My Buddies

Monday, March 4, 2013

Inspirasi gaya fesyen batik

Inspirasi batik kontemporari di butik Iralia Designs barangkali mampu menyempurnakan impian anda yang sukakan pakaian santai atau kasual tetapi penuh elegan.

Menurut pemilik, Siti Has- biah Ali, kebanyakan pelanggan sukakan blaus atau baju daripada sifon atau sutera crepe yang disempurnakan pada kebaya, jaket, sentuhan ala jubah kerana ia mampu menampilkan gaya eksklusif.

“Oleh kerana ia berbentuk moden kontemporari, kebanyakan pakaian boleh dipadan dengan seluar panjang, palazo dialas dengan dwilapisan supaya menarik atau suaikan dengan jeans mahupun denim, legging dan pelbagai.

“Jika inginkan gaya lebih sopan, sesuaikan pakaian itu dengan pario yang boleh diikat menggunakan dokoh bagi menyerlahkan penampilan.

“Untuk kelihatan lebih bergaya dalam satu-satu majlis berprestij, seiringkan pesona anda dengan menyuntik aksesori seperti cekak disulam manik atau bunga, bentuk rerama pada rambut atau rantai besar di leher yang unik serta tali pinggang besar akan kelihatan lebih mempesonakan,” katanya.

Siti Hasbiah yakin, biarpun baru dalam perniagaan butik, pengalaman diraih dalam perniagaan berasaskan butik pengantin menjadi sandaran buatnya untuk terus memacu perniagaan itu dengan jayanya.
sumber: sini

No comments:

Post a Comment

didiy fashion