My Buddies

Tuesday, January 17, 2012

Gaya tahun baru cina




Tidak terlalu awal untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru cina kepada semua rakan-rakan blogger yang  berkenaan. Orang kata tahun ne ada “ong” kerana tahun naga. Percaya atau tidak, kita tunggu dan lihat.
Bila sebut tahun baru cina, memang tak sah kalau tak sebut pasal ceongsam (harap ejaan betul) apatah lagi ceongsam yang berwarna merah. Warna lambang kekayaan la kata orang.
Untuk itu saya berkongsi beberapa jenis ceongsam yang boleh menarik untuk digayakan sempena tahun baru cina ini. Ianya boleh digayakan sewaktu bertandang ke rumah jiran-jiran, sanak saudara atau untuk menghadiri jamuan makan malam. Bagi yang bukan berbangsa cina juga boleh menggayakannya..kita kan satu Malaysia! Hehee..






Friday, January 13, 2012

PANASONIC tawar produk kecantikan

Peneraju industri elektrik dan elektronik termasuk produk kecantikan, Panasonic Malaysia Sdn Bhd (PANASONIC) kini memperkenalkan penyelesaian kecantikan menyeluruh khas untuk muka, rambut mulut dan badan. Rangkaian produk ini terdiri daripada Pengewap Muka Nanocare, Roller Muka Statik, Pembersih Pori, Pelentik Bulu Mata, Berus Gigi Poket Sonik Doltz, Pengering Rambut Nanocare, Pelurus Rambut Pelbagai Gaya dan Epilator.
Untuk muka, Pengewap Muka Nanocare menawarkan rawatan muka panas dan sejuk. Pengguna boleh memilih daripada tiga pilihan yang ditawarkan. Setiap pilihan mempunyai fungsi yang berbeza seperti mod “kulit bersih” khas bagi kulit segar dan mulus, mod “keanjalan” untuk menegangkan kulit dan mod “penjagaan sebum” bagi kulit lebih licin dan bebas minyak dengan pori-pori yang bersih.
Adakah anda tahu bahawa anda boleh mempunyai dagu runcing dan kulit lebih tegang dalam rawatan tiga minit sehari? Roller Muka Statik tanpa wayar dan kalis air pegangan tangan, membolehkan pengguna menikmati urutan muka sambil berendam dalam tab mandi.
Selain itu, Pembersih Pori mudah alih, kalis air dan senang digunakan yang juga boleh di bawah pancuran air. Ia dilengkapi dengan semburan kabus yang lembut bagi memastikan cawan sedutan kekal pada kulit dalam keadaan kemas untuk membuang kotoran dan minyak berlebihan daripada muka.
Untuk membersihkan gigi dengan lebih berkesan, bolehlah mencuba Berus Gigi Poket Sonik Dotlz Panasonic yang menggunakan getaran sonic bagi menghasilkan 16, 000 berusan seminit. Saiznya hanya 16cm dengan diameter 2cm.
Wanita sinonim ke spa atau salon untuk membuat rawatan kulit kepala dan rambut. Namun, dengan Pengering Rambut Eksklusif Nanocare, anda turut mampu memanjakan rambut dan kulit kepala seperti di spa. Pengering rambut ini berfugsi membantu mengurangkan minyak pada kulit kepala. Ia juga melembapkan helaian rambut yang rosak dari dalam dan melicinkan kutikel rambut.
Bimbang kehilangan warna rambut kerana terlalu kerap menjalani proses pengeritingan dan pelurusan? Jangan bimbang kerana Pelurus Rambut Pelbagai Gaya Panasonik menawarkan salutan seramik bagi mencegah pelunturan warna dan mengekalkan kelembapan. Ia dating dengan 5 jenis sambungan penggaya rambut untuk mendapatkan gaya yang berbeza.
Pernahkah anda bermimpi mempunyai kulit yang licin dan lembut? Ia boleh menjadi kenyataan dengan Epilator Buih Panasonik, teknologi buih pertama di dunia dengan reka bentuk ergonomik yang selesa dipegang, menjadikannya sesuai digunakan ketika mandi. Epilator ini akan mencabut bulu roma daripada akar rambut supaya ia tumbuh halus dengan penggunaan jangka panjang.
Tidak semua wanita dianugerahkan dengan kesempurnaan bentuk mata yang indah dan bulu mata lentik. Pelentik bulu mata dapat mewujudkan penampilan mata yang lebih sempurna. Bulu mata tampak lebih panjang dan tebal secara semula jadi.
Justeru, dengan pengenalan rangkaian produk kecantikan sebenar Panasonic ini, pengguna boleh menikmati penyelesaian kecantikan menyeluruh mengikut keselesaan mereka sendiri.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Harian Metro, Khamis, 8 Disember 2011 )

Wednesday, January 11, 2012

Solekan berani 2012 dengan Maybelline New York

Selaras dengan gaya terkini, corak dan warna 2012, Maybelline mempamerkan pelbagai gaya solekan bervoltan tinggi untuk peralihan kuasa kepada solekan yang lebih berani dan menonjol. Cuba solekan ini dengan alat solek dari Maybelline.
Solekan mata
Memberi tumpuan pada solekan mata menggunakan rona merah jambu pada palet Studio Hyper Diamonds sebagai asas pembayang mata serta Studio Glow Diamond yang memberikan kuasa ceria dan galak. Bagi mewujudkan kesan dramatik, penggunaan maskara mampu memberikan kesan segar serta bulu mata lebih lentik dan panjang dengan kuasa Volum Express The Falsies. Namun, solekan belum sempurna tanpa celak Hyper Sharp Liner yang menyerlahkan lagi kuasa pandangan mata. Mewujudkan satu garis yang tepat di sekeliling mata dengan titik paling nipis ( pada 0.05mm). Juga menjadi pelapik dramatik cecair untuk kemasan yang lebih tebal dan berani.
Bibir
Menjelang 2012 rona merah menjadi pilihan wanita yang inginkan gaya lebih menonjol dan berani. Cuba warna Moiture Extreme Colour sensasi warna yang kaya dan menakjubkan.
Kening
Kening memainkan peranan penting dalam menentukan ciri-ciri solekan yang anda inginkan sama ada tampil lembut atau sebaliknya. Tampil menyerlah dengan biru lembut daripada Glow Studio Diamond Eye kemudian tambahkan celak pada kening untuk lebih menonjol.

Friday, January 6, 2012

Ramalan Fesyen 2012



Melangkah ke tahun 2012, pasti peminat-peminat fesyen di luar sana  ternanti-nanti apakah trend fesyen yang bakal mewarnai dunia fesyen bagi tahun 2012. Sebagai salah seorang fashionista, saya juga tidak mahu ketinggalan untuk mengintai-intai ramalan fesyen 2012. Secara kebetulan saya menonton rancangan Wanita Hari Ini di TV3 pada hari jumaat yang lepas (30 Dis 2011). Topik rancangan itu berkaitan dengan fesyen 2012. Mengambil sedikit tips dari panel jemputan, Rizman Ruzaini dan juga sedikit bacaan Internet, saya rangkumkan untuk menyiapkan entri ini.
Terlebih dahulu dari segi warna. Ramalan warna dalam fesyen yang akan hangat pada tahun 2012 dikatakan ialah warna metalik, hitam putih  dan juga warna-warna tanah. Warna-warna metalik bukan sahaja tertumpu kepada warna putih dan kuning sahaja tetapi juga melibatkan warna-warna lain seperti biru dan hijau. Terpulanglah kepada kita untuk memilih warna metalik yang sesuai dengan penampilan. Warna metalik ini sesuai digayakan bukan sahaja untuk perempuan tetapi kaum lelaki yang inginkan kelainan.
Warna metalik boleh membangkitkan aura glamour kepada si pemakainya. Untuk menggayakan busana yang berkilau-kilau (metalik) ini, tidak perlu mengenakan terlalu banyak aksesori kerana ianya sudah cukup untuk menimbulkan aura glamour.


Namun begitu, apa yang kurang menarik untuk pemilihan warna ini ialah ianya tidak sesuai bagi mereka yang bertubuh gempal (macam saya)..haha..ini kerana warna metalik akan membuatkan si pemakai akan kelihatan lebih besar dari saiz sebenar. Ini satu berita baik bagi mereka yang bertubuh kurus! Tetapi ini tidak bermakna wanita atau lelaki yang bertubuh gempal tidak boleh menggayakan warna metalik ini. Jika tidak boleh guna dalam pakaian, cuba kenakannya pada tudung, beg ataupun kasut. Jadi anda masih boleh tersenyum menggayakan warna metalik ini tanpa rasa ragu-ragu.  Anda boleh memakainya tanpa dipandang “pelik” oleh orang lain. Mudah bukan. Wujudkan kelainan dalam penampilan untuk menjadikan gaya anda tampil berbeza. Jangan bataskan fesyen anda hanya kerana anda lihat tubuh anda tidak menarik.
Dari segi corak pula, menjelang tahun 2012 ini cetakan corak akan menjadi trend. Yang paling popular ialah corak animal print yang akan mewarnai dunia fesyen. Contoh animal print adalah seperti cat, lizard dan leopard. Cetakannya pula dalam saiz yang besar (bigger print). Untuk menggayakan corak animal printed ini pemakai harus berhati-hati kerana ianya tidak sesuai digayakan oleh semua orang. Sesetengah orang akan kelihatan menarik dan bergaya menggayakan corak ini sebaliknya pula tidak. Si pemakai akan kelihatan pelik jika mengenakan corak yang tidak sesuai untuk dirinya apatah lagi corak yang besar.
Bagi mengelakkan anda daripada “silap pilih gaya”, pemakaiannya haruslah bermula dari benda kecil atau sedikit demi sedikit dahulu. Contohnya, menggunakan corak ini pada aksesori seperti skarf, bangle, rantai, kaca mata dan tali pinggang. Kemudian jika anda merasakannya sesuai untuk anda, cuba gayakannya dengan beg ataupun kasut. Seterusnya barulah anda boleh mencubanya pada pakaian. Jangan pula pakai dari atas ke bawah. Sebaiknya padankan dengan padanan yang kosong. Tetapi jika tidak sesuai untuk anda ataupun anda tidak yakin untuk menggayakannya, jangan paksa diri. Jangan kenakannya pada pakaian anda. Anda masih boleh memakainya pada aksesori. Jadi anda masih tidak ketinggalan untuk mengkuti perkembangan fesyen semasa.
Dari segi fabrik atau jenis kain pula, fabrik yang lembut, ringan dan tidak panas dikatakan bakal menghiasi tahun 2012. Contoh jenis fabriknya ialah kain sifon yang lembut. Untuk dress pula mungkin masih menggunakan trend fesyen 2011 seperti one side dress. Tetapi kain yang digunakan ialah fabrik seperti yang saya nyatakan tadi. Sebenarnya perkembangan fesyen di Malaysia ini agak lambat berbanding di Negara barat. Fesyen yang dibawa masuk ke dalam Negara ini juga banyak diubah suai untuk disesuaikan dengan citarasa dan budaya tempatan. 
Nasihat dari saya (bukan pakar), untuk mengikuti trend fesyen semasa, anda haruslah berani dan juga perlu berhati-hati. Tanya pendapat orang lain yang lebih tahu untuk mendapatkan gaya yang menarik. Jangan hanya mengikuti peredaran trend tanpa mengambil kira kesesuaian diri. Trend sebenarnya tidak boleh diikut sangat. Nantinya anda sendiri yang kelihatan “trying too much” dan pelik. Apa yang baik, kita ambil. Yang tak baik, tinggalkan sahaja. Anda tidak akan rugi apa-apa! Jangan jadi mangsa fesyen….


Tuesday, January 3, 2012

MENYAMBUT TAHUN BARU





Salam pertemuan untuk tahun baru 2012..rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 kepada semua rakan-rakan blogger. Tahun berganti lagi..maka usia pun makin meningkat. Adakah penambahan usia selaras dengan kematangan minda dan fikiran? Tak pasti!
Menyambut tahun naga kali ini dengan penuh kerendahan hati dan kesyukuran..semoga lebih tabah untuk menghadapi 362 hari lagi yang mendatang. Di awal bulan Januari kali ini sudah dikusutkan dengan demam peperiksaan. Di saat-saat orang masih dalam mood tahun baru, enak-enak bercuti, saya pula berpening lalat disini untuk menghadapi minggu-minggu peperiksaan yang mencabar ini. Lumrah pelajar!
Azam baru???? Masih banyak yang belum tercapai. Apapun, “impian tanpa keberanian tidak akan tercapai”. Saya akan berusaha lebih gigi untuk mendapatkan sesuatu yang sepatutnya menjadi milik saya sejak lama dulu. Saya tahu GOD never leave me behind..Take a deep breath Didiy and start the engine. Wait  me!