My Buddies

Friday, January 13, 2012

PANASONIC tawar produk kecantikan

Peneraju industri elektrik dan elektronik termasuk produk kecantikan, Panasonic Malaysia Sdn Bhd (PANASONIC) kini memperkenalkan penyelesaian kecantikan menyeluruh khas untuk muka, rambut mulut dan badan. Rangkaian produk ini terdiri daripada Pengewap Muka Nanocare, Roller Muka Statik, Pembersih Pori, Pelentik Bulu Mata, Berus Gigi Poket Sonik Doltz, Pengering Rambut Nanocare, Pelurus Rambut Pelbagai Gaya dan Epilator.
Untuk muka, Pengewap Muka Nanocare menawarkan rawatan muka panas dan sejuk. Pengguna boleh memilih daripada tiga pilihan yang ditawarkan. Setiap pilihan mempunyai fungsi yang berbeza seperti mod “kulit bersih” khas bagi kulit segar dan mulus, mod “keanjalan” untuk menegangkan kulit dan mod “penjagaan sebum” bagi kulit lebih licin dan bebas minyak dengan pori-pori yang bersih.
Adakah anda tahu bahawa anda boleh mempunyai dagu runcing dan kulit lebih tegang dalam rawatan tiga minit sehari? Roller Muka Statik tanpa wayar dan kalis air pegangan tangan, membolehkan pengguna menikmati urutan muka sambil berendam dalam tab mandi.
Selain itu, Pembersih Pori mudah alih, kalis air dan senang digunakan yang juga boleh di bawah pancuran air. Ia dilengkapi dengan semburan kabus yang lembut bagi memastikan cawan sedutan kekal pada kulit dalam keadaan kemas untuk membuang kotoran dan minyak berlebihan daripada muka.
Untuk membersihkan gigi dengan lebih berkesan, bolehlah mencuba Berus Gigi Poket Sonik Dotlz Panasonic yang menggunakan getaran sonic bagi menghasilkan 16, 000 berusan seminit. Saiznya hanya 16cm dengan diameter 2cm.
Wanita sinonim ke spa atau salon untuk membuat rawatan kulit kepala dan rambut. Namun, dengan Pengering Rambut Eksklusif Nanocare, anda turut mampu memanjakan rambut dan kulit kepala seperti di spa. Pengering rambut ini berfugsi membantu mengurangkan minyak pada kulit kepala. Ia juga melembapkan helaian rambut yang rosak dari dalam dan melicinkan kutikel rambut.
Bimbang kehilangan warna rambut kerana terlalu kerap menjalani proses pengeritingan dan pelurusan? Jangan bimbang kerana Pelurus Rambut Pelbagai Gaya Panasonik menawarkan salutan seramik bagi mencegah pelunturan warna dan mengekalkan kelembapan. Ia dating dengan 5 jenis sambungan penggaya rambut untuk mendapatkan gaya yang berbeza.
Pernahkah anda bermimpi mempunyai kulit yang licin dan lembut? Ia boleh menjadi kenyataan dengan Epilator Buih Panasonik, teknologi buih pertama di dunia dengan reka bentuk ergonomik yang selesa dipegang, menjadikannya sesuai digunakan ketika mandi. Epilator ini akan mencabut bulu roma daripada akar rambut supaya ia tumbuh halus dengan penggunaan jangka panjang.
Tidak semua wanita dianugerahkan dengan kesempurnaan bentuk mata yang indah dan bulu mata lentik. Pelentik bulu mata dapat mewujudkan penampilan mata yang lebih sempurna. Bulu mata tampak lebih panjang dan tebal secara semula jadi.
Justeru, dengan pengenalan rangkaian produk kecantikan sebenar Panasonic ini, pengguna boleh menikmati penyelesaian kecantikan menyeluruh mengikut keselesaan mereka sendiri.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Harian Metro, Khamis, 8 Disember 2011 )

No comments:

Post a Comment

didiy fashion