My Buddies

Friday, March 8, 2013

Fesyen Maghribi


Ilham daripada gaya Syurga Maghribi dengan mengetengahkan rekaan memikat dan indah pasti menjadi tarikan. Setiap potongan beralun cantik pada tubuh si pemakai, hasil idea gabungan dua pereka Esmila Saruji dan Nurul Afidah Zulkifli. Menurut Nurul Afidah, selain warna menyerlah cetakan tribal menjadi ciri utama dalam rekaan berkonsepkan gaya Maghribi ini.

“Fesyen Maghribi yang menggunakan rona terang seperti merah, jingga, ungu, hijau dan biru disertai elemen kilatan menjadi nadi dalam penghasilan karya. Selain itu, saya menyelitkan sentuhan ceria menerusi pemilihan rona serta perhiasan ala serban untuk wanita yang tampil anggun bergaya,” katanya.

Keindahan rekaan dapat dilihat menerusi pemilihan fabrik polos seperti satin, renda dan sifon serta cetakan unik bersama perincian manik dan batu permata pada busana. Malah gaya kilauan dengan sentuhan emas dan perak menambah kesan mewah pada setiap pakaian.

Lebih istimewa, setiap rekaan sesuai untuk menghadiri sebarang majlis apabila Nurul Afidah menghasilkan seluar berpotongan feminin dengan unsur cetakan, blaus, kaftan, legging serta gaun dengan menambah tali pinggang untuk tampil elegan. Wanita boleh menyesuai padan mengikut acara dihadiri.

Selain itu, terkenal dengan potongan kaftan, Suri & Lana menjadi pilihan wanita kala menghadiri majlis makan malam bertema. Ini kerana selain anggun, setiap rekaan disertakan ciri keselesaan apabila tampil ringkas sama ada menerusi fabrik mahupun perhiasan digunakan.
“Wanita moden masa kini selain inginkan rekaan anggun dan elegan, keselesaan daripada segi potongan amat dititikberatkan. Ini kerana pakaian yang selasa boleh dibawa ke mana saja sama ada majlis kasual atau rasmi, siang mahupun malam,” katanya.


No comments:

Post a Comment

didiy fashion