Hari terakhir di Hong Kong..saya tidak
ingin melepaskan peluang untuk ke Hong Kong Disneyland. Pastinya tempat ini
menjadi idaman setiap kanak-kanak di dunia. Jujur saya katakan, saya ke taman
tema buat pertama kalinya di sini dan saya sangat tertarik dengan tempat ini.
Dari Tsim Sha Tsui stesen, saya menaiki
tren ke central.. di Central, tukar line
ke Lai King Line ( warna orange) kemudian saya menukar line ke line 3, to Tung
Chung and Disneyland Resort Line. Kemudian, turun di Sunny Bay. Dari sana, saya
perlu menaiki tren khas ke Disneyland Resort Line. Apa yang lebih menarik lagi
ialah tren ini sangat comel, dan tujuannya khas ke Disneyland sahaja. Tren
comel ini bertemakan Mickey Mouse, sesuai dengan Disneyland. Jadi tidak salah
untuk memasukan Disneyland dalam travel initineari anda jika anda ingin ke Hong
Kong. Lagipula, Disneyland ini berada berdekatan dengan kawasan airport. Jadi
agak mudah untuk saya bergerak pulang nanti.
Sampai di Disneyland, boleh ambil
guide/tour map untuk memudahkan pergerakan anda. Saya agak tercengang-cengang
seketika sebelum berbaris ke kaunter tiket untuk membeli tiket masuk. Sungguh indah tempat ini. Sangat
sesuai untuk lawatan Bersama dengan anak-anak dan keluarga.
Di dalam Hk Disneyland ini, ada
beberapa tempat utama iaitu Tomorrow Land, Little World, Adventure Land, Toy
Story Land dan Grizzly Gulch. Ini adalah tempat-tempat yang sempat saya lewati.
Kawasannya sangat luas, agak penat untuk menghabiskan lawatan dalam tempoh
sehari. Walaupun begitu, ianya sangat berbaloi.
Mula-mula sekali saya ke Tomorrow Land.
Tempat ini adalah berkaitan dengan teknologi pada masa depan. Saya sempat makan
tengahari di sini kemudian menyaksikan lakonan teater oleh kanak-kanak. Memang
best tempat ni, boleh main permainan jika nak. Saya pula hanya ingin
bersiar-siar dan melihat-lihat sahaja. Rumah Iron Man ada kat sini tau.!
Kemudian, saya bergerak ke Little
World. Yang ini khas untuk kanak-kanak. Boleh naik sampan kecil di sungai
buatan jika berminat. Macam biasa, saya hanya ingin melihat sahaja. Kebetulan
selepas itu adalah perarakan keluar Cinderella dari istana. Sempatlah saya
melihat-lihat lintas lansung mereka. Tapi ramainya orang tidak terkata. Saya
terjengket-jengket di kala ribuan manusia.
Saya bergerak pula ke adventure
land..haa..kat sini boleh Nampak rumah Tarzan atas pokok. Ianya bertemakan ala
rimba. Patung-patung pemujaan dulu-dulu pun ada juga kat sini. Tak teringin nak
main. So saya hanya lalu dan bergambar sahaja.
Keluar dari sana, saya terus ke Toy
Story land. Haa,,yang ini sangat sesuai untuk kanak-kanak. Semua barang mainan
pun ada kat sini. Even toilet pun Nampak comel sangat.
Penat di sana, saya bergerak ke Grizzly
Gulch pula. Yang ini pula berkaitan dengan gold rush zaman dahulu kala. Bertemakan
classic English. Boleh Nampak bangsal kuda, kelab lama, penjara dan juga
kawasan melombong emas..sangat real dan boleh bermain dengan roller coster
lagi. Memang tidaklah bagi saya.
Setelah penat berjalan ke sana sini,
saya ke main Street..yang ini bertemakan ala Amerika. Boleh singgah di
kedai-kedai comel untuk beli barangan cenderahati jika mahu. Saya hanya mampu
beli ban dan air sahaja. Tu pun harganya mak aii…seketul ban sudah 20hkd.
Ok selesai tour di Disneyland..tempat
ini akan tutup pada pukul 6pm setiap hari. Jadi saya pun bergerak semula
menaiki tren menuju ke lapangan terbang.
Selamat tinggal Hong Kong. Sampai
bertemu lagi.