My Buddies

Saturday, December 31, 2011

MEMORI 2011

Tinggal 1 hari lagi, tahun 2011 sudah sampai ke penghujungnya..penuh suka duka, penuh cerita, dan penuh warna warni. Apa yang pasti tahun 2011 ini mengajar saya untuk lebih matang dalam membuat penilaian. Juga mengajar saya bagaimana untuk hidup lebih berdikari! Imbas kembali tiap hari dan bulan yang di lalui dalam tahun 2011, Masih banyak perkara yang belum tercapai. Masih lagi dalam kotak impian, Belum terlaksana. Mudah-mudahan pada tahun 2012 yang mendatang ini akan membawa sinar baru buat diri saya.
Terlalu banyak yang ingin saya ceritakan.. namun tidak terluah oleh kata-kata. Segalanya terpendam dalam sanubari yang paling dalam. Hanya DIA yang boleh mengerti apa yang bergolak di dalam hati kecil ini.
Rentetan masa:
Januari: Mula semester baru dengan azam baru. Buat surprise party untuk kawan baik saya . love her).
My friend and me..on her birthday.d blue bag was my bday present for her

Februari: happy sangat masa ini sebab dapat tajaan biasiswa dari kerajaan negeri Sabah. Masuk dalam akaun terus untuk 2 semester. Adalah dalam RM7K. Terus shopping sampai lupa dunia..hahaha..o ya, juga kali pertama sambut valentines day.
Gambar bersama responden ketika melakukan temubual utk kerja lapangan assignment
Mac: Bulan ini agak sibuk untuk menyiapkan assignment yang diberikan oleh pensyarah. Juga sibuk untuk mengikuti kelas bahasa mandarin.
gambar ketika pilih-pilih baju di Centre Point, KK
Gambar bersama kawan-kawan di depan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu..membuat kajian proses pembandaran Kota Kinabalu, untuk assignment Georafi manusia

April: Bercuti seminggu sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester. Juga mengikuti dinner untuk Kolej Kediaman
ketika menghadiri Dinner kolej kediaman E, UMS di Grant Borneo Hotel
Mei: Pesta menuai di Sabah! Bulan yang paling meriah setiap tahun. Dan bulan ini juga saya meriah juga untuk menghadapi peperiksaan..haha..Namun sempat balik lebih awal untuk merayakan pesta menuai yang berlangsung besar-besaran di peringkat daerah saya, daerah Pitas, Sabah. Bulan ini juga saya telah menyambut hari lahir saya..parti ringkas sahaja dengan sebiji  Black Forest Cake.
Parti hari lahir saya
Pesta Kaamatan daerah Pitas.gambar pemenang Ratu Cantik
Jun: Menghabiskan masa cuti semester yang panjang di kampung bersama dengan keluarga. Menghadiri majlis keramaian di kampung, pulang ke rumah nenek di daerah Kudat dan menyambut full month party untuk anak  kakak saya. Baby boy.
Rungus traditional dance, Sumundai..dalam majlis keramaian di kampung
Full month party anak buah saya
Julai: Mula bekerja secara sambilan di 1 Borneo, Kota Kinabalu. Bekerja sebagai Promoter untuk barangan lelaki seperti beg, tali leher, tali pinggang dan dompet di Parkson. Di sini saya belajar pengalaman baru sebagai promoter, bertemu dengan pelbagai karenah pelanggan dan juga berkenalan dengan rakan-rakan sekerja.
Berjalan-jalan di 1Borneo, tempat kerja s
Ogos: Masih bekerja di tempat yang sama. Bulan ini agak sibuk di tempat kerja memandangkan ramai pelanggan yang membelih belah sempena sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan yang berlangsung serentak. Banyak perkara menarik yang berlaku sepanjang bekerja di sini.
September: Sudah berhenti kerja dan memulakan kehidupan kembali sebagai mahasiswi UMS. Peristiwa yang menyanyat hati juga berlaku pada bulan ini. Tapi biarlah ianya tersimpan di relung hati yang paling dalam. (I’m hurted, but I learned a lot along the way!)

i will hide my sorrow and pain..
Oktober: Kembali sibuk dengan jadual kuliah, tutorial dan assignment yang padat. Bulan ini juga saya telah menemani sahabat baik saya ke Keningau untuk berjumpa dengan keluarga bakal suaminya. Juga ke Tuaran untuk melaksanakan Khidmat Bantu Pusat Sumber di SK Bundung, Tuaran.
Projek khidmat bantu pusat sumber di SK Bundung, Tuaran.
Lawatan ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah
November: Bercuti seminggu untuk cuti pertengahan semester. Menghabiskan masa cuti untuk menyiapkan assignment yang belum selesai serta sibuk dengan aktiviti Kelab Mandarin UMS. Dan bulan ini juga UMS menyambut Konvokesyen yang ke-13 pada 26-29 Nov. Saya juga terlibat sama untuk sambutan ini sebagai AJK Kelab Mandarin dan Sekreteriat MPP.
Menghadiri kuliah di Dewan Kuliah Pusat
Disember: Bulan terakhir pada tahun 2011. Masih berhempas pulas menyiapkan assignment dan juga pembentangan akhir. Akhirnya siap pada 22 Dis kemudian bercuti di kampung untuk menyambut Hari Natal.


Merry Christmas!!
Begitulah saya menghabiskan masa saya dalam tahun 2011 ini. Maaf lah jika membosankan. Namun, apa jua yang berlaku dalam hidup saya, saya mengambil ikhtibar daripadanya dan sentiasa berfikiran positif untuk menghadapinya walau sepahit mana sekalipun. Itulah rahsiah kekuatan saya selama ini. Semoga apa jua yang saya hadapi dalam tahun 2011 ini menjadi memori yang tidak ternilai untuk dikenang. Saya susun sepuluh jari memohon maaf sekiranya saya pernah menyakiti hati mana-mana pihak, Atau terkasar bahasa sehingga membuatkan orang lain terasa hati. Saya hanya manusia biasa, tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Maafkanlah saya.

Thursday, December 29, 2011

4 PUNCA KEGEMUKAN

1.Tidak bersenam.
Walaupun sudah di ketahui betapa pentingnya bersenam dan bersukan untuk kesihatan badan namun masyarakat masa kini sering mengabaikannya. Kebanyakan orang yang berbadan gemuk dan agak besar jarang bersukan atau bersenam.
2.Gaya pemakanan.
Gaya pemakanan seseorang mempengaruhi peningkatan berat badan seseorang. Bagi mereka yang kurang makan makanan yang berdaging, berlemak dan memakan lebih banyak sayur-sayuran puratanya berbadan agak kecil tapi cergas berbanding dengan orang yang suka makan makanan ringan, berlemak, manis dan kurang mengambil   makanan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
3.Gaya hidup
Gaya hidup masyarakat kini yang sering terkejar-kejar masa dan inginkan semua perkara cepat disiapkan juga mempengaruhi peningkatan berat badan seseorang. Masyarakat sekarang lebih suka makanan yang segera dan mudah disediakan berbanding memasak makanan yang sihat dan berkualiti. Bagi  mereka yang berkerjaya akan memakan apa sahaja untuk mengisi perut tanpa mengambil kira kandungan dalam makanan.
4.Emosi
Tidak dinafikan emosi juga mempengaruhi peningkatan berat badan seseorang. Ada sesetengah orang yang makan lebih banyak ketika dalam kemurungan atau kesedihan. Manakala kebanyakan suri rumah tangga akan makan lebih banyak apabila kesunyian. Emosi yang baik akan membantu seseorang menurunkan berat badan dengan segera.

Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa sahaja yang kita makan, tindakan kita dan gaya hidup kita untuk mengelakkan kegemukan dari berlaku. “Mencegah lebih baik dari mengubati”


Wednesday, December 28, 2011

Silent Night (with lyrics)



Setiap kali menjelang hari Natal, tidak sah jikalau tidak menyanyikan lagu Silent Night (Malam Kudus) ini. Setiap bait liriknya dapat menyentuh hati orang yang mendengarnya. Saya kongsikan sedikikit trivia lagu ini yang saya peroleh daripada pelbagai sumber internet.
Lagu ini dicipta di Austria pada malam Natal ( 24 Dis) kira-kira 190 tahun yang lalu. Lagu ini asalnya adalah dalam bahasa Jerman, “Diam Nacht”. Tujuan asal lagu ini dicipta adalah untuk menghiburkan pengikut-pengikut yang menderita ketika perang Napoleon, dicipta oleh Joseph Mohr dan melodinya oleh Franz Gruber.
Untuk bacaan lanjut, boleh layari link berikut:


NATAL TELAH TIBA

Saat yang ditunggu setiap tahun..tanggal 25   Disember..hari yang sangat bermakna buat sekalian umat Christian di seluruh dunia...hari yang penuh simbolik ini seharusnya bukan sahaja diperingati dengan sambutan dan acara-acara yang pelbagai tetapi juga haruslah ditanam di dalam hati apakah itu 25 Disember.
Dengan jadual kuliah dan pembentangan akhir yang sangat padat, saya tidak dapat pulang ke kampung lebih awal untuk membuat persedian sambutan Natal. Tanggal 23 baru saya dapat mencuri masa untuk balik kampung. Sebelum itu saya telah menyediakan hadiah untuk adik-adik dan juga anak-anak buah di kampung. Christmas gift la katakan..hehe..hadiah yang tak seberapa. (saya teringat bila saya bagi hadiah itu kepada anak-anak buah pada malam Christmas 24 Dis, mereka katakan itu hadiah daripada Santa Claus..haha). tapi syukurlah, dengan bajet yang tak seberapa, dapat juga saya menyediakan hadiah itu untuk mereka.
Acara sambutan Natal  telah dijalankan lebih awal..acaranya ialah, malam caroling selama 2 malam berturut-turut, menghias gereja, sukaneka di padang seperti rebut kerusi, pancing botol, lompat jauh dan tendang bola tutup mata, serta pertandingan kejohanan bola sepak diantara kampung-kampung..malangnya kampung saya sebagai tuan rumah tak menang..:(
Yang menariknya, gereja PCS kg kami kali ini berwajah baru. Dengar-dengarnya mendapat peruntukan RM10k untuk ubahsuai dan penambahbaikkan..jadi gereja yang dulu kusam saja da ditukar cat  yang lebih menyerlah, sudah ada bekalan elekrtik, kipas dan lampu. Tangga gereja pun dah kena tukar dengan simen. Tangga yang dulu itu tangga kayu dan selalu runtuh. Saya pernah sekali terjatuh dari tangga itu..haha..oleh sebab sudah ada lampu pada kali ini, pada malam Natal (24 Dis) kami telah dapat melaksanakan ibadah Natal dan juga acara sambutan iaitu pertandingan menyanyi..part ne saya tak ikut serta sebab..haha..takut nanti hujan lebat..
Pada tanggal 25 Dis, awal pagi lagi telah bersiap untuk ke gereja..selesai bersembahyang Natal, acara-acara lain pun dimulakan..yang paling menarik kali ini buat pertama kalinya pertandingan Ratu Krismas kanak-kanak dipertandingkan..kesian anak buah saya yang sudah berlatih berhari-hari tapi tak menang..kemudian macam biasa, acara makan bersama atau makan beramai-ramai. Kenyang dengan lauk yang banyak sampai sakit perut..haha..
Begitulah..natal berlalu dengan penuh kisah suka dukanya pada tahun ini..apa yang penting, natal itu disambut dan dirayakan dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan..Selamat Hari Natal semua..
Warna-warni Natal:
Saya pilih dress berwarna Maroon untuk Natal kali ini

Adik-beradik saya dan anak-anak buah..sempat bergambar sebelum ke Church

Kakak sulung saya dalam dress berwarna biru hitam

Adik-beradik..semua terkumpul kecuali abang sulung saya

dan ini juga..dari kiri, adik lelaki, saya, kakak sulung, adik perempuan dan kakak kedua. budak berdua kat depan ini ialah anak kakak kedua saya

Bergambar bersama sepupu


Pertandingan ratu Krismas
Pemenang ialah peserta yang memakai baju berwarna biru, dua dari kiri. Tempat ke-2 ialah peserte berbaju merah jambu paling tepi sebelah kanan. Tempat ke-3 ialah anak buah saya berbaju merah jambu juga.

Anak kakak saya..kesian tidak menang

Anak abang saya..mendapat tempat ke-3

Persembahan koir oleh peserta Caroling

Wednesday, December 21, 2011

Kerana sebuah gambar


Al-kisahnya begini..saya ternampak sebuah/sekeping (?) gambar dalam facebook ..saya tak ingat d facebok siapa saya terjumpa gambar tersebut. Tau-tau lah kan dalam facebook ne macam-macam gambar boleh kita lihat..orang kata, “macam-macam ada”..tapi gambar yang satu ini sangat istimewa hingga menimbulkan perdebatan..hahaa..lihat gambar di bawah..
Saya tak tahu siapa yang menulis atau mereka kata-kata ini tetapi saya sangat bersetuju dengan beberapa kenyataan tersebut.. bagi saya,memang ada lelaki yang begitu walaupun bukan SEMUA tapi tetap ADA. Saya ada kongsikan di sini beberapa komen dari rakan-rakan lelaki dan perempuan dari facebook.

L: nda btl nie..huhu..merepek ja nie urg yg bt..mgkn tgh frust..haha
L: alamak, anehnya lelaki ini......
P: arrrrrggghhhh...x payah la ko mo backing2 kaum sejenis kamu tu...reality itu...hmmmm....i saw dat happen in front of me...
P: drg cakap kita yg complicated....tp sebenarnya, dorang yg lebih2 complicated
P: yayayayay.....mayb x semua begitu, p majoriti la begitu....susah mo pecaya kan
L: nda leh sembarangan la geng..1urg ja yg bt jahat doesnt mean suma lelaki sama..lelaki n pmpuan sbnrnya sama ja..mcm c arfazila ckp,sa pun pena nmpk jg pmpuan yg saaaaaaannngggggat teruk in frnt me jg..hahahaha
L; kna fkr pasal urg len jg..sa nda fkr bapa sa pnya ciri2 yg di atas..bapa ko pun nda jg kan?hahaha
L: klu suma lelaki mcm yg di atas,tada la urg yg mau kawin..:P
ME: hahaha.. i think i should add 1 more thing to d list above..=if u said smthing issue, he said that u wrong n hi is right..
L: bkn mau mempertahankan dri..kenyataannya bkn suma lelaki mcm 2..kta nda ble ckp suma..sama jg klu pmpuan yg bt jaat,kta nda leh ckp suma
ME: basicly, smua lelaki sma..even girls pun sma..cuma how they treat girl,mybe smthg little bit diffrnt..
L: sa like lttle bit dffrent..so,jan ckp sma2..hahaha..ada jg lelaki yg dilayan buruk oleh girl,ada jg girl yg dilayan buruk oleh lelaki..hahaha
L : Not all men are like that. I used to have a girlfriend of mine; I love her, and she is so, too. We have a mutual understanding with one another. I have never even once wanted to leave her. But now, all has ended, and so she doesn't love me  and i didn’t try to possess her because she has found a guy that is more suitable for her. I would be lying if i said im happy that she found her partner, but i can’t do anything and i supposed to i just have to wish her happiness with that guy. It’s all up to you if you want to believe me or not.
L :bgs man..ko cntoh terbaik mau kc jelas drg..ingat suma lelaki cincai ka?hahahaa..
L: Biasa la tu. Ndak pa, kalo kita ndak dapat seseorang itu, memang bukan untuk kita la tu, and yang bagusnya, akan ada la jga tu di masa akan datang, cuma perlu sabar jak.
L: xda rezeki la 2.maksudnya kamu ada peluang untuk cari pasangan yang lebih baik dalam hidup..kalau xdapat maknanya org 2 xla akan jd orang yg mbahagiakan kamu, susah sama2..senang sama2... sy 6 tahun da..gf pertama lg, kawan dr tahun 1 sekolah rendah. Main2 couple konon , tiba2 btahan lama btl xda bubah2.  Hapy ja mc first2 couple dulu ...kalau nak cr yang cantik , xkan habis sama jg kalau nak cr yg hensem...yg penting kalau bergaduh mesti ada yg mengalah . kalau dua2 bkeras memanglah keluar semua perangai yg xbaik2..
L: Kami cuma cakap benda yang benar, kadang2 juga ego tu kena diketepikan, haha
L: Macam si L jgak cakap, kalau mau cari yang hensem, ndak kan habis la pencarian tu, and begitu juga kalo nak cari yang cantik, Apa yang penting ada la perasaan dan hati, masing2 kena jaga, masing2 kena pandai mengalah.
L: not every guys like that ok..there's some guys are nice n understanding
L: Mana betul tu, well at least not 100%..
P: tp ada jg la kn sangkut2 skit..:p
Haah..inilah dia respon dari gambar yang saya upload kat wall saya di facebook tu.. bukan semua saya kongsi di sini.. jadi ceritanya macam kena potong-potong la sikit (boleh rujuk fb saya utk bca lbh lanjut).  Yang banyak bagi komen ne, pastilah lelaki..tau-tau ja lah mereka ini...argh, tak usah cakap lah..jadi kontroversi lagi..haha..yang pasti, saya dapat katakan bahawa lelaki mahupun perempuan adalah dua ciptaan yang sama. Terpulang kepada diri kita bagaimana untuk membawa diri, personaliti dan tingkah laku kita di hadapan orang lain. Peace no war!

Monday, December 19, 2011

IKON FESYEN TERMUDA DI DUNIA

Siapa tak kenal David Beckham..lagenda bola sepak yang ternama bukan saja oleh pencapaiannya dalam arena bola sepak, tetapi juga kerana keunikannya dalam dunia fesyen. Dari gaya rambut ke jenis kasut, idola ini menjadi ikutan ramai tak kira la di barat ataupun timur. Dan siapa pula yang tak kenal isterinya, Victoria Beckham, ikon fesyen yang mempunyai jenama fesyennya yang tersendiri. Kedua-dua mereka umpama uda dan dara yang mempunyai aura fesyen yang tersendiri.
Tetapi, saya tidak berniat untuk mengulas lebih lanjut tentang kedua-dua mereka ini. Keduanya sudah tidak asing lagi dalam dunia fashionista. Yang menarik perhatian  saya ialah anak keempat mereka, Harper Seven Bechkam yang dilabelkan sebagai “Ikon fesyen termuda di dunia” (World youngest style icon). Penataan gayanya sangat dititikberatkan oleh ibu serta ayahnya dan anak ini dilihat sering memakai pakaian berjenama seperti Stella McCartney, Bonpoint dan Marie Chantal yang berharga ratusan ringgit.
Wah..sangat beruntung anak ini..dalam usia baru menjejak 5 bulan (dilahirkan pada 10 Julai 2011), boleh dikatakan masih lagi “baby” sudah mendapat nama dalam dunia fesyen. Saya tak dapat membayangkan bagaimana dia nanti apabila meningkat remaja. Pasti satu lagi ikon fesyen akan muncul, ikon fesyen hasil produk David dan Victoria Beckham.

Monday, December 5, 2011

Kardigan

Tidak dapat disangkal lagi, penggunaan cardigan sangat sesuai dalam cuaca sekarang yang selalu lembab dan sejuk. al-maklum lah, musim tengkujuh sudah tiba. Pasti ramai yang lebih senang duduk di rumah berbanding keluar untuk melakukan aktiviti di luar. Namun, mau tidak mau, kita terpaksa juga untuk keluar rumah sama ada untuk bekerja, ke kuliah atau hanya untuk membeli-belah. Jangan hadkan gaya anda dalam cuaca yang sejuk ini. Cuba lihat bagaimana orang-orang dari Negara barat mengatasi halangan cuaca dengan mempelbagaikan gaya dan fesyen mereka.
 Esklusif kali ini saya ingin berkongsi tentang pemakaian kardigan. Kardigan ialah sweater yang terbuka di bahagian hadapan dan dapat divariasi dengan tambahan butang ataupun kancing. Kardigan berfungsi hampir sama dengan jaket atau sweater tapi lebih menarik untuk dipadankan dengan apa jua pakaian termasuk dress makan malam!
Lebih menarik, pemakaian kardigan juga mampu mengubah gaya dan penampilan seseorang dalam sekelip mata. Juga boleh dianggap sebagai penyelamat gaya. Pemakaian kardigan yang kosong lebih sesuai untuk digayakan untuk suasana santai ataupun hanya untuk keluar berlibur bersama teman-teman. Manakala pemilihan kardigan yang lebih sarat sesuai untuk keluar temujanji dengan teman istimewa ataupun untuk menghadiri function. Na, tunggu apa lagi. Cari sahaja sehelai kardigan hitam dan suai padankan dengan pakaian anda. Pasti menarik!

Juga sesuai untuk lelaki

Saturday, December 3, 2011

Fesyen diperbuat dari susu

Saya amat tertarik dengan artikel yang saya baca dari Yahoo.com berkaitan dengan fesyen. Artikel itu menulis tentang hasil rekaan baru pereka fesyen terkenal dari Jerman, Anke Domaske, iaitu pakaian baru yang diperbuat daripada susu. Pelik tapi benar..! Pakaian itu selembut sutera tetapi boleh dicuci dan dikeringkan seperti kain biasa. Sungguh kreatif orang yang mereka pakaian tersebut.
 Hati saya tertanya-tanya, pakaian itu tidak “basi” ka? yala, ia kan diperbuat daripada susu! Tapi menurut artikel tersebut, pakaian yang direka itu menyerupai pakaian yang diperbuat daripada kain biasa, tidak rosak, berkulat ataupun berbau..malahan ianya sangat tahan lama dan lembut..dress yang dihasilkan juga mesra-alam dan sangat bagus untuk kulit dan kesihatan. Perekanya, Domaske mengatakan, dia memerlukan 6 liter susu untuk menghasilkan satu dress.
Saya tak pernah membayangkan sebelum ini susu boleh jadi bahan untuk mereka pakaian. Tapi ini sudah benar-benar berlaku. Itulah evolusi fesyen, yang saya katakan tiada definisi. Ianya sentiasa berubah no matter by the time or by the human thinking evolution..
 Inilah pakaian yang dihasilkan daripada susu




Thursday, November 24, 2011

HARIMAU VS GARUDA


Bola..bola..demam bola nampaknya sekarang ne. Beralih sedikit dari kebiasaan saya untuk menulis mengenai fesyen. Ingin saya berkongsi rasa bangga dengan kemenangan pasukan pemain bola Negara. Nampaknya, saya pun dah terjangkit demam bola untuk seketika ini..haha.. Di mana-mana pun orang asyik memperkatakan tentang pertandingan bola sepak yang berlangsung di Jakarta, Indonesia sempena Sukan SEA. Di sekolah ka, restoran ka, kedai makan ka, dalam bas ka..semua cerita pasal bola. Dan di facebook, orang berlumba-lumba nak update status tentang perlawanan main bola. Orang yang tak minat bola pun boleh jadi minat..hebatnya..
 Pada hari isnin yang lalu (21 Nov 2011), stadium Gelora Bung Karno telah menjadi saksi kemenangan skuad kebangsaan Negara bawah 23 tahun, Harimau muda telah mengalahkan Skuad kebangsaan Indonesia, garuda Indonesia dengan jaringan    4-3 melalui tendangan penalti. Tahniah buat pasukan Harimau Muda yang terus mengaum.... kemenangan skuad ini untuk mempertahankan kejuaran pingat emas di sukan SEA harus dipuji. Yang paling saya suka, penjaga gol Malaysia, khairul Fahmi..sungguh cool dalam perlawanan. Kapten, Baddrol rasanya harus lebih tenang dalam perlawanan akan datang agar tidak mencetuskan pergaduhan. Begitu juga dengan jurulatih, Ong Kim Swee yang digantung satu perlawanan.
Malangnya,  ada cerita sedih di sebalik kemenangan itu..nampaknya Indonesia tidak berpuas hati dengan kemenangan Malaysia itu sampai sanggup untuk membakar bendera Malaysia..sungguh tidak bertamadun! Menang dan kalah kan adat pertandingan. Siapa yang kalah haruslah menerima kekalahan itu dengan hati terbuka..sukan menyatukan kita semua..peace no war!
Bola..ada seseorang yang mengajar saya untuk menjadi peminat no1 sukan yang satu ini. Maafkan jika hati masih merindui..

Saturday, November 19, 2011

Miss World 2011

                                  
Pertandingan ratu cantik paling popular ini sudah mencapai ulang tahunnya yang ke 60 pada tahun ini. Seperti yang sudah dijangka, taktah Miss World 2011 menjadi milik Ivian Lunasol Sarcos Colmenares, yang mewakili Venezuela. Gadis berusia 22 tahun ini telah menjadi peserta pilihan juri sejak dari awal pertandingan lagi. Peserta dari Filipina, Gwendoline Gaelle Sandrine Ruais berjaya menduduki tempat kedua manakala Amanda Victoria Vilanova Perez, dari Puerto Rico terpaksa berpuas hati di tempat yang ketiga.
Pertandingan akhir Miss world kali ini memilih London sebagai medan penentuan bagi semua peserta. Bertempat di  Earls Court, London, pada hari ahad yang lepas, 6 Nov 2011 menyaksikan seramai 113 peserta dari seluruh dunia bertanding untuk merebut gelaran wanita tercantik dunia itu. Pengadilan pertandingan dinilai daripada beberapa kriteria seperti Beach beauty, Top Model, Talent, Sports dan Beauty with a purpose selain penilaian melalui penglibatan dalam hal kebajikan. 
Kemenangan Ivian disifatkannya sebagai suatu kejayan setelah berdepan dengan pelbagai kesusahan sebelum ini. Wanita cantik ini dilahirkan pada 26 Julai 1989 dan mempunyai 12 orang adik-beradik dalam keluarganya. Namun begitu, kematian kedua orang tuanya ketika dia berusia 8 tahun menyebabkan dia menjadi anak yatim dan di hantar ke rumah anak yatim. Dia kemudiannya menghabiskan 5 tahun di biara dan bercita-cita ingin menjadi biarawati. Tetapi akhirnya dia melepaskan cita-citanya itu, kemudian  memasuki kolej dan berjaya memperoleh ijazah dalam Pengurusan sumber manusia. Dia kini bekerja di bahagian penyiaran.
Kesusahan yang pernah dia alami dahulu menjadikan dia kuat. Katanya,”This has taught me that life although it may be bad, doesn’t have to end badly. Although i no longer have my parents it has taught me to be strong”. Oleh itu dia ingin membantu anak-anak yatim sepertinya. “I want to carry on doing the wonderful work that beauty with a purpose and the Miss World Organization does and to help people in need. I would like to help people like me. I am orphan. I would also like to help the elderly and troubled teenagers. As many people as i can”.

                                    peserta dari malaysia

gambar miss world boleh dilihat disini http://www.facebook.com/#!/MissWorld
dan juga disini

Tuesday, November 8, 2011

ANUGERAH SKRIN 2011

Malam sabtu (hari jumaat) yang lalu kebetulan cuti midterm telah bermula. Sambil menghabiskan cuti yang baru bermula, saya ringan-ringankan mata untuk menyaksikan acara berprestij, Anugerah Skrin 2011 (ASK) di tv3. Terus terang saya katakan inilah kali kedua saya menonton ASK di kaca tv. Sebelumnya memang saya tak pernah tonton pun. Poor rita..haha. ASK, acara yang ditunggu-tunggu oleh penggiat seni tanah air sebagai medan penentuan siapa yang bakal menggenggam trofi dan siapa pula yang pulang dengan penuh kehampaan. Ringkasnya acara ini bertujuan untuk mengiktiraf kemampuan artis dan penggiat seni di Malaysia. ASK pada kali ini mempertandingkan sebanyak 23 kategori termasuklah drama, filem, penerbitan, dan 2 anugerah khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene. Dalam 23 dipertandingkan, 10 daripadanya adalah kategori drama, 7 filem dan 6 penerbitan dalaman. Itu sedikit fakta yang saya tau tentang acara ini. Siapa lah yang tak inginkan anugerah setelah bersusah payah, betul tak? Kalau di sekolah, siapa yang paling pintar di dalam kelas akan mendapat hadiah pada majlis penyampaian hadiah, begitu juga dengan artis-artis.
Tv3 dengan kerjasama Pantene, rasanya sudah melakukan yang terbaik untuk ASK kali ini. Namun, dihoskan oleh 2 pengacara, Ally iskandar dan Rozita Che Wan, terdapat sedikit kepincangan daripada gandingan hos ini. Saya akui Ally memang hos yang terbaik, berpengalaman dan bijak menyerikan situasi. Tetapi rakan hosnya, Rozita kurang “menyengat” pada malam itu sehinggakan ally kelihatan menjadi pengacara bersendirian. Namun tidak boleh salahkan Rozita seratus peratus kerana mungkin ini pengalaman pertamanya menjadi hos untuk acara yang berperstij seperti ASK 2011. Apapun, dia sudah mencuba dan berusaha memberikan yang terbaik.
Drama Sanggul Beracun yang dinobatkan drama terbaik menang besar pada malam itu. Malang, saya tak pernah menontonnya. Tapi saya dapat rasakan drama itu memang hebat. Tapi nasib tak menyebelahi Erra Fazira, artis kegemaran saya yang juga pelakon utama Sanggul Beracun kerana tidak memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama walaupun tercalon. Anugerah itu akhirnya menjadi milik teman baiknya sendiri, Umi Aida.
Acara  bertemakan Golden Glamour itu menjadi medan untuk artis meragakan busana yang berkilau-kilau lagi menarik. Malahan, satu anugerah khas Pantene selaku penaja bersama iaitu Pantene Shine Award, anugerah khas  untuk artis paling anggun, serta dandanan terbaik mengikut tema “Golden Glamour” di karpet merah. Tahniah kepada Tiz Zaqyiah yang memenangi anugrah itu. Disebalik itu, ada juga artis yang saya boleh katakan “langgar pantang” kerana tidak memenuhi atau mengikut tema majlis. Dibawah saya kongsikan beberapa gambar yang menarik perhatian saya pada ASK 2011.
                                                  Pengacara pada malam itu
                                 
                                                       Yg Menarik..........
                                                  Erra Fazirah tetap menawan
                                              Gaun hitam rekaan Rizman Ruzaini
                                         Tiz Zaqyah- Pantene shine award
                                                        liyana jasmay


ALIYAH
Yg Kureng..............
FIDA

FASHA SANDA
Penyanyi CINTA MUKA BUKU

Marsha..
Kumpulan baru, Chocolate

Keputusan penuh ASK 2011
Kategori Drama
Drama Terbaik – ‘Sanggul Beracun’ – Sabri Yunus
Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Eman Manan, ‘Janji Syurga’
Pelakon Wanita Terbaik – Umie Aida, ‘Airmata Nur Salina’
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Allahyarham Faizal Yusof, ‘Jangan Hantar Aku Ke Neraka’
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elfira Loy, ‘Kum Kum’
Pengarah Terbaik Drama – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
Lakon TV Terbaik – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
Drama Rantaian Terbaik – ‘Juvana’, Filmscape Sdn Bhd
Drama Komedi Terbaik – ‘Geng Surau’
Videografi Terbaik – ‘Sanggul Beracun’, Balang Rimba Sdn Bhd
Kategori Filem
Filem Terbaik – ‘Magika’, KRU Studio
Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Remy Ishak, ‘Cun’
Pelakon Wanita Terbaik Filem – Siti Sharifah (Eja), ‘Janin’
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Sidik Hussin, ‘Karak’
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Nadiya Nisaa, ‘Cun’
Pengarah Terbaik Filem – Osman Ali, ‘Cun’
Lakon Layar Terbaik Filem – ‘Aku Tak Bodoh’, Erhan Baharudin / Sujin Lee
Kategori Penerbitan Dalaman
Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – ‘Suatu Ketika: Ep YuenYuet Leng
Rancangan Bual Bicara Terbaik – Selami Jiwa: Dato’ Fadzillah Kamsah
Rancangan Hiburan Terbaik – Maharaja Lawak Akhir
Rancangan Muzikal Terbaik – Shout Awards 2010
Rancangan Realiti Terbaik – Showdown 2011: Top 12 Show
Laporan Khas / Berita Terbaik – Buletin Utama, ‘Pengemis Terhemat’.
Anugerah Khas
Anugerah Yasmin Ahmad – Syamsul Yusof
Anugerah Artis Harapan Pantene – Fazli Daniel Ali, ‘Yang Terpuji’