Pada 15 hingga 18 November 2012 yang lalu, saya
bersama rombongan seramai lebih 90 orang pelajar gabungan DPLI dan prasiswazah
sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, UMS telah mengikuti program outreach
yang bertempat di Sk Tambisan, Lahad Datu Sabah. Perjalanan sejauh lebih 10 jam
dari UMS ke sekolah tersebut tidak mematahkan semangat kami untuk menjayakan
aktiviti ini. Sekolah tersebut berada di sebuah pulau iaitu Pulau Tambisan, dan
memerlukan kami untuk menaiki bot untuk ke sana. Pengalaman yang benar-benar
mencabar bagi warga pendidik.
Sepanjang tempoh itu, kami telah menjalankan pelbagai
aktiviti mengikut modul pembelajaran untuk meningkatkan tahap motivasi dan
minat pelajar terhadap pembelajaran. Selain itu, kami juga telah melakukan satu
kajian berkenaan faktor aksesibiliti untuk Sk Tambisan. Dengan itu kami telah
mengadakan pungutan data di kawasan perkampungan yang terdekat dengan kawasan
sekolah.
Pengalaman indah sepanjang berada di sana tidak mampu
kami lupakan. Segala kekurangan sekolah tersebut dianggap sebagai satu cabaran
untuk menjadi seorang pendidik yang berdedikasi, berdaya saing dan mampu
melaksakan tugas murni ini. Saya sahut panggilan suci ini!!
No comments:
Post a Comment
didiy fashion