My Buddies

Saturday, March 24, 2012

Jenama Sendiri


Ramai orang yang ingin menghasilkan atau memasarkan produk/perkhidmatan dengan jenama sendiri. Jika ditanya saya sendiri pun, saya juga pasti menjawab “ya” sekiranya diberikan peluang untuk menghasilkan jenama sendiri. Namun banyak kekangan untuk menjadikan impian jadi kenyataan. Lain pula ceritanya dengan golongan yang mampu dan terkenal. Mereka bukan sahaja mudah untuk menghasilkan jenama sendiri tetapi juga pastinya jenama mereka mudah untuk diterima dan diguna pakai oleh masyarakat. Apatah lagi kalau golongan mereka ini ialah artis yang terkenal! Antara artis antarabangsa yang menghasilkan jenama sendiri ialah Paris Hilton dengan jenama “Paris Hilton”. Di Malaysia saja, sudah ada beberapa orang yang menghasilkan produk jenama mereka sendiri. Contohnya Datuk Siti Nurhaliza (simply siti), Erra Fazirah (Ferra  Cosmo Look, sudah berhenti), Mila AF (LuvMila) dan  Fasha Sandha (salon Chinta).
Terbaharu actress tempatan, Sazzy Falak bakal melancarkan jenama pakaiannya sendiri yang dinamakan “SF by SF”. Ianya diilhamkan oleh Sazzy sendiri yang bermaksud “Street Fashion by Sazzy Falak”. Konsepnya adalah “street fashion” yang ringkas dan ranggi. Jenama pakaian ini dikatakan akan dilancarkan pada bulan Jun dan sebagai permulaan akan menjual skaf dan baju wanita sahaja.
“When you run a business, you don’t just open a shop and sell things and hope to succeed. You need to develop a business plan, position yourself, and know whom you are trying to reach. The same thing applies to an actor: as an entertainer, you are your own company, and your name is your own brand.” – Sazzy Falak, Actress and Talent Manager, SinclairFalak Sdn. Bhd.

Thursday, March 8, 2012

SELAMAT HARI WANITA

Salam buat semua ibu-ibu, puan-puan, datin-datin yang bergelar wanita, di mana saja pun anda berada ketika ini, selamat hari wanita sedunia..ikhlas dari saya. Wanita bukan untuk disakiti, bukan juga untuk dibebani. Letaknya umpama sepasang tangan, bukan di kepala untuk memerintah, bukan di kaki untuk dipijak, tetapi dekat di hati untuk disayangi dan mampu menghapuskan air mata. Kagum ku padamu wanita, yang kini bangkit bukan lagi memintal benang sengsara…
Dari seorang gadis belasan tahun, saya makin menghampiri usia di mana saya boleh digelar wanita dan bukan lagi remaja. Di penghujung usia remaja saya ini, ingin sekali kematangan dan pertimbangan mendampingi setiap perbuatan dan tingkah laku.
Mungkin kerana saya wanita, perasaan untuk melindungi wanita itu sangat menebal dalam diri. Penderaan, kes rogol, rompak, dan apa sahaja kekejaman terhadap wanita sangat menyentuh hati saya. Semoga suatu hari nanti saya bukan lagi mendengar atau hanya melihat tapi mampu melakukan sesuatu untuk memperbaiki diri dan juga wanita di luar sana.

Tuesday, March 6, 2012

cuti semester

Banyak perkara yang saya lakukan ketika cuti semester yang lalu..sebulan di kampung mengimbau kenangan semalam membuat saya kembali bertenaga untuk memulakan kehidupan yang baru. Mungkin ianya bukan fantasi lagi tapi satu realiti yang pahit.

Bersama keluarga di jeti dataran bengkoka, pitas. the new destination of tourism! pls, come and visit.
                                        my belover mother (on the right)
                               picnic with my family at pantai Kasagaan, Pitas..it is really beautiful moment..

the beaches and sand..it pure from any polution..
                     mandi laut and bakar2 ikan di tepi pantai..sangat mengujakan..

           geng-geng kaki pancing! aktiviti yang sering dilakukan di kg..mencari lubuk, tasik atau kolam.



                                                 my smile..it hide so much thing..

Sunday, March 4, 2012

Izinkan selamanya namamu di hatiku

C.I.N.T.A adalah sesuatu yang sangat sukar dihuraikan oleh perasaan.. mencintai dan dicintai..ianya lumrah bagi setiap manusia. Tapi mengapa sangat sulit untuk mencari cinta yang sejati? Mencari pasangan yang betul juga begitu. Mungkin kita menyangkakan dia adalah MR Right tapi rupanya hanyalah MR. Wrong. Bagai membezakan antara kaca dan permata, kadang-kadang kita terpesona dengan kilauan kaca sehingga tanpa sedar kita terluka.
Hidup ini bukan untuk esok, tapi untuk masa depan yang entah bagaimana- Donald trump.

Tuesday, February 28, 2012

HATI YANG GEMBIRA

Gembira..ianya satu perasaan yang menimbulkan satu rasa yang amat menyoronokkan dalam diri kita. Mengapa kita berasa gembira? Adakah kerana kita mendapatkan sesuatu yang kita idam-idamkan sejak sekian lama? Atau impian menjadi kenyataan? Seperti mendapat tempat pertama dalam kelas setelah berusaha bermati-matian dalam peperiksaan akhir. Apa sahaja yang membuatkan kita gembira, atas alasan apa sekali pun, kita harus bersyukur kerana kita masih hidup dan masih merasai perasaan gembira. Perasaan ini normal bagi setiap manusia.
Saya baru sahaja habis menonton sebuah drama korea yang bertajuk “ The Snow Queen”. Sungguh tragik dan menyanyat hati. Apa yang menarik saya untuk menonton drama ini ialah kerana drama ini menonjolkan perasaan gembira sebagai poin utama. Bagaimana seseorang yang menderita, putus harapan selama bertahun-tahun dapat kembali hidup gembira.
 Bagi saya kita hendak gembira ataupun tidak, itu adalah pilihan kita sendiri. Tetapi seandainya kita berpeluang memilih untuk gembira, mengapa kita harus bersedih? Walaupun mungkin hari ini kita terluka disebabkan oleh seseorang yang sangat dekat dengan kita, kecewa disebabkan gagal mendapat sesuatu yang diimpikan ataupun kehilangan seseorang yang kita sayangi, itu tidak bermakna kita harus meratap bersedih untuk selama-lamanya.
 Selagi kita masih hidup, kita masih berpeluang untuk bergembira. Mungkin tiada sesiapa yang sudi meminjamkan bahu untuk kita menangis ataupun mengeringkan air mata kita tetapi ia bukannya alasan untuk tidak rasa gembira. Bukankah dengan bergembira dan tersenyum menghadapi segala dugaan akan membuatkan kita lebih kuat? Seperti satu kata-kata dalam drama korea itu “ be happy no matter what and you’ll  surely find happiness”