Bayangkan begini. Satu hari kamu sedang berada di sebuah kedai kain sambil membelek-belek kain yang di cari. Tiba-tiba datang seorang wanita dengan berpakain yang fabulous dan sophisticated, berkasut tumit tinggi, body yang cukup langsing dan seksi, rambut terurai rapi, dan sangat menarik perhatian kamu serta beberapa orang dalam kedai tersebut. Dia menjeling ke arah kamu, lalu melangkah pergi penuh bertenaga dan confident. Wah..!! cantiknya perempuan itu!! Lalu kamu membelek diri sendiri, huhh..jauh panggang dari api.! Body kurang menarik, pakaian ala2 kadar saja, rambut kasar dan rapuh..Seinci pun tidak standing dengan perempuan tersebut. Aku tak secantik dia!! Dilema inilah yang dihadapi oleh kebanyakan wanita, terutamanya remaja.
Usah hanyut dalam arus begini. Siapa pun kamu, kamu tetap cukup istimewa. Setiap manusia ada kelebihan masing2. NOBODY PERFECTS! Ubahlah minda ke arah yang lebih positif dan kembalikan keyakinan diri kamu. Yakin pada diri sendiri merupakan elemen paling penting dalam diri manusia. Apapun yang kita perbuat jika kita yakin dan percaya, kita pasti menemui kejayaan. Walau apapun matlamat yang ingin dicapai, jika kamu yakin dengan potensi dan kelebihan diri, hasil yang kamu peroleh pasti hebat. Percayalah pada keupayaan diri anda sendiri. Disini ada 6 langkah mudah untuk meningkatkan keyakinan diri yang saya petik dari majalah REMAJA. Semoga ia menjadi renungan kita bersama.
1.TARIK NAFAS DAN JANGAN TERBURU-BURU
Berfikiran santai dan tidak stess kepada sesuatu perkara akan membuka minda kamu untuk berfikir secara meluas. Ia juga membantu kamu dalam memberi idea yang lebih menarik tentang sesuatu perkara apabila kamu berfikir secara tidak terburu-buru.
2.KENAL PASTI KEKUATAN KAMU
Jika kamu merasakan kamu langsung tiada kekuatan atau kemahiran, kamu boleh cuba untuk menyenaraikan apa yang kamu suka lakukan dan menjadikannya sebagai kekuatan dalam diri kamu.
3.SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
Semua orang di dunia ini tidak sempurna dan mempunyai kekurangan masing-masing. Kamu tidak perlu merasa rendah diri dengan kekurangan kamu. Kadangkala kamu merasakan bentuk tubuh kamu tidak menarik tetapi haruslah diingatkan, masih ada orang lain yang mempunyai bentuk tubuh yang lagi tidak menarik daripada kamu. Jadi jangan takut untuk merasakan diri kamu cantik dan tampil lebih yakin, ya?
4.JANGAN LETAKKAN HAD PADA DIRI
Satu sebab utama yang menyebabkan kamu tiada keyakinan diri ialah dengan meletakkan had kepada diri kamu untuk melakukan sesuatu perkara. Contohnya, jika kamu tidak mendapat markah tertinggi di dalam kelas, jangan fikirkan had kamu hanya setakat itu sahaja. Kamu harus berusaha lebih lagi kerana usaha itu tangga kejayaan. Kamu pasti akan mendapat markah tertinggi sekiranya kamu berusaha dengan bersungguh-sungguh. Yakinlah bahawa setiap orang pasti berjaya dengan adanya usaha.
5.RAIKAN KEJAYAAN KAMU WALAUPUN KECIL
Meraikan kejayaan kamu bersama-sama dengan keluarga atau sahabat handai boleh mendorong kamu untuk menjadi lebih berjaya. Walaupun kejayaan kamu hanyalah dengan lulus ujian memandu ataupun kamu berjaya memberikan ucapan di atas pentas, itu juga merupakan kejayaan buat diri kamu. Tidak salah untuk kamu meraikannya kerana itu akan membantu kamu menjadi manusia yang lebih yakin.
6.HARGAI DIRI KAMU SETIAP HARI.
Fikirkan perkara baik yang kamu buat setiap hari antaranya bangun awal pagi, senyum kepada orang yang tidak dikenali, menelefon dan bertanya khabar kepada ahli keluarga kamu yang lain serta banyak lagi. Itu membuktikan bahawa banyak lagi perkara baik yang kamu boleh capai dalam satu hari dan ia merupakan sesuatu yang kamu boleh banggakan. Kamu akan boleh melangkah dengan lebih yakin dengan memikirkan tentang perkara baik yang telah kamu lakukan.
Naa..sekarang bagaimana? Ingin meneruskan kehidupan lama yang penuh dengan emosi atau ingin mengambil langkah mudah untuk berubah. Jangan takut berubah jika itu untuk kebaikan diri kita sendiri. Saya teringat akan sepotong ayat yang saya pernah baca dari buku (saya lupa tajuk buku tersebut). Bunyinya “tidak mungkin wujud kehebatan pada diri orang yang tidak mempunyai keyakinan diri”..Percayalah pada diri anda sendiri. Anda juga hebat, berkarisma, berketrampilan. Believe in yourself!
No comments:
Post a Comment
didiy fashion