My Buddies

Friday, October 28, 2011

Penjagaan miss V

Ramai wanita Malaysia terutamanya yang belum berkahwin berasa malu untuk memperkatakan secara terbuka tentang penjagaan vagina (Miss v).  Saya kira ianya bukanlah satu isu sensitif untuk diperbincangkan. Wanita tidak akan dapat lari daripada miss v mereka. Ianya berkaitan dengan fungsi seksual, haid dan reproduktif. Namun, ramai wanita di luar sana yang tidak mementingkan penjagaan miss V mereka sehinggalah dijangkiti kuman/penyakit baru hendak terkejar-kejar untuk mencari penawarnya. Jangan bersikap sedemikian. Wanita yang terkenal dengan sifat femininnya,dan pembersih haruslah menitik beratkan aspek kesihatan diri termasuklah miss V.
 Terdapat mitos yang dipercayai oleh kebanyakan wanita, iaitu vagina tidak akan dijangkiti penyakit sekiranya mereka belum lagi sexuality active. Bagi saya mitos itu tidak benar sama sekali. Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah alat seksual dan tidak semestinya ianya melibatkan aktiviti seksual bersama pasangan.  Sebagai contoh, pengambilan antibiotic, pil hormone,berpakaian ketat, perubahan hormone, stress, cuaca panas dan lembap dan penggunaan pencuci vagina.
Pengeluaran cecair vagina yang normal biasanya berwarna putih, tidak berbau, tidak gatal, basah, dan banyak ketika ovulasi dan pekat pada waktu yang lain. Sebaliknya pula yang berlaku sekiranya vagina dijangkiti. Kebiasaanya wanita akan merasakan kegatalan pada Miss V mereka dan mengalami keputihan yang banyak. Selain itu, cecair yang dikeluarkan oleh vagina juga berwarna kelabu keputihan, dan berbau hanyir serta sakit ketika membuang air kecil. Hal ini mewujudkan keadaan yang tidak selesa pada wanita yang mengalaminya. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, akan mendatangkan masalah kepada miss v dan masalah yang lebih teruk seperti kanser servik, kanser rahim dan kemandulan. Bagi mereka yang telah mengalami simptom-simptom seperti di atas dinasihati agar segera berjumpa dengan doktor.
Untuk penjagaan miss v yang sempurna, setiap wanita harus mengamalkan tips-tips di bawah.
1. Cuci tangan sehingga bersih
2. Cuci bahagian luar alat sulit dengan air bersih (air suam)
3. Gunakan air bersih untuk mencuci
4. Gunakan sabun khusus jika perlu
5. Gunakan seluar dalam yang sentiasa bersih
6. Pakai seluar dalam yang selesa
7. Pilih seluar dalam dari kain kapas
8. Gunakan pantyliner atau tuala wanita nipis bagi mereka yang mempunyai masalah keputihan
9.Potong atau cukur rambut pada bahagian peribadi untuk mengelakkan perpeluhan berlebihan dan pembiakkan bacteria.
10.Pastikan alat pencukur atau gunting itu bersih
11.Elakkan menggunakan seluar dalam orang lain.
12.Sewaktu haid, gunakan tuala wanita yang sesuai
13.Ganti tuala wanita beberapa kali sehari
14.Selepas membersihkan bahagian sulit, keringkan dahulu barulah memakai seluar dalam
15.Menyembur atau memercikkan air ke dalam vagina menggunakan air/cecair yang dijual tidak digalakkan. Dapatkan dahulu nasihat pakar
16.Elakkan memakai produk haruman seperti bedak dan pewangi pada vagina. Ini kerana keseimbangan pH dalam vagina sangat sensitive.
(bacaanlanjut


Penjagaan miss v haruslah diambil kira oleh semua wanita kerana kita tidak dapat meramalkan tahap kesihatan kita, apatah lagi dalam dunia masa kini yang sering mendedahkan kita terhadap penyakit berbahaya.  Lebih baik mencegah daripada mengubati.

Monday, October 24, 2011

WARNA DALAM FESYEN

Para pereka fesyen mengatakan, terdapat peraturan warna dalam fesyen, iaitu tidak boleh menggunakan lebih dari 3 warna dalam pakaian kita. Kenapa agaknya?? Cuba perhatikan tubuh anda sekarang? Anda memakai baju berwarna apa hari ini? Jika warna hijau, nah, secocok sekali dengan saya. Hijau, warna yang pernah buat saya jatuh cinta suatu ketika dahulu. Membawa kesegaran buat si pemakainya..ntahla! saya bukanlah seorang pakar dalam fesyen, mahupun pereka fesyen. Saya hanyalah seorang gadis yang sangat obsess terhadap Fashion!
Dalam fesyen, kita tidak boleh lari dari memperkatakan tentang warna kerana warna adalah elemen penting dalam penataan gaya seseorang. Gabungan warna yang sesuai dengan personaliti menyumbang ke arah keserasian empunya diri dan menjadikannya sebagai tarikan dengan hasil padanan yang dikenakan unik dan berani. Anda setuju? Mungkin belum lagi sehingga saya dapat buktikan bertapa pentingnya warna dalam fesyen. Stay in this site!
Jika kita lihat, warna dapat mengubah keseluruhan penampilan kita dan mempengaruhi bagaimana orang mengenal kita hanya melihat daripada penampilan pakaian kita sahaja. Ini kerana warna pakaian dapat menampilkan sama ada kita serasi ataupun tidak dengan sesuatu pakaian yang digayakan. Tahukah anda bahawa warna juga mempunyai kekuatan? Warna mempunyai efek tertentu sehingga satu warna akan memiliki ertinya sendiri dan juga jati diri seseorang serta “suasana” hatinya juga akan dapat dibaca oleh orang lain. Warna juga dapat mempengaruhi, emosi, mood dan perasaan. Bayangkan bertapa berkuasanya warna!
Cuba perhatikan erti warna dalam kamus fesyen di bawah. Setelah itu anda sendiri yang tentukan esok nak pakai warna apa. Kalau nak tiru macam saya, boleh pakai warna ungu. (@_@)
Putih
Warna yang memantulkan cahaya dan dianggap warna musim panas. Juga sering melambangkan kepolosan dan kebersihan. Warna ini juga adalah warna yang fleksible kerana mudah dipadankan dengan apa sahaja warna. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa warna putih dapat memberikan tenaga positif kepada si pemakainya. Ianya dapat menarik orang lain untuk mudah akrab dengan si pemakai dan mudah dipercayai kerana putih mencerminkan kejujuran dan kesucian. Itulah sebabnya mengapa pakaian pengantin perempuan berwarna putih!
HITAM
Warna hitam sering dikaitkan dengan kesedihan atau kedukaan dan sering dikaitkan dengan dunia kejahatan. Tapi dalam fesyen, hitam diertikan sebagai stylish  dan timeless. Ianya mencerminkan kekuatan dan keanggunan. Warna ini dapat menimbulkan kesan elegan dan bernilai tinggi bagi si pemakainya serta menonjolkan imej seksi. Seperti juga warna putih, hitam juga mudah disuaipadankan dengan pelbagai jenis warna. Bagi mereka yang bertubuh saiz XXXL pula, hitam adalah pilihan yang paling tepat kerana dapat mewujudkan imej langsing kepada si pemakainya. Jadi gadis-gadis di luar sana, anda wajib mempunyai satu gaun hitam!
MERAH
Warna ini sering dikaitkan dengan keberanian dan kekuatan. Seseorang yang memakai busana yang berwarna merah akan mengundang perhatian khalayak tanpa perlu berkata atau berbuat apa-apa. Selain itu, warna ini juga dapat mencerminkan si pemakai seorang yang berperibadi tegas, berani mengambil risiko dan juga dominan.
BIRU
Biru digambarkan dengan ketenangan, idealisme dan inspirasi. Warna ini dapat membangkitkan perasaan yang halus dan relax. Memakai pakaian ini memberi maksud bahawa anda ialah orang yang tekun, selalu waspada, dan juga memiliki sikap adil dalam semua hal.
HIJAU
Warna kemakmuran. Hijau melambangkan alam yang bererti tenang, dan segar. Pakaian berwarna hijau sangat sesuai dipakai ketika anda mengalami stress. Ianya bukan sahaja menampakkan anda bersemangat, malahan anda juga kelihatan ceria dalam pakaian berwarna hijau. Warna hijau juga menunjukkan kemesraan dan kelembutan kepada si pemakainya. Untuk warna hijau tua, akan memberikan kesan maskulin.
KUNING
Kuning membawa suasana yang gembira, ceria, optimis dan penuh semangat. Warna kuning ialah warna yang terang dan riang yang sering dikaitkan dengan kebahagiaan dan keaamanan. Umumnya, warna ini sesuai di pakai pada pakaian kasual, t-shirt mahupun sportwear. Namun jika penggunaan warna kuning  secara berlebihan akan membuat orang lain silau sehingga orang lain tidak selesa berada dekat dengan anda.

UNGU
Ada satu fakta menarik berkenaan dengan warna ini, ianya dikatakan warna “janda” yang melambangkan kesedihan dan inginkan kebahagian(?). Asasnya warna ungu terhasil daripada gabungan warna merah dan biru. Warna ini menggambarkan kemewahan, feminine dan romantic. Tidak hairanlah jika warna ini menjadi warna kegemaran Cleopatra. Sangat sesuai jika dipakai pada temujanji pertama dengan si dia.
COKLAT
Coklat mencerminkan warna tanah dan alam. Warna ini sesuai dengan musim luruh dan mudah digayakan dengan warna-warna lain. Warna ini juga mewujudkan ketenangan kepada si pemakainya. Disebalik warna ini, anda akan kelihatan kuat, sederhana dan bijaksana.





Sekarang bagaimana? Anda percaya bahawa warna itu sangat penting? Terima kasih!

Tuesday, October 18, 2011

GAYA HIDUP SIHAT

Agak berbeza dengan entri saya yang terdahulu, kini saya ingin memperkatakan tentang kesihatan. Satu isu yang sangat mudah difahami tetapi jarang sekali dititikberatkan.! Sungguh sedih. Mengapa saya kaitkan isu ini dengan fesyen? Saya ada alasan saya sendiri. Jawapannya ringkas, cantik itu SIHAT. Bagaimana kita hendak bergaya dengan fesyen pilihan kita jika kita tidak sihat? Fesyen, ia mencerminkan identiti. Saya percaya ramai yang tidak ingin kelihatan “berpenyakit” di hadapan orang lain bukan. Tipsnya juga cukup mudah, amalkan gaya hidup yang sihat. Bagaimana? Makan makanan yang seimbang, minum air yang mencukupi, dapatkan tidur dan rehat yang cukup, bersenam dan tenangkan fikiran. Kelima-lima aspek ini sangat berkait rapat dan menjurus kepada satu hasil sahaja=kesihatan yang baik.

Kita tidak akan lari daripada keinginan untuk merasai makanan yang enak-enak serta lazat. Tapi harus diingati bahawa jika kita tidak mengawal pemakanan kita, ianya akan memudaratkan diri kita sendiri. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang, itu amalan yang baik dalam soal pemakanan. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pengambilan hidangan. Saya tertarik dengan kempen yang telah lama dilancarkan oleh kerajaan Australia, 2+5 bermakna makan 2 hidangan buah dan 5  hidangan sayur sehari. Ianya bukan sahaja membantu menyelesaikan masalah sembelit, malahan mampu mengurangkan risiko kanser usus. Kurangkan makanan yang manis dan berlemak. Makanan jenis ini selalunya sangat sedap dinikmati tetapi fikir dahulu sebelum makan.
Minuman juga begitu. Terdapat banyak sekali minuman yang ada di pasaran. Tidak salah untuk meminum minuman tersebut tapi haruslah beringat. Minuman yang manis atau bergas itu tinggi kandungan gulanya. Minuman yang berperisa pula mengandungi bahan kimia yang sudah terbukti mendatangkan kesan kurang elok terhadap kesihatan manusia. Sebaiknya amalkan meminum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk kesihatan anda. Air sangat penting sebagai pengangkutan nutrien, hormon, toksin, dan hasil kumbahan dalam badan. layari http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/isu-makanan/498-jauhi-minuman-ringan-dan-banyak-minum-air-biasa-untuk-kesihatan bacaan yang lebih lanjut.

Selain dari aspek pemakanan, manusia juga harus mempunyai rehat dan tidur yang cukup. Ramai yang mengambil mudah akan hal ini. Tidur lewat malam sehingga mencecah ke subuh dan bangun awal atau lewat pada keesokkan harinya. Percayalah, ianya tidak baik untuk anda. Tidur dan rehat yang cukup diperlukan agar badan kita mendapat tenaga untuk melakukan aktiviti pada hari berikutnya. Akibat daripada kekurangan waktu rehat dan tidur hanya akan menyebabkan badan kita lemah dan tak bertenaga.
Senaman juga tidak kurang pentingnya. Ianya salah satu aspek penting dalam tubuh. Amalan senaman yang disyorkan adalah 20 minit setiap sesi dan dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Banyak yang merungut bahawa mereka tidak mempunyai tempat untuk bersenam, ataupun tidak ada masa untuk itu. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Banyak lagi jenis senaman yang kita boleh amalkan yang tidak perlu turun ke padang. Contohnya, berjalan kaki, berenang dan aerobic. Baik, cuba amalkan yang ini: jika hendak ke tempat kerja, cuba letakkan kenderaan anda jauh daripada bangunan pejabat/tempat kerja. Jadi anda mempunyai masa 5-10 berjalan kaki setiap pagi dan petang. Kemudian, jika pejabat/tempat kerja anda berada di aras yang tinggi dalam bangunan, cuba gunakan tangga daripada menggunakan lift. Menaiki tangga juga salah satu senaman yang baik untuk kaki kita. Cubalah.
Aspek yang tidak boleh juga diabaikan ialah aspek kesihatan emosi dan mental kita. Bagaimana cara kita untuk menangani stress, itu terletak di bahu kita untuk menentukannya. Setiap orang tidak kira apa jua pekerjaannya waima suri rumah sekalipun pasti akan menghadapi stress. Kita hanya dibezakan oleh kebijaksanaan kita mengurus stress itu. Sesenduk garam tetaplah sesenduk garam. Kalau termasuk di dalam secawan air, maka masinlah jadinya. Namun jika ia termasuk dalam selaut air, maka sedikit pun tidak terasa. Lapangkan hati untuk menerima segala dugaan dan masalah dalam hidup.
Penjagaan kesihatan jika diambil ringan pasti diri sendiri yang akan merana. Saya juga dulu tidak mementingkan penjagaan kesihatan walaupun saya sedia maklum akan kesan dan akibatnya. Sehinggalah pada tahun 2009 apabila satu daripada buah pinggang saya disahkan membengkak dan dijangkiti kuman, saya mula berubah. Bukan untuk sesiapa tapi untuk masa depan saya sendiri.
“kita boleh membeli makanan, tapi kita tidak boleh membeli selera”
“kita boleh membeli ubat penawar, tapi kita tidak boleh membeli kesihatan”

Friday, September 23, 2011

Lebih yakin

Bayangkan begini. Satu hari kamu sedang berada di sebuah kedai kain sambil membelek-belek kain yang di cari. Tiba-tiba datang seorang wanita dengan berpakain yang fabulous dan sophisticated, berkasut tumit tinggi, body yang cukup langsing dan seksi, rambut terurai rapi, dan sangat menarik perhatian kamu serta beberapa orang dalam kedai tersebut. Dia menjeling ke arah kamu, lalu melangkah  pergi penuh bertenaga dan confident. Wah..!! cantiknya perempuan itu!! Lalu kamu membelek diri sendiri, huhh..jauh panggang dari api.! Body kurang menarik, pakaian ala2 kadar saja, rambut kasar dan rapuh..Seinci pun tidak standing dengan perempuan tersebut. Aku tak secantik dia!! Dilema inilah yang dihadapi oleh kebanyakan wanita, terutamanya remaja.
Usah hanyut dalam arus begini. Siapa pun kamu, kamu tetap cukup istimewa. Setiap manusia ada kelebihan masing2. NOBODY PERFECTS! Ubahlah minda ke arah yang lebih positif dan kembalikan keyakinan diri kamu. Yakin pada diri sendiri merupakan elemen paling penting dalam diri manusia. Apapun yang kita perbuat jika kita yakin dan percaya, kita pasti menemui kejayaan. Walau apapun  matlamat yang ingin dicapai, jika kamu yakin dengan potensi dan kelebihan diri, hasil yang kamu peroleh pasti hebat. Percayalah pada keupayaan diri anda sendiri. Disini ada 6 langkah mudah untuk meningkatkan keyakinan diri yang saya petik dari majalah REMAJA. Semoga ia menjadi renungan kita bersama.
1.TARIK NAFAS DAN JANGAN TERBURU-BURU
Berfikiran santai dan tidak stess kepada sesuatu perkara akan membuka minda kamu untuk berfikir secara meluas. Ia juga membantu kamu dalam memberi idea yang lebih menarik tentang sesuatu perkara apabila kamu berfikir secara tidak terburu-buru.
2.KENAL PASTI KEKUATAN KAMU
Jika kamu merasakan kamu langsung tiada kekuatan atau kemahiran, kamu boleh cuba untuk menyenaraikan apa yang kamu suka lakukan dan menjadikannya sebagai kekuatan dalam diri kamu.
3.SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
Semua orang di dunia ini tidak sempurna dan mempunyai kekurangan masing-masing. Kamu tidak perlu merasa rendah diri dengan kekurangan kamu. Kadangkala kamu merasakan bentuk tubuh kamu tidak menarik tetapi haruslah diingatkan, masih ada orang lain yang mempunyai bentuk tubuh yang lagi tidak menarik daripada  kamu. Jadi jangan takut untuk merasakan diri kamu cantik dan tampil lebih yakin, ya?
4.JANGAN LETAKKAN HAD PADA DIRI
Satu sebab utama yang menyebabkan kamu tiada keyakinan diri ialah dengan meletakkan had kepada diri kamu untuk melakukan sesuatu perkara. Contohnya, jika kamu tidak mendapat markah tertinggi di dalam kelas, jangan fikirkan had kamu hanya setakat itu sahaja. Kamu harus berusaha lebih lagi kerana usaha itu tangga kejayaan. Kamu pasti akan mendapat markah tertinggi sekiranya kamu berusaha dengan bersungguh-sungguh. Yakinlah bahawa setiap orang pasti berjaya dengan adanya usaha.
5.RAIKAN KEJAYAAN KAMU WALAUPUN KECIL
Meraikan kejayaan kamu bersama-sama dengan keluarga atau sahabat handai boleh mendorong kamu untuk menjadi lebih berjaya. Walaupun kejayaan kamu hanyalah dengan lulus ujian memandu ataupun kamu berjaya memberikan ucapan di atas pentas, itu juga merupakan kejayaan buat diri kamu. Tidak salah untuk kamu meraikannya kerana itu akan membantu kamu menjadi  manusia yang lebih yakin.
6.HARGAI DIRI KAMU SETIAP HARI.
Fikirkan perkara baik yang kamu buat setiap hari antaranya bangun awal pagi, senyum kepada orang yang tidak dikenali, menelefon dan bertanya khabar kepada ahli keluarga kamu yang lain serta banyak lagi. Itu membuktikan bahawa banyak lagi perkara baik yang kamu boleh capai dalam satu hari dan ia merupakan sesuatu yang kamu boleh banggakan. Kamu akan boleh melangkah dengan lebih yakin dengan memikirkan tentang perkara baik yang telah kamu lakukan.
Naa..sekarang bagaimana? Ingin meneruskan kehidupan lama yang penuh dengan emosi atau ingin mengambil langkah mudah untuk berubah. Jangan takut berubah jika itu untuk kebaikan diri kita sendiri. Saya teringat akan sepotong ayat yang saya pernah baca dari buku (saya lupa tajuk buku tersebut). Bunyinya “tidak mungkin wujud kehebatan pada diri orang yang tidak mempunyai keyakinan diri”..Percayalah pada diri anda sendiri. Anda juga hebat, berkarisma, berketrampilan. Believe in yourself!


Tuesday, September 20, 2011

Tiada Definisi

              Sambil memerhatikan orang yang lalu lalang di Centre Point, fikiran saya berputar ligat. Melihat-lihat orang ramai dengan telatah dan tentunya fesyen mereka masing2. Tak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, semuanya ada penampilan tersendiri yang saya sebut FESYEN. Tapi hati masih tertanya2, apakah yang kita boleh ertikan dari maksud fesyen itu sendiri? Adakah ianya melibatkan pemakaian, trend, atau penampilan?  Apa pula yang perkara pertama yang terbayang di mata anda jika saya menyebut fesyen? Satu hal yang kita tak boleh lari dari memikirkannya ialah pakaian, bukan?


avril lavigne...idola fesyen remaja..tetap hot dri dlu hgga kini

 Jika kita melihat pada perkataan fesyen, kita secara tidak langsung dapat menangkap bahawa ianya merupakan kata pinjaman daripada bahasa inggeris iaitu “fashion”. Perkataan tersebut boleh ditambahkan imbuhan “mem” dan “ber” membentuk kata memfesyenkan dan berfesyen. Fesyen menurut kamus dewan membawa maksud “gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku, dan lain-lain (terutamanya yang terbaru) yang menjadi kegemaran ramai.” Contoh ayatnya adalah, “berbagai-bagai fesyen rambut dapat kita lihat pada hari ini”. Berfesyen pula membawa maksud “menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara berpakaian dan lain-lain). Contohnya, “seperti gadis-gadis lain, Aminah suka berfesyen”. Manakala memfesyenkan pula bermaksud “membuat atau mengikut fesyen”. Contoh ayat, jangan sekali-kali memfesyenkan rambut yang tidak sesuai dengan raut wajah, umur atau tempat. Dengan sedikit penerangan dan contoh2 tersebut, sudah pasti kita dapat mendapat gambaran yang jelas apakah yang dimaksudkan dengan fesyen. Tapi saya bukan ajar anda bahasa melayu ya..hahaha..

selena gomez..ada identiti tersendiri

Apapun yang kita perkatakan untuk menerangkap makna fesyen, setiap individu pasti mempunyai pendapat dan pandangan tersendiri. Menurut Presiden Persatuan Pereka Bumiputera ,Mahani awang (temuramah dalam Kosmo), fesyen atau cara seseorang berpakaian secara keseluruhan boleh menggambarkan imej, iaitu sama ada gambaran positif atau negetif dan membentuk personaliti. Saya sangat bersetuju dengan pendapat tersebut. Sedar atau  tidak fesyen yang kita bawakan itu menggambarkan siapa kita. Dengan hanya melihat pakaian yang membalut tubuh seseorang, kita sudah boleh andaikan imej dirinya bagaimana, apa taraf sosialnya, gaya hidup dan keutamaannya.  Fesyen adalah satu bentuk ekspresi diri, luahan rasa si pemakainya. Kita tampilkan fesyen dengan cara kita sendiri, sangat subjektif dan ingin mengekalkan identiti masing-masing melalui fesyen. Pastinya tiada siapa yang suka dirinya di”klon”kan . Pastinya kita mahu kita ada penampilan tersendiri, tidak mahu dikongsi dengan orang lain.

antara idol fesyen

Menurut satu artikel dalam majalah Maskulin, fesyen itu ialah keinginan. Keinginan untuk perubahan dan ia menjadi sebahagian daripada asas kehidupan.  Pada asasnya, tujuan manusia memakai pakaian masih tidak berubah dari dulu dan kini. Hari ini kita masih memakai pakaian untuk kelihatan sopan, tetapi pilihan kita dalam berpakaian dipengaruhi oleh keinginan kita untuk menghias diri.
 Bagi saya sendiri, saya boleh katakan yang fesyen itu tiada definisi yang khusus. Fesyen merupakan sesuatu yang universal, bukan tertakluk kepada sesuatu. Bila bercakap tentang fesyen, ramai yang keliru sama ada dia suka berfesyen atau dia fashionable. Jangan tersilap, kedua-dua perkara ini sangat berbeza. Ada yang suka fesyen ganjil, ada yang suka fesyen yang sempoi. Ada baju yang cantik bila orang lain pakai, tapi bila kita sendiri yang cuba, silap2 nak tengok cermin pun tak berani..Fesyen ia tidak mempunyai ruang yang tertutup..bidangnya sangat luas. Kelihatan seksi pun satu fesyen juga, nak yang feminine pun fesyen juga. Terpulang lah kepada si pemakai bagaimana dia menjadikan sesuatu pakaian atau aksesori itu menarik di mata orang lain.

rihanna...ikon fesyen antarabangsa..

Fesyen sentiasa berubah. Mungkin apa yang kita gayakan pada hari ini kita nampak sangat trendy dan berfesyen, tapi dua tiga bulan kemudian, ianya mungkin sudah tidak relevan dengan permintaan fesyen semasa. Saya ingatkan, jangan TAKUT untuk berfesyen. Jangan takut untuk mencuba. Yang pasti, kita berfesyen untuk diri kita sendiri, sebagai cerminan peribadi kita, personaliti kita dan imej kita.  “Kecantikan itu bukan terletak pada orang yang dilihat, tapi pada orang yang melihat”.