Jika dahulu fesyen Bohemian atau mudah dikenali sebagai Boho sangat menjadi trend pada zaman 70-an, namun kini ia muncul kembali dengan gaya yang lebih memukau dan menarik. Jom pelajari dan ketahui pakaian-pakaian yang menjadi pilihan gadis-gadis Boho ini.
1. Gaun Labuh: Gadis Boho sangat gemar mengenakan gaun labuh. Jadi, pilihlah gaun yang berwarna earth dan bercorak abstrak untuk memukau mata orang yang memandang.
2. Kardigan: Gabungan gaun dan kardigan labuh yang besar sangat sesuai dipadankan bersama. Ia juga sebahagian daripada pakaian wajib yang harus dipakai oleh gadis Boho ini. Jadi, untuk memberikan impak yang lebih menawan, apa kata pilih kardigan yang berwarna lebih terang berbanding gaun.
3. Aksesori: Pemilihan aksesori sangat memainkan peranan penting. Oleh itu, pastikan aksesori yang dipilih kena dengan pakaian yang kamu pakai. Jangan risau, lebih banyak aksesori yang kamu padankan, akan lebih menarik dan cantik kamu nanti.
4. Kasut: Elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi kerana ia memang tidak sesuai jika digayakan dengan penampilan Boho. Sebaliknya, beranikan diri kamu dengan memakai kasut but atau sandal yang berwarna tanah atau keperang-perangan.
5. Beg Tangan: Elakkan daripada memilih beg yang bercorak kerana ia akan mengelirukan lagi mata orang yang memandang. Ini kerana ia akan menampakkan diri kamu lebih pelik, seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena. Oleh itu, pilihlah beg yang berwarna plain dan kelihatan seperti kulit. Nah kamu pasti akan kelihatan wow.
sumber: sini
No comments:
Post a Comment
didiy fashion