terlaksana. Mudah-mudahan pada tahun 2012 yang mendatang ini akan membawa sinar baru buat diri saya.
Terlalu banyak yang ingin saya ceritakan.. namun tidak terluah oleh kata-kata. Segalanya terpendam dalam sanubari yang paling dalam. Hanya DIA yang boleh mengerti apa yang bergolak di dalam hati kecil ini.
Rentetan masa:
Januari: Mula semester baru dengan azam baru. Buat surprise party untuk kawan baik saya . love her).
My friend and me..on her birthday.d blue bag was my bday present for her

Februari: happy sangat masa ini sebab dapat tajaan biasiswa dari kerajaan negeri Sabah. Masuk dalam akaun terus untuk 2 semester. Adalah dalam RM7K. Terus shopping sampai lupa dunia..hahaha..o ya, juga kali pertama sambut valentines day.
Gambar bersama responden ketika melakukan temubual utk kerja lapangan assignment
Mac: Bulan ini agak sibuk untuk menyiapkan assignment yang diberikan oleh pensyarah. Juga sibuk untuk mengikuti kelas bahasa mandarin.
gambar ketika pilih-pilih baju di Centre Point, KK
Gambar bersama kawan-kawan di depan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu..membuat kajian proses pembandaran Kota Kinabalu, untuk assignment Georafi manusia

April: Bercuti seminggu sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester. Juga mengikuti dinner untuk Kolej Kediaman
ketika menghadiri Dinner kolej kediaman E, UMS di Grant Borneo Hotel
Mei: Pesta menuai di Sabah! Bulan yang paling meriah setiap tahun. Dan bulan ini juga saya meriah juga untuk menghadapi peperiksaan..haha..Namun sempat balik lebih awal untuk merayakan pesta menuai yang berlangsung besar-besaran di peringkat daerah saya, daerah Pitas, Sabah. Bulan ini juga saya telah menyambut hari lahir saya..parti ringkas sahaja dengan sebiji  Black Forest Cake.
Parti hari lahir saya
Pesta Kaamatan daerah Pitas.gambar pemenang Ratu Cantik
Jun: Menghabiskan masa cuti semester yang panjang di kampung bersama dengan keluarga. Menghadiri majlis keramaian di kampung, pulang ke rumah nenek di daerah Kudat dan menyambut full month party untuk anak  kakak saya. Baby boy.
Rungus traditional dance, Sumundai..dalam majlis keramaian di kampung
Full month party anak buah saya
Julai: Mula bekerja secara sambilan di 1 Borneo, Kota Kinabalu. Bekerja sebagai Promoter untuk barangan lelaki seperti beg, tali leher, tali pinggang dan dompet di Parkson. Di sini saya belajar pengalaman baru sebagai promoter, bertemu dengan pelbagai karenah pelanggan dan juga berkenalan dengan rakan-rakan sekerja.
Berjalan-jalan di 1Borneo, tempat kerja s
Ogos: Masih bekerja di tempat yang sama. Bulan ini agak sibuk di tempat kerja memandangkan ramai pelanggan yang membelih belah sempena sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan yang berlangsung serentak. Banyak perkara menarik yang berlaku sepanjang bekerja di sini.
September: Sudah berhenti kerja dan memulakan kehidupan kembali sebagai mahasiswi UMS. Peristiwa yang menyanyat hati juga berlaku pada bulan ini. Tapi biarlah ianya tersimpan di relung hati yang paling dalam. (I’m hurted, but I learned a lot along the way!)

i will hide my sorrow and pain..
Oktober: Kembali sibuk dengan jadual kuliah, tutorial dan assignment yang padat. Bulan ini juga saya telah menemani sahabat baik saya ke Keningau untuk berjumpa dengan keluarga bakal suaminya. Juga ke Tuaran untuk melaksanakan Khidmat Bantu Pusat Sumber di SK Bundung, Tuaran.
Projek khidmat bantu pusat sumber di SK Bundung, Tuaran.
Lawatan ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah
November: Bercuti seminggu untuk cuti pertengahan semester. Menghabiskan masa cuti untuk menyiapkan assignment yang belum selesai serta sibuk dengan aktiviti Kelab Mandarin UMS. Dan bulan ini juga UMS menyambut Konvokesyen yang ke-13 pada 26-29 Nov. Saya juga terlibat sama untuk sambutan ini sebagai AJK Kelab Mandarin dan Sekreteriat MPP.
Menghadiri kuliah di Dewan Kuliah Pusat
Disember: Bulan terakhir pada tahun 2011. Masih berhempas pulas menyiapkan assignment dan juga pembentangan akhir. Akhirnya siap pada 22 Dis kemudian bercuti di kampung untuk menyambut Hari Natal.


Merry Christmas!!
Begitulah saya menghabiskan masa saya dalam tahun 2011 ini. Maaf lah jika membosankan. Namun, apa jua yang berlaku dalam hidup saya, saya mengambil ikhtibar daripadanya dan sentiasa berfikiran positif untuk menghadapinya walau sepahit mana sekalipun. Itulah rahsiah kekuatan saya selama ini. Semoga apa jua yang saya hadapi dalam tahun 2011 ini menjadi memori yang tidak ternilai untuk dikenang. Saya susun sepuluh jari memohon maaf sekiranya saya pernah menyakiti hati mana-mana pihak, Atau terkasar bahasa sehingga membuatkan orang lain terasa hati. Saya hanya manusia biasa, tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Maafkanlah saya.

Thursday, December 29, 2011

4 PUNCA KEGEMUKAN

1.Tidak bersenam.
Walaupun sudah di ketahui betapa pentingnya bersenam dan bersukan untuk kesihatan badan namun masyarakat masa kini sering mengabaikannya. Kebanyakan orang yang berbadan gemuk dan agak besar jarang bersukan atau bersenam.
2.Gaya pemakanan.
Gaya pemakanan seseorang mempengaruhi peningkatan berat badan seseorang. Bagi mereka yang kurang makan makanan yang berdaging, berlemak dan memakan lebih banyak sayur-sayuran puratanya berbadan agak kecil tapi cergas berbanding dengan orang yang suka makan makanan ringan, berlemak, manis dan kurang mengambil   makanan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
3.Gaya hidup
Gaya hidup masyarakat kini yang sering terkejar-kejar masa dan inginkan semua perkara cepat disiapkan juga mempengaruhi peningkatan berat badan seseorang. Masyarakat sekarang lebih suka makanan yang segera dan mudah disediakan berbanding memasak makanan yang sihat dan berkualiti. Bagi  mereka yang berkerjaya akan memakan apa sahaja untuk mengisi perut tanpa mengambil kira kandungan dalam makanan.
4.Emosi
Tidak dinafikan emosi juga mempengaruhi peningkatan berat badan seseorang. Ada sesetengah orang yang makan lebih banyak ketika dalam kemurungan atau kesedihan. Manakala kebanyakan suri rumah tangga akan makan lebih banyak apabila kesunyian. Emosi yang baik akan membantu seseorang menurunkan berat badan dengan segera.

Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa sahaja yang kita makan, tindakan kita dan gaya hidup kita untuk mengelakkan kegemukan dari berlaku. “Mencegah lebih baik dari mengubati”


Wednesday, December 28, 2011

Silent Night (with lyrics)



Setiap kali menjelang hari Natal, tidak sah jikalau tidak menyanyikan lagu Silent Night (Malam Kudus) ini. Setiap bait liriknya dapat menyentuh hati orang yang mendengarnya. Saya kongsikan sedikikit trivia lagu ini yang saya peroleh daripada pelbagai sumber internet.
Lagu ini dicipta di Austria pada malam Natal ( 24 Dis) kira-kira 190 tahun yang lalu. Lagu ini asalnya adalah dalam bahasa Jerman, “Diam Nacht”. Tujuan asal lagu ini dicipta adalah untuk menghiburkan pengikut-pengikut yang menderita ketika perang Napoleon, dicipta oleh Joseph Mohr dan melodinya oleh Franz Gruber.
Untuk bacaan lanjut, boleh layari link berikut: